Wednesday, November 19, 2014

Move on, boleh?

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat malam. Sedar tak sedar, dah nak hujung tahun dah rupanya eh. Rasa macam kejap je masa berlalu. Lagi lebih kurang dua minggu dah bulan 12. Fweh.. tahun lepas, time-time gini aku busy dengan persiapan kahwin. Tahun ni, busy dengan assignment. Berdebar je sebab semester ni amek subjek Discrete Math, Data dan juga communication. Huhuhu.

Tak sabar nak cuti. I need vacation. T__T Stress sangat dah ni.

*Ok dah, apa ke teruk sangat intro nie eh*


Sebenarnya nak cerita pasal gambar ni. Gambar ni snap during lunch time tadi. Snap dari dalam kereta masa lalu atas flyover dekat sungai besi. Bila tengok banyak-banyak kali, cantik rupanya gambar ni. Hehehe :)

Macam ni lah duduk KL, dari gambar orang tengok macam best je, macam bahagia je. Ye laa.. kemodenan depan mata. Apa nak, mana nak pergi semua senang jek. Dulu, aku pun ingat cam tu. Tapi bila dah duduk lama-lama dekat sini. Sebenarnya tak best pun. Barang mahal, jem sepah-sepah, semua benda macam terkejar-kejar. Semua benda serabut.

Standardlah tu, bila duduk kampung kita nak sangat rasa kemodenan Kuala Lumpur, bila dah duduk Kuala Lumpur, perasaan selalu rindukan kampung. Ke aku je yang cenggitu?

Habis pasal tu,

Lately ni, aku asyik jumpa negative people je. Orang yang macam tak ada life, yang kerjanya menyakitkan hati je. Saja je nak tambah stress aku. Hampir hari-hari nak bagi aura negative. Sabar je lah, malas nak layan dengan orang yang tak pandai nak MOVE ON nih. Nanti aku bersuara, mulalah cakap macam-macam. So, biarkan sahaja, biar meroyan sendiri-sendiri, ai is banyak kerja nak dibuat.




 Till then~


6 comments:

  1. lagi di layan negative thinker tu, lagi merana diri kita..kalau tak avoid org2 camni, tak pasal2 kita pun jd negative...huhu

    jemput baca
    http://mamamuizlife.blogspot.com/2014/11/kata2-positif-vs-kata2-negatif.html

    ReplyDelete
  2. dalam hidup memang ramai jenis manusia yang kita jumpa kan.

    ReplyDelete
  3. Salam.. teman menang Novel+autograf [karya sendiri] by Noor Rasyidah- dalam blogea area mega giveaway.. ni link penyertaan ---http://kucenkucenbelog.blogspot.com/2014/10/blogger-area-mega-giveaway.html..

    ReplyDelete
  4. hai...nice blog..

    jenjalan sini dan follow. tq

    ReplyDelete
  5. hahaha.. tarik nafas dalam2. sbb tu fikir byk kali kalau nk keje kt kl. tgk kwn2 semua serabut bila stay KL. ignore je org2 mcm ni. suka downkan org

    ReplyDelete
  6. Ya, memang pun KL tu hakikatnya nampak cantik di luar tp di dalam.... bila masuk kl, memang boleh menangis cakar tingkap kereta sebab sesak yang berjam2. jarak 500m boleh makan masa sampai 1 jam lebih nak sampai. lagilah kalau tiba2 ada jalan nak tutup. menangis lagi menggagau jalan lain. penyelesaian, naik motor je. tp x larat makan asap T___T

    Move on. org yg negatif ni penyakit dia berjangkit. kalau kita dekat2 dia, biar je negatif dia meresap masuk dalam telinga boleh sakit jiwa.

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998