Friday, November 28, 2014

weekly update.

Assallammualaikum (n_n)V

Salam jumaat.

Hai! macam biasa, blog selalu terpinggir disebabkan tuan dia super busy. Hahaha :)

Lebih kurang dalam dua minggu lagi, aku dah final exam untuk semester ni. Dup dap dup dap jantung. Nasiblah assignment semua dah selamat hantar. Rasa legalah jugak. Semester ni nak kata horror sangat pun ye jugak sebab aku ambil subjek matematik. Rasa macam mimpi ngeri pulak nak recall balik subjek matematik zaman-zaman PMR dan SPM dulu. Haih!

Semenjak minggu lepas jugak, aku mula terinspirasi untuk Dean's list. Ceritanya bermula bila seorang kakak update resultnya dekat group facebook oum, jeleous gila tengok result dia. 4.0 okey. Serius masa tu aku jeleous. Asyik tertanya-tanya je macammana dia boleh dapat 4.0?

Tapi tahap jeleous aku menjurus kepada kebaikan-lah. Janganlah pulak ada yang kemain duk cakap aku ni pendengki pulak.

Aku view facebook akak tu, kemudian aku add dia as friend. Aku mesej dia, aku bagitahu betul-betul yang aku kagum tengok result dia *tak akan nak cakap jeleous dekat dia pulak eh* so, daripada situlah mesej punya mesej, kenal punya kenal, rupa-rupanya dia satu company dengan aku, cuma pejabat je lain-lain. Rasa macam bertuah sangat sebab dia bagi aku sedikit motivasi, bagi semangat untuk study, dia bagitahu cara dia study dengan nak melayan dua orang anak lelaki yang sedang nak melasak semua. Kagum. Sangat kagum.



Betul cakap orang, dalam nak buat study PJJ ni, orang keliling tu penting, kalau kita jumpa kawan-kawan yang betul, insyaAllah kita akan lebih bersemangat untuk berjaya. Kalau kita lemah, itu yang asyik rasa down je tu, rasa semua benda tak boleh buat. Luckly juga untuk aku sebab aku dan akak tu ambil kos yang sama dengan aku, juga semester yang sama. Kebarangkalian untuk satu kelas tu agak tinggi jugaklaaa. :)

Untuk semester ni, aku memang tumpu betul-betul. Kerja-kerja menulis semua aku letak tepi. Langsung tak ada hati nak taip novel baru ataupun cerpen. Agak terkilan jugak sebenarnya sebab aku terlepas satu dateline cerpen. Tak apalah, anggap sajalah yang aku tak ada rezeki. Now on, tengah nak bahagikan masa. Tak nak satu lagi dateline cerpen terlepas. hehehe :)


Memang rasa susah, memang ada rasa down. Tapi bila tengok balik ayat dekat atas ni yang aku jadikan wall kat handfone, terus rasa bersemangat balik, di tambah dengan update facebook mahupun blog dari orang-orang yang positif, sedar tak sedar, aku pun ikut jadi positive. InsyaAllah... Allah dah rencanakan sebaik-baik jalan. Allah dah tetapkan ganjaran untuk setiap usaha.

:)

K, bye.


 Till then~




Wednesday, November 19, 2014

Move on, boleh?

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat malam. Sedar tak sedar, dah nak hujung tahun dah rupanya eh. Rasa macam kejap je masa berlalu. Lagi lebih kurang dua minggu dah bulan 12. Fweh.. tahun lepas, time-time gini aku busy dengan persiapan kahwin. Tahun ni, busy dengan assignment. Berdebar je sebab semester ni amek subjek Discrete Math, Data dan juga communication. Huhuhu.

Tak sabar nak cuti. I need vacation. T__T Stress sangat dah ni.

*Ok dah, apa ke teruk sangat intro nie eh*


Sebenarnya nak cerita pasal gambar ni. Gambar ni snap during lunch time tadi. Snap dari dalam kereta masa lalu atas flyover dekat sungai besi. Bila tengok banyak-banyak kali, cantik rupanya gambar ni. Hehehe :)

Macam ni lah duduk KL, dari gambar orang tengok macam best je, macam bahagia je. Ye laa.. kemodenan depan mata. Apa nak, mana nak pergi semua senang jek. Dulu, aku pun ingat cam tu. Tapi bila dah duduk lama-lama dekat sini. Sebenarnya tak best pun. Barang mahal, jem sepah-sepah, semua benda macam terkejar-kejar. Semua benda serabut.

