Tuesday, September 20, 2016

Air terjun FRIM, Kepong.

Assallammualaikum,

Selamat pagi. Lama dah tak update apa-apa dalam blog. Al-maklumlaa, busy memanjang katanya. Hehehe.

Ahad pagi, cadangnya nak ke NSK Selayang nak beli barang dapur. Fikir punya fikir, langsung tak keluar pergi mana-mana weekend ni, nak pergi shopping mall, malas! terfikir nak pergi tempat yang rileks-rileks je, yang tak sesak dengan umat manusia, yang bukan kawasan jem.

Husband suggest pergi FRIM. Tak tahu pun dalam FRIM ada air terjun rupanya. Tahu pun sebab husband tanya security dekat pintu masuk tu. Sungguhlaa tak jangka. Ingat datang FRIM nak bawak Iman tengok pokok je.

Disebabkan mata Iman dah berkelip-kelip tengok air sambil mulut bising macam pop corn, maka kitorang pun belasahlah bagi Iman berendam pakai pampers. Selalu bawak baju lengkap semua dengan tuala, langsung tak terfikir nak singgah mana-mana, bila tak bawak apa-apa, baru terfikir. Hahahaha.



Nak masuk dekat dalam FRIM ni kena bayar rm6 untuk satu kereta. Kiranya, kalau pergi ramai-ramai untunglaaa. Dekat FRIM ada apa? heheehe, dekat sini ada pokok. Kalau nak bawak family jalan santai-santai, jogging, basikal, oklaa. Lepas dah jogging, singgah mandi air terjun, air terjun tak adalah besar sangat. Tapi oklah!

Untuk korang yang tak tahu, dekat FRIM boleh sewa basikal jugak. Tapi tak sure berapa harga dia. Yang senang dekat sini, kau boleh pusing satu FRIM ni naik kereta. Kira oklah untuk orang yang malas nak jalan kaki.

Ok, till then.
Jumpa lagi!

posted from Bloggeroid

Friday, August 12, 2016

Gigi

Assallammualaikum,

Al kisahnya, Hari rabu, kak ipar call husband sebab iman tak nak makan bubur ayam yang mama dia bekalkan.

Dengar je iman tak nak makan, mulalah hati tak senang. Terfikir-fikir nak bagi Iman makan apa. Dia punya fikir, dari opis membawa kepada pagi khamis. Haih!

Jadinya, pagi khamis, lepas subuh, teruslah fikir idea untuk bento iman.




Hasilnya,

breakfast : tauhu lembut + puree kurma
lunch: nasi putih + ikan tenggiri goreng bawang putih dan unsalted butter.
minum petang: apple + cinnamon dgn unsalted butter.

Gigihlah jugak. Petang, masa ambil iman, kak ipar cakap iman makan. muka pun nampak happy sampailah ke malam.

Disebabkan muka happy dan asyik membebel iman tu, mama dia pun gigihlah dengan penuh kasih-sayang pergi masukkan jari dalam mulut iman.

Alhamdulillah, syukur... gigi iman tumbuh tiga batang serentak. No wonderlah asyik merengek je. Lepas tu touching lebih. Syukur sangat-sangat sebab even nak tumbuh gigi, iman langsung tak demam. Cumanya yang paling obvious iman tak nak makan bubur ayam macam selalu. Bersungguh dia tolak kata kak ipar.

Now, iman tengah bertatih-tatih. Dah bosan merangkak agaknya.

Till then,
posted from Bloggeroid

Thursday, July 28, 2016

Welcome back!

Salam dan selamat pagi.

Dah lama sangat tak singgah sini eh. kemain dia dibiarkan tak dijaga. Bila semuanya dah guna phone, so agak malas gila nak update blog thru pc.

Mood nak berblog pun dah ke laut.

Tak tahu kenapa, rasa macam malas pulak nk cerita semua benda kat blog. padahal, blog ni memang tempat luahan perasaan sejak dulu lagi. Hahaha.

selain dari tu, mungkin juga sebab faktor busy. hehehee

ok, will be back soon!

love,
Syida Yusof.

posted from Bloggeroid

Thursday, March 03, 2016

Pengalaman Di NICU HSB

Assallammualaikum (n_n)V

Hai,

Actually, lama dah nak update, tapinya asyiklah tak sempat. Biasalah, busy, inipun baru lepas siapkan assigment, ada lagi dua paper tak siap lagi. *kelip-kelip mata*

Back to tajuk. Pengalaman Di NICU Hospital Sungai Buloh
Macam yang tahu, bagi yang pernah baca pengalaman bersalin anak pertama dalam entry sebelum ni, mesti tau yang baby aku prem a.k.a pramatang. Beliau lahir pada 35 week sehari lepas aku habis final exam semester 5. Hehehe.

