Tuesday, December 02, 2014

Kucing

Assallammualaikum (n_n)V

Dekat rumah ada kucing.. tak tahulah, mungkin tuan dia tak nak dia dah kot, jadi tinggalkan dia dekat luar rumah tanpa beri makan semua.

Nak dijadikan cerita, masa balik dari beli sarapan pagi ahad tu, aku takut-takutkan dia. Ye laaa, kucing bulu gebu-gebu, sebijik macam kucing muka penyek tu, siapa tak geram bila jumpa. En hubby dah datang gosok-gosok badan dia. Lepas tu dia nak ikut balik, So, bawak masuk kejap, lepas tu rebus daging ayam laju-laju. Kemain dia menunggu kat dapur. Lapar sangat dah rupanya. Kesian...

Bila dah bagi makan, bawak keluar, Tengahari, lepas kemas rumah, aku jenguk dekat luar, dia tengah tunggu. Masa keluar nak ambil dia, tengok dia dah jalan ke tepi tangga. Rumah aku kan apartment, so dia macam tengah tunggu tuan dia kat tepi tangga, dia macam takut-takut dia tak nampak tuan dia lalu, T__T

Ingat nak ambil, pastu dia macam menyorok sebab ada budak kacau dia. Bila aku ambil dia meronta-ronta nak turun. Fine... terus tak jadi nak bawak masuk rumah.


Pagi isnin, dah lah bangun lambat dari kebiasaan nak pergi kerja, Nasib dah iron baju. Tengah siap-siap nak buat breakfast, boleh pulak dia meow-meow dari luar pintu. Bukak pintu terus dia masuk laju-laju pergi dapur. Lapar sangat agaknya. Dalam lambat-lambat tu terus rebus ayam dalam microwave, bagi dia makan. Dah bagi makan dekat luar rumah, nak pergi kerja boleh pulak dia masuk dalam rumah tak nak keluar-keluar. Saja je buat orang rasa bersalah. Nak tak nak, terpaksa keluarkan juga. 

Balik kerja semalam terus je cari dia sebab nak bagi makan friskies, tak jumpa, dah masuk rumah, dah siap makan tengok dia dah ada kat luar rumah, panggil dan bagi makan, tapi dia tak nak makan firskies, dia nak masuk rumah. Aku tak bagi, so keluarkan dia dan bagi upah ayam rebus kat dia lagi. Haih!

Pagi ni nak pergi kerja tak nampak lagi dia. Tapi aku dah siap-siap letak friskies dalam bekas makanan dia, pandai-pandailah dia.

Kalau ikutkan hati, aku nak je jaga dia. Tapi tak boleh. Rumah aku kecil, rumah apartment je kan. Lepas tu dua-dua kerja, tak ada orang dekat rumah. Nanti dia berry, shi shi, siapa nak buang, lagipun rumah kurang sikit pengudaraan masuk, risau bulu dia bersepah-sepah. Dah tanya dekat mak, ingat nak hantar balik kampung, tapi abah pulak tak nak sebab cucu-cucu abah kecik-kecik lagi. So, biar je laa cik meow meow kembang tu kat situ. InsyaAllah, ada orang yang akan adopt dia kot.

Huhuhu.. dalam gambar memang tak nampak kembang cik meow tu, tapi bila tengok depan-depan kemain montel lagi. kembang-kembang bulu dia :)

ok tu je,
Bye!

 Till then~


13 comments:

  1. Kat rumah SA x leh ada kucing..ada kalu confirm mati cepat...anak2 buah SA ganas...

    ReplyDelete
  2. kita tak minat sangat dengan kucing

    ReplyDelete
  3. tak pe lah syida, dah ada inisiatif bagi makan tu pun dah cukup dah kan, pahala menanti syida, betul tu tinggal di apartment mmg sukar nak pelihara kucing, pelbagai kekangan.. :)

    ReplyDelete
  4. omeynya kucing dia.... gerak nak peluk2 belai bulu dia..

    ReplyDelete
  5. singgah sini :)

    http://www.blogparihh.com/

    ReplyDelete
  6. CN singgah sini dari segmen : http://www.cekgunorazimah.com/2014/12/giveaway-2-year-blog-tengkubutang.html

    ReplyDelete
  7. olo comel dia... tkpe.. tlg jagakan dlu..mudah2an murah rezeki akk.

    ReplyDelete
  8. Alahai siannya..kucing comel mcm ni pun kena buang huhu..
    kalo takleh bela, tlg bg dia makan selalu pun dah ok sangat tu,insyaAllah murah rezki awak nnti..x pun, war2kan la dalam mana2 fb page kucing atau tanya pada kawan2/sedara mara, kot ada yang baik hati nak tlg bela..

    saya ni daripada bukan kucing fan, tengok kucing pun xde perasaan langsung (dulu2)..skrang dah 8 ekor kucing..mmg la ada cabarannya, bulu bersepah2, kos nak jaga makan kesihatan dia bagai, tapi korbankan semua sbb bila tgk kucing bahagia, rasa macam satu kepuasan yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit (cewah)..

    semoga kucing comel ni selamat, sihat & bahagia selalu.amiin

    ReplyDelete
  9. wah, lucky betul meow tu dapat jiran macam akak..hihi

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...kucingkan haiwan kesayangan Nabi

    ReplyDelete
  11. sama laa ada kucing gebu2 gitu..kucing jiran mana tah.suka datang tercongok depan pintu..kekadang dlm gelap dia duk depan pagar umah..tanjat kiterrr..hehe..
    suka gak bagi dia makan friskies...

    ReplyDelete
  12. Kucing datang rumah nie rezeki..

    ReplyDelete
  13. Kalau belum ada kucing dlm rumah ..bagus ambil bela sendiri kat rumah tu...insyaalah rezeki kita pun bertambah-tambah juga :-)

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998