Standardlah tu, bila duduk kampung kita nak sangat rasa kemodenan Kuala Lumpur, bila dah duduk Kuala Lumpur, perasaan selalu rindukan kampung. Ke aku je yang cenggitu?

Habis pasal tu,

Lately ni, aku asyik jumpa negative people je. Orang yang macam tak ada life, yang kerjanya menyakitkan hati je. Saja je nak tambah stress aku. Hampir hari-hari nak bagi aura negative. Sabar je lah, malas nak layan dengan orang yang tak pandai nak MOVE ON nih. Nanti aku bersuara, mulalah cakap macam-macam. So, biarkan sahaja, biar meroyan sendiri-sendiri, ai is banyak kerja nak dibuat.




 Till then~


Saturday, November 15, 2014

Resepi Ikan Terubuk Masin Goreng Mudah

Assallammualaikum (n_n)V

Dua minggu lepas, follow husband ke Kuching o/station, balik singgah beli terubuk masin. Aku kan pertama kali sampai Kuching, teruja dia lain macam sikit. Hahaha!

Beli terubuk masin rm10 untuk tiga ekor, dah balik rumah, terfikir-fikir nak masak apa. Fikir punya fikir, goreng je lah sudahnya. :)

Resepi ni simple gila. Siapa pun boleh buat. Antara rajin dengan tak je.


Resepi:

Satu ekor ikan terubuk masin 
Cili padi/cili merah *
Bawang besar sebiji*
Bawang putih seulas*
Sedikit serbuk perasa.
Minyak untuk menumis.
Sebiji limau kasturi untuk rasa masam.

Cara-caranya:

  • Hiris semua bahan yang bertanda [*]
  • Ikan terubuk di potong kecil-kecil, rendam sekejap untuk hilangkan masin. Kemudian tos kan
  • Lepas tu, panaskan minyak, goreng ikan terubuk hingga sedikit garing,
  • Masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi dan sedikit perasa.
  • Gaul-gaulkan, kemudian tunggu sekejap, bila bahan hirisan dah layu bolehlah ankat.
  • Bila nak makan, letakkan limau kasturi.


Ikan terubuk masin ni sedap di makan dengan nasi panas :)



 Till then~


Friday, November 14, 2014

Review : Disney Big Hero 6

...... Aku bagi 5 bintang dari 5 bintang.

Assallammualaikum (n_n)V

Akhirnya, tercapai jugak keinginan aku nak tengok cerita Disney Big Hero 6 ni. Punya lama tunggu, semalam official dah keluar dekat panggung seluruh Malaysia.

Aku tengok cerita ni dekat TGV KLCC, senang, ada banyak waktu tayangannya. Puas hati boleh pilih mana-mana waktu yang disukai.


The special bond that develops between plus-sized inflatable robot Baymax, and prodigy Hiro Hamada, who team up with a group of friends to form a band of high-tech heroes.

Directors:

 

Writers:

  (screenplay), (screenplay), 5 more credits »

Review aku:



Cerita ni best sangat. Dengan big size balloon robot yang cute gila, dengan seorang budak yang bijak. Perfect. Kisah ni sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Tak rugi!



Dalam cerita ni ada macam-macam perasaan. Mula-mula korang akan tergelak bila tengok kisah Hiro yang bercita-cita nak jadi pahlawan robot, Dalam part-part sedih, masih ada lucunya. Ada part part yang akan buat korang akan rasa nak menangis, lepas tu gelak, lepas tu menangis balik. Macam tu lah hingga part akhir.

Perasaan korang akan jadi roller costar bila tengok cerita ni.