Hospital Sungai Buloh memang best. Hospital baru kannn, service ok,memuaskan, staff pun okey, Aku kira, kalau dapat nurse tak okey tu, memang bukan rezeki akulaa. Bilik best, katil best, makanan sedapppp kotttt, yang ni serius! Hospital ni, environment dia tak jauh beza dengan hospital Pantai. Yang ni aku sure.

Orang cakap, instint seorang ibu semestinya betul. Lepas cek KKIA dan KKIA suruh aku check-up immediately, aku dah mula berkira-kira bahawa baby aku akan berada di NICU. Overall, aku tak pernah tahu langsung macammana keadaannya dekat NICU. Haih!

24/8/2015 (Isnin)
Lepas bersalin, baby terus direct hantar ke NICU. Tengahari meronta-rontalah aku nak ke NICU tengok baby. Pagi, husband teman dekat wad sekejap sebab nak tolong tukarkan baju dan bersihkan diri, lepas tu husband balik rumah sebab nak tanam uri. Husband sampai kat wad semula waktu lunch hour, terus ajak husband ke NICU sebab tak sabar nak tengok baby. Dup dap dup dap jantung perjalanan nak sampai NICU tu.

Sampai dekat NICU, speechless. Jauh sangat keadaan dia macam apa yang ada dalam fikiran aku. Husband bawa jumpa baby. Sedih tengok sebab baby kecil. Berat baby 1.69kg. Duduk dalam katil baby lepas tu tangan bercucuk, wayar kat tangan, kat kaki lepas tu duduk bawah warmer. Allah je yang tahu perasaan macam mana masa tu. Rasa takut sangat, risau, tak putus-putus doa dalam hati minta Allah permudahkan. Nurse bagi kerusi, duduk sebelah katil baby, pegang tangan kecil dia, Allah, kecil jek. Hanya semangat je laa yang boleh bagi pada baby masa tu.

Lepas puas tengok, husband tolak balik pergi wad. Husband balik nak uruskan benda lain pulak. Rasa kosong je, masa ni rasa blank, rasa tak tahu nak buat apa, rasa sedih pun ada sebab orang datang melawat tapi baby tak ada dengan kita. T___T, petang, masa waktu melawat, nampak nurse dari NICU hantar baby orang katil depan aku, saja tanya baby aku mana. Ye laaa, berat baby yang dihantar tu 1.71kg, tapi dah boleh discarge dari NICU, kita pun berharaplah dapat baby hari ni dan esok dah boleh discaj. Tengok orang tu susukan baby dia sepanjang malam, tambah rasa sedih. NICU kat Hospital Sungai Buloh ni boleh masuk sampai pukul 10 malam. Hanya ayah dan ibu je laa yang boleh masuk pun.

Malam tu, masa tengok baby, nurse suruh susukan baby. Speechless. Nasiblah ada nurse tolong ajarkan. Sedihlaa masa tu sebab aku tak pandai nak susukan, ditambah baby tak pandai lagi menyusu. Mulut dia kecik jek, puting lagi besa dari mulut dia. Huhuhu. Banyak kali jugalah cuba. Nurse suruh peluk baby untuk rangsang pengeluaran susu.

25/8/2015 (Selasa)
Esoknya (25/8/2015), dari tengahari aku dah kena bengkak susu. Sakit dia, Tuhan je yang tahu, rasa macam nak pecah dada. Banyak kali jugaklah husband kena marah sebab tak tahu nak mintak tolong dengan siapa. Orang cakap, nak hilangkan bengkak susu tu, bagi baby menyusu. Tapi masalahnya, baby tak pandaipun menyusu lagi. Penatnya nak tahan sakit tu, sampai nak cakap pun dah tak boleh. Petang tu, dalam pukul empat, dah boleh discaj, tapi sebenarnya aku tak boleh balik lagi sebab kena room-in dekat NICU, tapi disebabkan sakit sangat, aku ajak husband balik rumah, nak rest dekat rumah sambil mintak mak tolong urutkan. T___T

