Monday, March 20, 2017

Kembali Ber-blogging mungkin?

Assallammualaikum (n_n)V

Lama sangat-sangat tak update, tak share apa-apa dekat sini. Sampaikan, url blog pun dah expired. Amboi-amboi sangat.

Ada orang tanya,
Kenapa dah tak update blog?

Aku cuma mampu ber-huhuhu saja laa
Kurang pasti kenapa malas yang amat nak menaip, since dah ber-anak kecil ni, semangat nak update cerita dah tak ada, *amboi sangat*

Actually,
Semuanya sebab busy.

Busy kerja,
Busy belajar,
Busy dengan anak kecil dan family.

Everything berubah terus.

Jujur, aku memang rindu gila nak share cerita panjang-panjang dekat sini. Lepas tu rindu nak taip manuskrip baru. Tapi, since dah masuk tahun ke-empat study pjj dekat OUM ni, makin aku rasa tak ada masa, kadang tu nak taip assaignment pun rasa lambat sangat siap, masa pulak rasanya macam makin laju bergerak, rasa semput nak kejar!

Alasan kah ini? haahhaaha

Sekarang tengah berkira-kira nak renew balik URL, nak kongsi balik cerita dekat sini. Entah kenapa, lately ni aku rasa macam lagi selamat share all the story dekat blog dari dekat facebook atau Instagram.

Now on, aku tengah belajar untuk adapt life dengan travel with toddler ke opis, Sedar tak sedar, dah dekat tiga minggu aku mula travel ke opis dengan iman hayqal, Penat tak yah cerita laa, Semua perasaan ada, tapi bila fikir balik, ini yang terbaik untuk semua orang, Kita redhakan sahaja, setidak-tidaknya iman depan mata.

Now, tengah berkira-kira nak kembali aktif menulis, ber-blog dan buat semua benda yang kita suka macam dulu-dulu. Harap-harap semuanya baik-baik je dan bukan hangat-hangat tahi ayam. Hahahaha

Semoga terus semangatlah hendaknya. ok bye!

 Till then~

No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998