Wednesday, November 11, 2015

Addicted Green Tea.

Assallammualaikum.
Hai. Lama gila dah tak update apa-apa dekat sini. Hehehe. Biasalaa, busy dengan macam-macam.
Lately ni, aku addicted gila dengan big cup coffee. Entah bila mula naiknya benda ni area perak ni entah. 

Hari tu, lepas berpantang, saja je ingat nak cuba sebab nampak orang minum macam sedap jek.
Well, sekali cuba... Memang sedaaappppp pun. Setakat ni aku dah cuba beberapa perisa dekat beberapa stall. Ada yang best, ada yang so so je sekadar ikut trend.

Macam-macam perisa ada. Tapi entah kenapa, aku jadi addicted dengan ice green tea. Serius sedap. Melting je rasa. Hahaha.



Dari ipoh sampai ke manjung stall big cup coffee ni dah jadi trend. Kengkonon hipsterlaa sangat. Harga dia pun boleh tahan hipster, rm4.50-rm5 satu big cup tu. Dekat area KL tak surelaa ada ke tak. Harap-harap ada laa :)

Korang dah cuba? Boleh suggest perisa apa lagi yang best?

Till then!

1 comment:

  1. ya Allh we shared same taste ! ketagih sangat ngan green tea. kalau kat kelantan rm3.50 plastik besar. sekarang tengah cari serbuk green tea yang pemes tu. bunyinya asal thailang. emm cravingg

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998