Masa dekat katil baby,Nurse tanya, susu badan ada? aku cakap ada, tapi baby tak pandai lagi nak menyusu. So, nurse suruh pergi pam dekat satu bilik dalam NICU tu. Bilik tu memang tempat pam susu. Nak dijadikan cerita, masa sampai dalam bilik tu, aku blank, nampak seorang ibu muda tengah pam susu, Aku macam terkebil-kebil tak tahu nak buat apa. So, ada nurse dekat-dekat situ, lepas tu aku panggil nak mintak ajarkan guna pam tu, dia masuk dekat bilik tu, muka ketat... pastu bermulalah sesi menyakitkan hati, bertubi-tubi. Aku ingat lagi, masa tu aku cuma tanya macammana nak buat? sambil pegang botol susu kat tangan... T__T

Dan mulut dia macam bertih jagung,

"Tak akan tak tahu?"
"Selama ni tak pernah belajar ke macammana nak pam?"
"Ini anak nombor berapa?"
"Mak ke, kakak ke, tak akan tak pernah ajar pasal susu?"
"Janganlah jadi bangsa pemalas, semua benda tak tahu, tak akan pandai beranak je."
"Tak pernah tanya siapa-siapa ke?"
"Tak akan nak bagi susu tepung kat anak kot?"
"Ni dah bengkak, kenapa tak tuam?"
"Tuam guna apa?"
"Ini dua-dua dah bengkak, sakitkan? Ini dah bengkak, mana boleh pam, susu tak keluar!"
"Balik, tuam betul-betul,"

Sentap gila aku bila nurse tu marah-marah aku. Rasanya satu NICU tu dengar suara dia. Malunya, Tuhan je yang tahu. Terus aku tak jadi pam, terus keluar pergi balik dekat katil baby sambil tahan breast yang semakin mem-bengkak. T___T

Kalaulah aku expect baby nak keluar awal, dah lama aku buat persediaan, ini mana lagi hal kerja, dengan assignment lagi, dengan final exam lagi. Malas je aku nak menjawab. Lepas kena sound tu, terus aku ajak husband balik. Keluar dari pintu NICU sampailah ke parking lot, berjurai-jurai air mata aku keluar, sedih punya pasal, disebabkan wheel chair tak ada, gigih ajak husband jalan kaki je pergi lot parking, dah lah jauh, sakit lagi, comfident je aku jalan laju2, husband dah bising-bising, aku buat donno jek. Sakit lagi cakap-cakap nurse tu dari sakit kena jahit! Dalam kereta sampai ke rumah pun aku menangis berjurai-jurai, sampai sedu-sedu kot. Fragile gila bila fikirkan balik masa tu. Hahaha :)

Bukanlah aku cakap semua nurse kat NICU tu garang macam singa. Cuma yang seorang tu je tak tahu apa masalahnya, dari first day sampai last day aku dekat NICU, macam ada je dia tak puas hati. Nurse yang lain, alhamdulillah baik. Sangat-sangat membantu. Dari wad 6B sampai ke NICU, aku bersyukur sangat dapat nurse yang ok,

26/8/2015 (Rabu)
Pagi esoknya, lepas bengkak susu dah okey, cepat-cepat ajak husband pergi NICU, nasiblah jarak rumah dengan hospital tak jauh. Dalam sepuluh minit dah sampai. Sampai NICU, basuh tangan bersih-bersih baru ke katil baby. Baby masih bawah warmer, kesian tengok sebab dia je laa yang pakai warmer, baby lain tak ada. Mungkin sebab lapisan lemak tak ada lagi, jadi baby cepat sejuk, sebab tu doktor tak bagi off warmer kot!

Masa sampai, baby baru lepas menyusu. Sedih tengok baby menyusu pakai benda yang macam picagari tu [Shrink], lepas tu nurse bagitahu baby cepat lapar, baby lain tengah tidur, baby aku dah meraung-raung lapar, dia akan lapar awal setengah jam dari baby lain. Haih.. advance sungguhlah dia! Tapi tetap rasa seronok sebab nurse bagitahu baby pandai minum guna picagari tu, nurse tak sempat nak tekan, baby dah sedut semua susu. Allah, terharu sangat masa tu. Bila nurse tunjuk depan mata sendiri yang baby pandai menyusu sendiri, rasa terharu berganda kot. Tak lama lepas tu,nurse suruh room-in,

Tengahari tu tak boleh balik, terus dapat katil dekat bilik room-in. Tak lama lepas tu, nurse datang bawa katil baby, sekali dengan warmer. Sedih tengok, anak orang lain tak ada warmer, anak aku je laa yang pakai warmer. T__T Dekat sejam duduk2, husband balik ambil barang-barang aku semua.