Aku bagi 5/5 bintang. Cerita ni memang ohsem sangat-sangat. Tak rugi pergi tengok :)


Selamat menonton! :)

picture taking at citta mall Ara Damansara 2 week before :)


 Till then~

Wednesday, November 12, 2014

ww: Apakah?


ihadhu

Terbang Tunduk

Assallammualaikum (n_n)V

Lately ni, aku suka sangat dengar lagu terbang tunduk by Fynn Jamal tu. Not really lately-lah, Baru semalam sebenarnya. Mula-mula dengar macam biasa-biasa je, End of that, part last tu aku realize sesuatu.

Lagu Terbang tunduk ni buat aku sedar diri macammana susah aku nak ada dekat tempat sekarang, betapa jauh aku dah terbang untuk ke sini. Lately ni aku memang tengah down, sibuk mengira kegagalan sedangkan Tuhan sedang mengatur jalan lain untuk aku. Kenapa nak mengira satu kegagalan sedangkan dah banyak kejayaan Tuhan kirimkan?

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Bila dengar ulang-ulang ayat ni, banyak benda buat aku terfikir, buat aku fikir balik siapa aku, macammana susah nak jadi somebody, dan macammana nak created another jalan lagi supaya aku akan lebih berjiwa besar.

Ya, bak kata siapa-siapa sahaja. Manusia ini tak akan pernah puas. Aku pun macam tu, mahu jadi seseorang yang lebih baik, mungkin yang lebih bagus dalam masa sepuluh tahun lagi. Dan, perjalanan untuk ke sepuluh tahun itu membuatkan aku jadi stress, jadi down kadang-kala. Mahu jadi orang hebat, perlu banyak usaha! Mungkin kerana orang-orang sekeliling yang sering mewarnai dan mencorakkan aku menjadi punca untuk aku lebih tegas dengan impian sendiri.

Ingat senang ke budak tak cantik ni nak adapt dengan dunia luar. Letak impian tinggi-tinggi, kemain imaginasi nak petik bintang-bintang. Susah. Tapi, walau aku down, aku tak pernah give up, aku memang budak tak cantik yang banyak gila impian, banyak gila cita-cita. Truly, word 'Tak cantik' tu sebenarnya yang buat aku jadi down. Hahahaha.

Jangan cakap 'semua orang cantik' dekat aku kalau kau tak kenal aku. Hehehe :) Betul. Aku akui, aku memang tak cantik macam kau.

Ok stop.

Lastly,
Semoga Tuhan padamkan ingatan aku kepada si perempuan sihir, semoga Tuhan padamkan ingatan aku kepada segala cacian, hinaan, makian dan rasa rendah diri. Biarkan sahaja mereka terus menjadi tin-tin kosong yang terus berbunyi tanpa sebab. Mungkin tak perlu dihiraukan. Sudah tidak releven untuk dilayankan. Nak jadi orang hebat tak boleh fikir hal-hal remeh menjadi hal-hal besar.

Hello Syida, tolong jangan down lagik!


Lirik : Fynn Jamal
Producer : Fynn Jamal, Tri Hadzir, AG Coco

Bertahanlah, wahai raksa,

Jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa,
Ini bukan mimpi



Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi


Jauhnya kau terbang

Siapa sangka?
Getir yang menghalang
Tak besar mana


Payah payah semalam
Moga mudah selama


Tiap apa yang mematah tegakmu

Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak



Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang 
dendam dan sayu


Tuhan

Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.


Owh, okey nanti sambung lagi. Nak sambung buat assignment :)


 Till then~


Monday, November 10, 2014

Resepi Mudah Baked Cheese Cake.

Assallammualaikum (n_n)V

Amboi... tajuk nak mudah saja ye. Hahaha.. hakikatnya, memang mudah sangat-sangatpun nak buat baked cheese cake ni. Masa mula-mula akupun delema sangat nak buat. Takut tak jadi, kendian menangis. Cheese mahal katanya.

Disebabkan craving dengan cheese cake SR, try jugaklah buat.


