Friday, February 05, 2016

Behind The Scene

Assallammualaikum (n_n)V

Salam Jumaat. Dah lama rasa tak taip someting yang worth-it untuk dibaca, rasanyelah kan... :) Hahaha.


Masa tengah google, aku terjumpa ayat kat atas ni. Ayat ni kan buat aku terfikir banyak benda.

since aku kecik, aku ada banyak gila impian. Mak bapak aku bukannya orang senang, kerja kampung je pun. Dari kecik aku dah berangan bila dah besar nanti aku nak ada better life, aku nak beli itu, beli ini, nak hidup macam tu, macam ni. Since aku kecik, aku suka cakap dekat abah nanti bila dah besar, adik nak.... etc etc.

Disetiap kali ayat aku tu abah mesti cakap

"Jangan berangan jek. Tak payah cakap dengan orang, usaha banyak-banyak."

Lebih kurang cenggitulah. Bila abah cakap camtu, aku dah mula merajuk. Tapi dalam merajuk tu aku still simpan azam untuk catch semua angan-angan aku. Bila aku dah mula boleh berfikir, dah boleh buat keputusan sendiri, perlahan-lahan aku cuba atur hidup aku, aku dah mula fikir siapa aku 5 tahun akan datang, 10 tahun akan datang, aku dah mula fikir aku dekat mana, maknusia macam mana aku sepuluh tahun lepas tu.

Lepas habis SPM, aku pernah buat keputusan drastik sebab nak kejar impian aku nak jadi seorang engineer. Aku tolak peluang masuk form 6 sebab aku dapat course ekonomi. Walaupun orang cakap, bila kau ambil stpm, kaki kau selangkah lagi nak masuk universiti. Masa zaman tu, aku aim bukan sebab nak masuk U, tapi aku aim nak grade dengan course engineering.

Masa aku study dekat Melaka, barulaa aku tahu course diploma yang aku ambil tu langsung tak relate dengan impian aku. Rasa down sebab aku rasa apa yang aku dah rancang tu tersasar jauh. End of semester 1, aku dapat buat diploma dekat Politeknik kat Kedah, kebanyakkan kawan-kawan satu kos dengan aku banyak dah pindah. Sebab fikirkan kawan-kawan, so aku decide untuk still bertahan dekat Melaka. Kalau ikutkan, aku agak sikit menyesal dengan keputusan tu. Haih!

Yang dekat Melaka tu, aku langsung tak habis belaja. Aku quit masa semester 3 sebab rasa macam kesian pulak dekat abah, mana lagi nak bagi belanja makan, duit asrama lagi. Siapa penah belajar uni swasta memang fahamlaa macammana rasanya kot. hahahaha

Lepas dah berhenti, aku decide nak kerja sementara tunggu permohonan upu dan seangkatan dengannya dibuka. Banyak kali abah tanya betul ke tak aku dah nekad nak berhenti belajar, aku iyekan jek.

Tiga bulan aku kerja kilang. Jadi operator, masa mula-mula nak interview, memang dorang tak nak ambil aku sebab result aku cantik. Lepas aku merayu, tipu-tipu sikit, akhirnya aku berjaya. Dalam masa kerja sebagai operator tu laa aku mula apply upu dan IpMa. Duit gaji masa jadi operator tu aku tak pernah kacau, dengan gaji tu jugaklaa aku belajar-belajar hulur rm10 dekat abah dan mak. hehehehe.

Alhamdulillah, rezeki aku, aku dapat tawaran sambung diploma dekat KKTM dalam bidang engineering. Kos yang aku naaakkkk saaangaat dari zaman spm. Dan yang paling aku bersyukur, aku tak perlu bayar apa-apa. Yuran pembelajaran free dan dapat elaun sara diri RM265 sebulan, asrama pun free. Dengan duit gaji aku jadi operator tu laa aku guna untuk masuk sambung belajar. 