Room-in tu apa?

Room-in ni konsep dia macam wad, tapi untuk ibu-ibu yang tak sakit, ibu-ibu duduk dekat room-in untuk jaga baby sampai baby boleh discaj. Kira room-in ni mcm pra discaj untuk baby laa.

Masa ni lah belajar macam-macam. Belajar jaga baby sendiri, belajar susukan baby, belajar sedawakan, yang paling best, kita kena kira berapa berat pampers baby. Hehehehe. Dari pagi sampai ke malam, kerja aku duk pandang orang keliling. Katil tak banyak, adalah dalam sepuluh katil macam tu.



27/8/2015 (Khamis)
Pagi-pagi, dalam pukul 6.30 pagi, semua orang dah bangun. Aku je lah yang blur tengok orang kelam-kabut semua. Pagi tu dapat nurse yang baik sangat. Nurse suruh ambil barang-barang macam baju, selimut, kapas-kapas untuk bersihkan baby. Aku belajar buat slow-slow, masa tu rasa macam nak nangis sebab nak bogelkan baby dan bersihkan badan baby, baby dah laa kecil, sejuk pulak tu pagi-pagi, nak pegang pun takut, tapi nak buat macammana, nak tak nak, aku tetap kena buat juga.

Dalam pukul tujuh pagi, nurse timbang baby, dalam pukul tujuh setengah, doktor pakar datang cek baby. Masa ni laa kalau berat baby dah ok, baby dah ok, dah stabil, baru baby boleh balik. Sampai turn aku, baby still tak boleh balik lagi. Macam tu laa pagi hari-hari. Tengahari, doktor ambil darah baby, pastu hantar sample ke Lab, nak tengok darah ada kuman ke tak ada. Masa ni aku boleh cool lagi sebab baby ok. Tak sabar-sabar, berdoa-doa pagi sabtu nanti baby boleh keluar NICU, Alhamdulillah, masa room-in ni husband still ada, walaupun datang kejap-kejap. :)

28/8/2015 (Jumaat)
Pagi-pagi lagi aku dah siap-siapkan baby, timbang berat baby dah 1.8kg, hati aku berbunga-bunga nak bawa baby balik rumah, berdoa-doa aku pagi tu supaya doktor bagi bawa baby balik.  Pagi tu, masa menyusukan baby, nurse bagi baby guna cawan, nurse cakap, kalau dah boleh minum guna cawan, insyaAllah baby dah boleh discaj, bertambah berbungalah hati aku! Tapi, sebaliknya pulaakkkkk.Lepas doktor pakar datang cek baby, tengok rekod baby semua, dia tak bagi baby balik. Yang paling aku sentap, doktor cakap cenggini,

"Kalau saya bagi awak bawak balik baby, awak yakin boleh jaga baby ke?"

gittew, Ko ghase? sepanjang dua malam dekat situ, aku paling tak suka time doktor datang buat rondaan, memang meruntun jiwa aku yang fragile ni bila dia cakap pasal rekod baby. Lepas cakap ayat dekat atas tu, doktor pakar tengok balik rekod, discuss balik dengan doktor singh tu, pastu dia cakap,

"Anak you tak boleh discaj, kitaorang cek, darah anak you ada kuman, baby akan hantar balik ke NICU, kita letak dalam satu bilik khas, masukkan antibiotik, You boleh balik, berurut, kasi bersih-bersih badan"

Ko ghase? Sentap berkali-kali je rasa. Kemain aku tahan air mata tak nak nangis depan doktor pakar tu. Lepas doktor dah keluar, aku mesej husband bagitahu baby tak boleh balik, pastu lari pergi toilet menangis puas-puas. Fragile-kaannnnnn. Husband call pun aku tak jawab, berkali-kali, sedih taw! Tengahari, nurse hantar baby ke bilik yang doktor tu cakap, laagggiiii rasa macam nak nangis bila tengok baby duduk 1 katil dalam satu wad, siap nak kena pasang wire-wire sekali dengan bunyi mesin. berkali-kali menyorok belakang pintu tak nak orang nampak aku menangis. Husband balik dari solat jumaat, terus mesej husband bagitahu dah pindah wad, nampaklaa muka sedih husband masa sampai. Yelaa, before tu aku dah siap whatsapp gambar bilik wad baru baby kot!