Bahan-bahan:

Biskut Digestive *Ada banyak brand* Tapi aku pakai Biskut empat segi hup seng
Tantura Cream Cheese. Ambil yang besar.
 1 biji telur ayam.
 1/2 tin susu pekat.
 Butter

Cara-caranya:


  1. Pecahkan / hancur-hancurkan sahaja biskut. Lepas tu gaulkan dengan mentega. Ini untuk buat base dia. 
  2. Kemudian pukul sebiji telur hingga kembang. Kemudian masukkan cream cheese dan susu pekat manis separuh tin. Gaul sampai kembang. Kalau rasa malas, sila gunakan mixer :)
  3. Cream cheese yang dah kental tadi, letak di atas base biskut tadi. Ratakan, kemudian bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit.
  4. Penting: Nak tahu dah masak ok ke tak, cucuk sikit guna garfu, kalau tak lembik tu maknanya dah okeylah tu. Sejukkan, kemudian masukkan dalam fridge, Bila dah sejuk. potong dan makan! 



Untuk buat jem strawberry, strawberry lenyekkan dengan satu sudu gula, tambah sikit air kemudian panaskan atas dapur, dah agak-agak pekat, sejukkan, boleh tuang atas cheese cake. Sedapp sangat! :)

Selamat mencuba.


 Till then~


Road Bully

Assallammualaikum (n_n)V

Petang semalam, masa nak ke KL, benda ni terjadi. Langsung tak terduga akan bertemu dengan manusia yang macam ni. Sakit betul hati bila ingat balik. Haih!

WKH 252


Ini memang tahap tak ada sivik punya orang, Serius, memang agak trauma jugak bila ingat balik dia bawak slow gila depan kereta aku. Biarkan je lah. Tiba-tiba dia bawak laju. Tak memasal dia tiba-tiba tekan brek. Hampir sangat-sangat dah nak tercium bontot waja ni. Sekali dah terkena, lepas tu aku tekan hon panjang gilaaa... pastu dia buat lagi dan lagi. Bila keluarkan handfone, snap gambar kereta dia banyak-banyak, pandai pulak malu. Terus blah.

Wahai WKH 252, kenapa tak ada adap sangat ni.
Pak cik tu dah tua, kenapa nak memandu sedemikian?

Memang nasib dia. Kalaulah aku ambil video, memang viral lah dia kat FB. Apasal ah tak terfikir langsung nak ambil video?????

WKH 252
Bila tengok keadaan kereta dia tu, boleh fikir sendiri macammana perangai dia. Agaknya, dah memang selalu buat benda yang sama.

Takpelah pak cik WKH 252, esok-esok pak cik mungkin bertemu dengan lawan pak cik. Sabar ye, saya ni belum cukup handal nak lawan pak cik.


 Till then~


Wednesday, November 05, 2014

Anti sosial.

Assallammualaikum (n_n)V

Orang cakap, gadget dan internet ni penghubung antara keluarga dan kawan-kawan. Even duduk mana-manapun, dengan wujudnya internet semua akan jadi okey.

Yang jauh terasa dekat, nak berkawan, nak bersembang semua tak payah risau, media social kan hadooooooo! Katanya...

Realitinya dengan wujudnya media social ni, kita sebenarnya makin jauh. Jauh sangat. Duduk sebelah-sebelah, tapi kita tak se-ramah macam dalam social media tu. Tak ke dekat situ sebenarnya menunjukkan yang kini ni sebenarnya hipokrit?


Wujudnya media social tu sebenarnya tak salah. Tapi yang salahnya orang-orang yang menggunakan media sosial tu. Every time, every minute asyik saja nak menghadap media sosial, agaknya, kalau mati tu boleh nak access media sosial, mahu handfone tu dibawak masuk ke kubur.

Orang-orang sekarang ni memang gila. Tambah-tambah yang sibuk dengan chatting fb dan benda hijau yang nama whatsapp tu, yang warna kuning, oren, segala yang namanya chattinglah. Megah sangat bila di-invite dalam macam-macam group.

Sakan sangat melayan group chatting sampaikan orang sebelah yang terpinga-pinga ni dibiarkan je. Cuba tengok gambar atas tu. Apa perasaan bila tengok gambar tu? ke kau memang tak ada perasaan?