Tak ada benda yang mudah. Hidup dekat KL ni, tak semua indah-indah. Aku pun macam student-student lain jugak, nak tengok wayang, nak jalan-jalan, nak beli barang branded semua. Tapi semua aku hold sebab aku ada matlamat. Aku tak nak jadi culture shock. Aku tak nak susahkan mak dan abah. Masa belajar, aku kurangkan masa keluar dengan kawan-kawan, kalau aku rasa aku nak keluar, aku keluar sorg-sorg, pergi klcc, pergi subang, pergi midvelly, pergi kl sentral lepak kedai buku, MPH semua. Tak pun dua minggu sekali aku akan balik kampung. Tiap kali down masa belajar, aku akan pujuk diri untuk bertahan untuk 2 tahun setengah je dekat bumi KL ni. Dari zaman belajar lagi aku memang tak suka KL!

Habis belajar, grade... macam orang lain jugak, aku nak kerja. Tapi lepas grade, rezeki aku lambat, aku kerja lagi sebagai operator kilang, merasalah kena buli dengan vietnam dan bangsa sendiri yang ada jawatan sikit. hahaha... 

Macam-macam jenis jawatan aku apply, yang aku ingat, aku pernah attent 50 interview dalam masa setahun. Beratus-ratus hantar resume. Mana je interview aku tak pergi, kalau dekat perak tu, dari Lumut, ipoh, taiping, dari kilang elektronik, bawak ke kilang enjin kapal air sampai ke kereta api semua aku dah jejak untuk interview. Aku pernah drive dua kali ke batu gajah pukul empat pagi semata-mata nak kejar ETS ke KL untuk interview pukul 8.30 pagi. Dah macam zombi dah rasa. Masa tu, kalau hantu melintas depan mata pun tak kisah dah, interview lagi penting!

Selain dari haunting interview, aku juga cuba buat online business. Baru belajar meniaga masa tu. Macam-macam plan nak jual. Tapi yang kekal, aku jual cardigan masa tu. Zaman-zaman tu cardigankan baru nak naik, seronok rasa walaupun untung sikit jek. Dalam masa yang sama, aku jugak menulis, dapatlaa sikit duit bila cerpen dan puisi aku keluar dekat majalah.

Allah tahu aku dah hampir putus asa. Di saat aku dah tak mengharap, Allah hadirkan orang bagi aku keyakinan untuk attent interview untuk jawatan yang aku nak nak sangat. Pukul 4 pagi aku drive ke stesen kereta api Batu gajah berdua dengan mak. Tak putus-putus mintak mak doakan. Kan sinilah aku realize tentang "Buat baik, di balas baik.". Kat sini lah aku mula yakin dengan janji Allah.

Alhamdulillah, bila kita redha, Allah permudahkan jalan. Dua minggu lepas interview tu, aku dapat dua panggilan kerja, satu dekat ipoh untuk jawatan kontrak government, satu lagi jawatan kontrak dekat company idaman aku. For sure aku akan pilih company idaman aku kan! hehehe :)

Untuk dapat jawatan sekarang pun, bukannya senang. Macam-macam dugaan aku dah lalui. Yang paling sakit, yang paling mengajar aku erti manusia, erti kawan, erti menjatuhkan, semua aku dah lalui masa aku jadi staff kontrak. Mak, abah dan husband (masa tu kawan baik) je laa yang tahu macam mana sedih dan downnya aku. Mula dari situlaa aku faham yang hidup ni tak setiap masa kita boleh biar orang pijak kepala kita.

Dalam banyak - banyak dugaan, dugaan masa kerja kontrak tu laa yang paaling sakit. Tapi tu laa, Allah uji sebab Allah tahu aku boleh survive, Allah uji sebab Allah nak bagi kegembiraan berganda. Syukur lepas tu akhirnya aku dapat juga jadi staff permenant untuk jawatan idaman aku dekat company idaman aku. Syukur sangat.

Orang pernah cakap bahawa kejayaan tu bukan satu destinasi, tapi sebuah perjalanan. Aku realize semua tu. Lepas dah dapat permenant staff, aku atur lagi jalan aku. Aku rangka lagi siapa aku di masa akan datang. Aku manusia yang suka berfikir, aku jenis yang ada matlamat. 