Dalam pukul tiga kitorang balik rumah, sepanjang-panjang perjalanan balik rumah aku menangis, Fragile ok, husband dah tak tahu nak buat apa dah, siap nasihat sekali dengan psiko aku, huhuhu.. sedih tau! Ayat beliau,

"Oklah tu, mana kamu nak, baby balik, lepas tu sakit, atau biar je baby dekat sana, doktor dan nurse jaga baby elok-elok, kalau balik, baby sakit, siapa yang susah?"

"Kamu nangis ni macam baby dah tak ada je, tengok orang lain tu, baby dia lagi teruk,"

Hah, terus berhenti nangis bila kena psiko gitu! Malam tu, dalam pukul lapan datang NICU balik, Aku pergi pam susu, husband jaga baby dekat bilik. Semangat aku pam, nak sediakan susu yang cukup untuk baby. Kalau boleh, aku tak nak baby minum susu formula. kitorang keluar dari NICU dalam pukul sepuluh malam.

29/8/2015 (Sabtu)
Kitorang datang NICU dalam pukul sembilan pagi. Hari tu aku dah siap bersihkan diri, pakai baju semenggah sikit, nampaklaa ceria dan happy, semangat nak jumpa babykan. :) Kitorang duduk dekat dengan baby sampai ke malam. Pukul 10.00malam baru balik.

30/8/2015 (Ahad)
Kitorang datang dalam pukul sepuluh pagi, muka confident je jalan laju-laju nak pergi tengok baby dekat bilik dia, tiba-tiba ada nurse panggil.

"Eh, ibu baby of Noor Rasyidah eh?"

Gittew, kitorang tengah blur-blur, angguk je laa,

"Rasanya baby dah ok, cuba tengok nama kat katil baby."

 kitorang aim dekat baby yang bawah warmer, cek-cek tengok tag dekat kaki,memang betul baby dah tak duduk dekat bilik. Terus laa angkat baby nak susukan.Alhamdulillah, baby dah pandai menyusu, asyik nak melekat dengan aku. Terharu rasa. T____T

Dalam pukul sebelas, doktor singh tu datang cek baby dekat katil, aku tengok je laa macam biasa. Dah tak mengharap nak baby keluar wad, ye laa, tak akan doktor nak discaj baby time weekend eh?

Tiba-tiba doktor tu cakap,

"Puan, baby boleh discaj hari ni eh?"

Aku macam blur, macam tak percaya. Tapi aku angguk je laa. Lepas tu doktor bagi file baby dekat nurse, barulaa percaya baby boleh discaj. Tunggu punya tunggu, dalam pukul enam petang baru baby boleh discaj, ye laa, hari ahadkan.

Petang, mak mertua, kakak ipar dan anak-anak buah datang hospital tengok baby buat first time, pastu bawa balik rumah jumpa mak abah, hahaha.. confius baby tengok ramai-ramai orang dekat rumah :)



Esoknya, tengok dekat berita, Hospital Sunga Buloh mencatatkan bilangan baby ramai lahir pada 31 ogos, hehehe, rezeki baby, disebabkan 31 0gos, baby dapat balik rumah. Genap seminggu baby dekat Hospital! check-in pagi ahad, check-out pagi ahad seminggu selepas tu.

Tak ada rezeki baby nak lahir 31 ogos. Hehehe, Apapun alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya, cuma yang bab fragile tu je tak mampu nak buat apa :)

Apapun, Terima kasih staff Hospital Sungai Buloh, dari wad bersalin, ke wad 6B, ke bilik operation, terus ke NICU. Terima kasih untuk pengalaman ni, Pada korang yang takut-takut nak bersalin dekat Hospital Sungai Buloh tu, janganlah risaauuuuu. Redha ok!

 Till then~


Friday, February 05, 2016

Behind The Scene

Assallammualaikum (n_n)V

Salam Jumaat. Dah lama rasa tak taip someting yang worth-it untuk dibaca, rasanyelah kan... :) Hahaha.


Masa tengah google, aku terjumpa ayat kat atas ni. Ayat ni kan buat aku terfikir banyak benda.

since aku kecik, aku ada banyak gila impian. Mak bapak aku bukannya orang senang, kerja kampung je pun. Dari kecik aku dah berangan bila dah besar nanti aku nak ada better life, aku nak beli itu, beli ini, nak hidup macam tu, macam ni. Since aku kecik, aku suka cakap dekat abah nanti bila dah besar, adik nak.... etc etc.

Disetiap kali ayat aku tu abah mesti cakap

"Jangan berangan jek. Tak payah cakap dengan orang, usaha banyak-banyak."