Lagi satu, aku sangat bosan bila berdepan dengan orang yang addicted dengan WHATSAPP ni. Macamkan semua mesej yang ada dalam whatsapp tu penting sangat dari orang yang berada dekat sebelah dia...


Sampaikan langsung tak boleh nak 'miss' satu patah perkataan pun dari dalam group whatsapp tu. Macamkan kalau tinggal satu cerita boleh mati kekdahnya. Kalau dah macam tu, baik kau kahwin je dengan whatsapp tu. 

Sikit-sikit update ke group,
Masak update,
Buat kek tak jadi update,
Gambar majlis update,

Aku tak boleh brain kenapa semua kau nak cerita dekat group whatsapp. Aku tak boleh nak brain kenapa orang sanggup hadap whatsapp dan biarkan orang keliling dia tanpa rasa bersalah.


How come? Tak rasa bersalah ke, tengah makan-makan dengan keluarga tapi mata tak langsung berkalih dari telefon, tak rasa bersalah ke bila orang yang kita sayang tu tengah cakap-cakap, tapi mata kita sibuk menghadap whatsapp. Tak rasa bersalah ke, bila seluruh masa kita ditumpahkan kepada whatsapp saja.

Satu masa, bila Allah ambil balik orang-orang yang kita sayang tu, dan yang tinggal dengan kau hanyalah telefon, media sosial dan whatsapp tu je, masa tu apa kau rasa? Atau mungkin tak ada rasa apa sebab kau asyik sangat dengan benda yang namanya media sosial tu.

Penting sangat ke whatsapp tu sampaikan orang sebelah-sebelah ni langsung dibiarkan saja? ajak keluar, ajak makan, duduk sebelah-sebelah tapi mata fokus pada media sosial. read: Whatsapp. Tak rasa bersalah ke? Tak rasa yang kau sedang menjatuhkan maruah orang tu bila meletakkan whatsapp tu lebih penting dari orang yang kau ajak keluar tu. Macam tu, baik kau makan dengan handfone tu je. Kan senang, orang pun tak sakit hati.

Bila kau mendahului whatsapp daripada orang sekeliling tu, itu maknanya kau dah meletakkan maruah seseorang tu lagi rendah dari benda yang namanya whatsapp tu.

Luangkanlah sedikit masa, pandang wajah orang yang kau sayang tu betul-betul. Hargai dia baik-baik, jangan satu masa, kau sendiri tak sedar bila masanya dia pergi.

Jujur, aku tak suka benda yang namanya chatting ni. Aku lebih prefer
Blog, fb, instagram. Aku tak suka benda yang memaksa aku untuk stay 24 hour untuk connect bagi tujuan yang tak pasti pentingnya.

I wish, semoga satu hari nanti tak ada lagi media sosial. Aku rindu zaman handfone nokia 3310 dulu. Atlist tak ramai orang yang akan buat orang lain jadi rubbish.


Till then~

Tuesday, November 04, 2014

Nasi Vanggey

Assallammualaikum (n_n)V 

Jujur...

Aku sebenarnya bukanlah penggemar mana-mana nasi kandar. Belajar makan nasi kandar sebab hubby memang suka makan nasi kandar. Hehehehe

Bercerita tentang Nasi Vanggey, Walaupun aku budak perak, selalu je lalu-lalang depan kedai mamak ni, serius tak pernah terfikir nak try makan nasi kandar.


Ini kali kedua aku makan nasi vanggey, first makan dekat Greentown Ipoh, Kali kedua makan dekat Jalan ke Teluk Batik, Lumut dua minggu lepas.

Rasa dia? bagi orang yang baru cuba-cuba makan nasi kandar, okeylaaahhh.. yang membezakan nasi kandar, read: Nasi Vanggey ni dengan tempat lain sebab adanya sambal. Tak sure sambal apa, bukan sambal belacan, ada rasa rempah sikit, rasa kelapa sikit, tapi serius pedas! Kuah Kari dekat Nasi Vanggey pun sedap, terasa pedasnya. 

Nak compare aku tak pandai, buat kena maki dengan orang je nanti. Tapi, ikut tekak aku sedap jugaklah. 

Admirer dekat sambalnya. Sedap!

 Till then~