Masa praktikal, aku nampak orang bawak MYVI, aku berangan satu hari nanti aku akan beli myvi, gigih aku duk print gambar kereta tu tampal kat dinding bilik, kat dalam file, aku berangan2 nakkk sangat kereta warna oren tu. So, masa kat KL, disaat cik kancil buat hal gila-gila. Akhirny aku beranikan diri juga ambil kereta myvi idaman aku. *Kesian, orang aim honda, aku aim myvi jek*

Masa mula sampai KL, aku pernah berangan-angan nak beli rumah tinggi-tinggi kat KL, tiap- tiap hari duk tengok rumah orang, duk berangan ada rumah sendiri. Alhamdulillah, dengan angan-angan tu lah aku akhirnya dapat juga beli rumah pada usia 26 tahun.

Dari zaman sekolah, aku berangan-angan nak jadi penulis, alhamdulillah, di saat aku down, akhirnya Allah bagi peluang aku untuk rasa happynya jadi seorang penulis. Alhamdulillah, aku dapat rasa macammana nikmatnya kongsi rezeki menulis tu dengan husband, mak dan abah.

Jujur, dalam hidup aku, aku tak pernah jeleos dengan apa yang orang lain dapat. Daripada kecil aku dah biasa berdiri atas kaki aku sendiri, aku dah biasa usaha sendiri. Jadi bila ada mulut-mulut jahat yang mula comparekan aku dengan orang lain, aku mula jadi tak suka. Nanti- nanti adalah yang cakap, aku buat tu sebab jeles dengan orang tu, aku buat ni sebab jeles dengan orang ni. Aku dah biasa dah tu! 

Until now on, aku masih lagi haunting diri sendiri dengan pelbagai angan-angan dan impian. Aku nak jadi somebody sepuluh tahun akan datang, aku tengah trade diri aku untuk cuba fullfillkan semua angan-angan aku. Kalau umur tak panjang pun, setidak-tidaknya, aku ada sesuatu yang boleh diwariskan. 

Hidup ni sebenarnya kau tak perlukan orang lain untuk dijadikan pesaing. Kau tak perlu nak create musuh kemudian jatuhkan dia untuk tunjuk kau pemenang. Sampai bila kau nak hantui hidup kau dengan bayang-bayang dia? Bila dia berjaya, bila dia jadi lebih baik, kau mula tabur macam-macam ayat kengkonon dia dengki pada kau. Padahal, dalam hidup dia, nama kau, life kau pun dia tak pernah ambil kisah. Worth it ke?

Aku jenis tak pernah ambil tahu pasal life orang lain. As long as benda tu langsung tak masuk dalam border line aku, aku tak akan sesekali ambil tahu. Mudahkan?

Aku dah biasa usaha sendiri. Aku dah biasa berdikari. Aku tahu, aku tak cantik, jadi aku perlu tunjukkan effort aku berkali ganda untuk dapatkan sesuatu. Mentaliti orang, 'ber-perwatakan-menarik' tu selalu jadi keyword untuk mendapat perhatiankan....

Percayalah, apa yang aku ada sekarang, tak mudah macam petik jari jek. Aku pernah menangis, aku pernah betul-betul tersungkur, dan aku pernah down sedown-downnya sampai fikir nak pack baju terus balik kampung dan tak nak jejak bumi KL ni dah. So, kalau kau rasa life aku ni simple, jalan mudah, smooth jek, think again. Apa yang kau tengok, bukan apa yang kau tahu. Behind the scene untuk semua tu tak sama macam yang terlayar ye dik! 

Now on, aku pegang kata-kata ni bila rasa bangga diri atau down.

"Bila rasa nak riak, pandang orang yang lagi atas. Bila rasa lemah, pandang orang yang paling bawah"

kamonlahh, kalau aku yang tak cantik ni berani berdikari, berdiri atas kaki sendiri, tak kan kau tak boleh? Sampai bila nak jadi loser?

PS: harap entry ni menjawab pertanyaan. Hik!

Till then,


Ikhlas from,
Kakak tak cantik.