Lebih kurang cenggitulah. Bila abah cakap camtu, aku dah mula merajuk. Tapi dalam merajuk tu aku still simpan azam untuk catch semua angan-angan aku. Bila aku dah mula boleh berfikir, dah boleh buat keputusan sendiri, perlahan-lahan aku cuba atur hidup aku, aku dah mula fikir siapa aku 5 tahun akan datang, 10 tahun akan datang, aku dah mula fikir aku dekat mana, maknusia macam mana aku sepuluh tahun lepas tu.

Lepas habis SPM, aku pernah buat keputusan drastik sebab nak kejar impian aku nak jadi seorang engineer. Aku tolak peluang masuk form 6 sebab aku dapat course ekonomi. Walaupun orang cakap, bila kau ambil stpm, kaki kau selangkah lagi nak masuk universiti. Masa zaman tu, aku aim bukan sebab nak masuk U, tapi aku aim nak grade dengan course engineering.

Masa aku study dekat Melaka, barulaa aku tahu course diploma yang aku ambil tu langsung tak relate dengan impian aku. Rasa down sebab aku rasa apa yang aku dah rancang tu tersasar jauh. End of semester 1, aku dapat buat diploma dekat Politeknik kat Kedah, kebanyakkan kawan-kawan satu kos dengan aku banyak dah pindah. Sebab fikirkan kawan-kawan, so aku decide untuk still bertahan dekat Melaka. Kalau ikutkan, aku agak sikit menyesal dengan keputusan tu. Haih!

Yang dekat Melaka tu, aku langsung tak habis belaja. Aku quit masa semester 3 sebab rasa macam kesian pulak dekat abah, mana lagi nak bagi belanja makan, duit asrama lagi. Siapa penah belajar uni swasta memang fahamlaa macammana rasanya kot. hahahaha

Lepas dah berhenti, aku decide nak kerja sementara tunggu permohonan upu dan seangkatan dengannya dibuka. Banyak kali abah tanya betul ke tak aku dah nekad nak berhenti belajar, aku iyekan jek.

Tiga bulan aku kerja kilang. Jadi operator, masa mula-mula nak interview, memang dorang tak nak ambil aku sebab result aku cantik. Lepas aku merayu, tipu-tipu sikit, akhirnya aku berjaya. Dalam masa kerja sebagai operator tu laa aku mula apply upu dan IpMa. Duit gaji masa jadi operator tu aku tak pernah kacau, dengan gaji tu jugaklaa aku belajar-belajar hulur rm10 dekat abah dan mak. hehehehe.

Alhamdulillah, rezeki aku, aku dapat tawaran sambung diploma dekat KKTM dalam bidang engineering. Kos yang aku naaakkkk saaangaat dari zaman spm. Dan yang paling aku bersyukur, aku tak perlu bayar apa-apa. Yuran pembelajaran free dan dapat elaun sara diri RM265 sebulan, asrama pun free. Dengan duit gaji aku jadi operator tu laa aku guna untuk masuk sambung belajar. 

Tak ada benda yang mudah. Hidup dekat KL ni, tak semua indah-indah. Aku pun macam student-student lain jugak, nak tengok wayang, nak jalan-jalan, nak beli barang branded semua. Tapi semua aku hold sebab aku ada matlamat. Aku tak nak jadi culture shock. Aku tak nak susahkan mak dan abah. Masa belajar, aku kurangkan masa keluar dengan kawan-kawan, kalau aku rasa aku nak keluar, aku keluar sorg-sorg, pergi klcc, pergi subang, pergi midvelly, pergi kl sentral lepak kedai buku, MPH semua. Tak pun dua minggu sekali aku akan balik kampung. Tiap kali down masa belajar, aku akan pujuk diri untuk bertahan untuk 2 tahun setengah je dekat bumi KL ni. Dari zaman belajar lagi aku memang tak suka KL!

Habis belajar, grade... macam orang lain jugak, aku nak kerja. Tapi lepas grade, rezeki aku lambat, aku kerja lagi sebagai operator kilang, merasalah kena buli dengan vietnam dan bangsa sendiri yang ada jawatan sikit. hahaha... 

Macam-macam jenis jawatan aku apply, yang aku ingat, aku pernah attent 50 interview dalam masa setahun. Beratus-ratus hantar resume. Mana je interview aku tak pergi, kalau dekat perak tu, dari Lumut, ipoh, taiping, dari kilang elektronik, bawak ke kilang enjin kapal air sampai ke kereta api semua aku dah jejak untuk interview. Aku pernah drive dua kali ke batu gajah pukul empat pagi semata-mata nak kejar ETS ke KL untuk interview pukul 8.30 pagi. Dah macam zombi dah rasa. Masa tu, kalau hantu melintas depan mata pun tak kisah dah, interview lagi penting!

Selain dari haunting interview, aku juga cuba buat online business. Baru belajar meniaga masa tu. Macam-macam plan nak jual. Tapi yang kekal, aku jual cardigan masa tu. Zaman-zaman tu cardigankan baru nak naik, seronok rasa walaupun untung sikit jek. Dalam masa yang sama, aku jugak menulis, dapatlaa sikit duit bila cerpen dan puisi aku keluar dekat majalah.

Allah tahu aku dah hampir putus asa. Di saat aku dah tak mengharap, Allah hadirkan orang bagi aku keyakinan untuk attent interview untuk jawatan yang aku nak nak sangat. Pukul 4 pagi aku drive ke stesen kereta api Batu gajah berdua dengan mak. Tak putus-putus mintak mak doakan. Kan sinilah aku realize tentang "Buat baik, di balas baik.". Kat sini lah aku mula yakin dengan janji Allah.

Alhamdulillah, bila kita redha, Allah permudahkan jalan. Dua minggu lepas interview tu, aku dapat dua panggilan kerja, satu dekat ipoh untuk jawatan kontrak government, satu lagi jawatan kontrak dekat company idaman aku. For sure aku akan pilih company idaman aku kan! hehehe :)

Untuk dapat jawatan sekarang pun, bukannya senang. Macam-macam dugaan aku dah lalui. Yang paling sakit, yang paling mengajar aku erti manusia, erti kawan, erti menjatuhkan, semua aku dah lalui masa aku jadi staff kontrak. Mak, abah dan husband (masa tu kawan baik) je laa yang tahu macam mana sedih dan downnya aku. Mula dari situlaa aku faham yang hidup ni tak setiap masa kita boleh biar orang pijak kepala kita.

Dalam banyak - banyak dugaan, dugaan masa kerja kontrak tu laa yang paaling sakit. Tapi tu laa, Allah uji sebab Allah tahu aku boleh survive, Allah uji sebab Allah nak bagi kegembiraan berganda. Syukur lepas tu akhirnya aku dapat juga jadi staff permenant untuk jawatan idaman aku dekat company idaman aku. Syukur sangat.

Orang pernah cakap bahawa kejayaan tu bukan satu destinasi, tapi sebuah perjalanan. Aku realize semua tu. Lepas dah dapat permenant staff, aku atur lagi jalan aku. Aku rangka lagi siapa aku di masa akan datang. Aku manusia yang suka berfikir, aku jenis yang ada matlamat. 

Masa praktikal, aku nampak orang bawak MYVI, aku berangan satu hari nanti aku akan beli myvi, gigih aku duk print gambar kereta tu tampal kat dinding bilik, kat dalam file, aku berangan2 nakkk sangat kereta warna oren tu. So, masa kat KL, disaat cik kancil buat hal gila-gila. Akhirny aku beranikan diri juga ambil kereta myvi idaman aku. *Kesian, orang aim honda, aku aim myvi jek*

Masa mula sampai KL, aku pernah berangan-angan nak beli rumah tinggi-tinggi kat KL, tiap- tiap hari duk tengok rumah orang, duk berangan ada rumah sendiri. Alhamdulillah, dengan angan-angan tu lah aku akhirnya dapat juga beli rumah pada usia 26 tahun.

Dari zaman sekolah, aku berangan-angan nak jadi penulis, alhamdulillah, di saat aku down, akhirnya Allah bagi peluang aku untuk rasa happynya jadi seorang penulis. Alhamdulillah, aku dapat rasa macammana nikmatnya kongsi rezeki menulis tu dengan husband, mak dan abah.

Jujur, dalam hidup aku, aku tak pernah jeleos dengan apa yang orang lain dapat. Daripada kecil aku dah biasa berdiri atas kaki aku sendiri, aku dah biasa usaha sendiri. Jadi bila ada mulut-mulut jahat yang mula comparekan aku dengan orang lain, aku mula jadi tak suka. Nanti- nanti adalah yang cakap, aku buat tu sebab jeles dengan orang tu, aku buat ni sebab jeles dengan orang ni. Aku dah biasa dah tu! 

Until now on, aku masih lagi haunting diri sendiri dengan pelbagai angan-angan dan impian. Aku nak jadi somebody sepuluh tahun akan datang, aku tengah trade diri aku untuk cuba fullfillkan semua angan-angan aku. Kalau umur tak panjang pun, setidak-tidaknya, aku ada sesuatu yang boleh diwariskan. 

Hidup ni sebenarnya kau tak perlukan orang lain untuk dijadikan pesaing. Kau tak perlu nak create musuh kemudian jatuhkan dia untuk tunjuk kau pemenang. Sampai bila kau nak hantui hidup kau dengan bayang-bayang dia? Bila dia berjaya, bila dia jadi lebih baik, kau mula tabur macam-macam ayat kengkonon dia dengki pada kau. Padahal, dalam hidup dia, nama kau, life kau pun dia tak pernah ambil kisah. Worth it ke?

Aku jenis tak pernah ambil tahu pasal life orang lain. As long as benda tu langsung tak masuk dalam border line aku, aku tak akan sesekali ambil tahu. Mudahkan?

Aku dah biasa usaha sendiri. Aku dah biasa berdikari. Aku tahu, aku tak cantik, jadi aku perlu tunjukkan effort aku berkali ganda untuk dapatkan sesuatu. Mentaliti orang, 'ber-perwatakan-menarik' tu selalu jadi keyword untuk mendapat perhatiankan....

Percayalah, apa yang aku ada sekarang, tak mudah macam petik jari jek. Aku pernah menangis, aku pernah betul-betul tersungkur, dan aku pernah down sedown-downnya sampai fikir nak pack baju terus balik kampung dan tak nak jejak bumi KL ni dah. So, kalau kau rasa life aku ni simple, jalan mudah, smooth jek, think again. Apa yang kau tengok, bukan apa yang kau tahu. Behind the scene untuk semua tu tak sama macam yang terlayar ye dik! 

Now on, aku pegang kata-kata ni bila rasa bangga diri atau down.

"Bila rasa nak riak, pandang orang yang lagi atas. Bila rasa lemah, pandang orang yang paling bawah"

kamonlahh, kalau aku yang tak cantik ni berani berdikari, berdiri atas kaki sendiri, tak kan kau tak boleh? Sampai bila nak jadi loser?

PS: harap entry ni menjawab pertanyaan. Hik!

Till then,


Ikhlas from,
Kakak tak cantik.

Thursday, January 28, 2016

Bungkusan : 2015


Assallammualaikum. 

Hai. 

Dah nak hujung-hujung bulan januari ni baru sibuk nak update pasal 2015 eh. haih.. bertabah je lah. Ini pun gigih menaip untuk simpanan kenangan. Macam orang lain, 2015 aku pun ada banyak kenangan. Dimulakan dengan,

Januari.
Alhamdulillah. Rezeki Allah. Lepas dapat double line, semua aktiviti-aktiviti lasak dilupakan. Risau.


Februari dan Mac
Mungkin rezeki anak, alhamdulillah, publisher bagitahu novel dah masuk Q untuk terbit. Syukur sangat.


April
Antara moment yang paling  best sebab attent pelancaran novel sendiri. Macam-macam perasaan ada masa tuh. Macam mimpi jek.



May
Rezeki, pertama kali dapat join Pesta Buku di PWTC. Perasaan lain sangat masa tu sebab dalam masa yang sama tengah pregnant. Masa tu dapat attent untuk dua publisher, first untuk publisher Lejen Press, second untuk Buku Hitam Press




Ogos
Moment yang palinggggg indah sebab pertama kali membawa seorang khalifah ke dunia. Perasaan tu tak boleh nak diungkap. Moment paling sweet. Kalau orang lain mengandung 9 bulan plus plus. My precious baby pulak duduk dalam perut 8 bulan jek. Kemain dia semangat nak keluar awal.


Gambar fresh masa baby dalam NICU lepas beberapa jam di lahirkan. Sangat kecil. Berat around 1.69kg je. Alhamdulillah, now semakin me-montel dengan jayanya! Syukur.


Disember.
Pertama kali pergi vacation bertiga. Pertama kali travel bawak baby. Walaupun hanya ke Johor Bahru, jadiklaa, Hahaha.. 2015 ni punyelaa banyak peristiwa pertama kali dalam hidup aku.



Conclusion, Ini adalah sebahagian cerita 2015 yang aku ingat, Yang meninggalkan moment indah sepanjang 365 hari ni. Sekejap je dah 365 hari. Cepat sungguh masa bergerak eh.

Till then,