Friday, October 10, 2014

Being Writer

Assallammualaikum (n_n)V

Dulu,  masa zaman sekolah rendah, abah belikan aku mesin taip, daripada situlah bermula angan-angan aku nak jadi penulis. Kemudian, masa zaman sekolah, dalam tingkatan tiga macam tu, aku ada buat novel yang tulis tangan tu kemudian bagi kawan-kawan baca. Sampai sekarang aku masih ingat lagi jalan cerita novel tu, tapi aku malas nak tulis balik, nanti-nantilah.

Masa SPM, aku ambil aliran sains, tapi aku ada tambah subjek Kesusasteraan Melayu. Orang pun pelik dah kenapa aku ambil Kesusasteraan Melayu, Tapi aku yakinkan dorang balik, aku buat semua tu sebab satu masa nanti aku nak jadi penulis.

Lepas SPM, aku ada dua cita-cita, either nak jadi penulis atau engineer. Masa apply upu pun pening sebab ada dua minat. Since aku sambung belajar dalam bidang engineering, aku memang langsung tak ada masa nak menulis, cita-cita tu berkubur sekejap. Ye lah, masa belajar mana nak mampu beli laptop sangat, beli pun laptop second hand, last-last sem barulah dapat laptop baru.

Aku mula kembali menulis masa tengah praktikal dekat TM, maknanya, usia penulisan aku sama umur dengan blog ni. Karya penulisan aku pertama kali keluar dekat Mingguan Wanita, iaitu sajak, kemudian, beberapa kali karya aku keluar di berita harian dan utusan mingguan, tak ketinggalan juga keluar di majalah remaja dan URTV.


Pertama kali dapat cek masa puisi ni keluar dekat Mingguan Wanita. Itu pun aku terkejut sebab dapat surat daripada karangkraf. Mak dengan abah pun macam tak percaya. Abah pulak cuma senyum je. :)


Sajak kedua keluar dekat berita minggu. Tak silap aku, sajak tu keluar semasa fenomena buang baby tengah berleluasa. Ada banyak lagi yang keluar tapi aku tak sempat nak beli dan kumpul.


Beberapa bulan sebelum aku dapat kerja dekat KL, cerpen aku keluar dekat remaja pulak. Ini pun aku tak tahu sampailah ada seorang kawan bagitahu pada aku. Terharu sangat sebab kawan yang aku kenal secara maya tu sanggup bagitahu aku pasal cerpen ni. Ye lah, aku kan penganggur masa tu, manalah ada duit nak beli majalah dua minggu sekali T_T

Masa kerja sebagai leasing staff dulu, aku memang tak ada masa nak menaip, pergi kerja awal, balik pulak dah malam, memang tak sempat, lepas dah jadi permenant staff, dah pindah unit, alhamdulillah aku perlahan-lahan cari masa untuk menulis.

Mengarang cerita tak lah mudah sebenarnya, masa tu lah aku mula berjinak-jinak dengan blog-blog online, sampailah manuskrip pertama aku siap, tengah fikir-fikir nak hantar kemana, masa tulah aku mula terfikir nak hantar ke satu rumah penerbitan, daripada rumah penerbitan itulah aku mula tahu rencah dalam dunia penulisan, bermula dari situlah aku mula tahu asam garam sebenar menjadi penulis.

Malas nak fikir pasal manuskrip pertama yang entah bila nak berlabuhnya, aku kuatkan tekat untuk running manuskrip kedua. Alhamdulillah, manuskrip kedua menjadi perhatian dua rumah penerbitan dan selamat diterbitkan.

Selain daripada bidang penulisan novel cinta, aku juga mencuba genre bebas dan lebih berani, aku cuba menulis dibawah label penerbitan kreatif seperti lejen press dan fixi, percubaan pertama gagal menarik minat mereka, tetapi percubaan kedua sedang dalam penilaian penerbit-penerbit indie lain.

Kadang-kadang, dalam menulis kita memerlukan 'kebebasan' . Itu yang aku tengah buat. Orang ingat kerja menulis ini mudah. Hantar je manuskrip terus terbit, kalaulah boleh macam tu. Silalah berangan ianya menjadi kenyataan jika kau ada orang 'kuat' dalam penerbitan itu.

Perjalanan untuk menjadi seseorang dalam bidang penulisan ni sangat jauh bagi aku yang bermula dari zero ni. Dengan tak ada sesiapa nak guide,  dengan manusia-manusia pelik sekeliling, memang sangat mencabar. Sampai satu tahap, bila angin kecewa dan putus asa tu datang, laju je aku cakap dengan Encik Hubby aku nak berhenti memperjuangkan apa yang aku minat. Hahahahaha, bodoh sangat ayat tu bila fikir balik. :)

Tak apalah, orang cakap biar naik perlahan-lahan. Biar lambat, jangan terlalu cepat berada di atas hingga satu saat bila kau jatuh, kau bukan jatuh sikit, kau jatuh tertiarap mencium tanah. Sangat teruk metafora aku.

Sehingga ke hari ini, aku masih memperjuangkan cita-cita aku tu. Berperang dengan masa, berperang dengan perasaan, berperang dengan orang-orang pelik, memang sangat-sangat mencabar. Tak pe, sebagai penguat semangat,


Semoga cerita aku ni dapat memberi korang yang nak jadi penulis tu inspirasi. Tak ada benda yang mudah dalam hidup ni, apa pun yang korang perjuangkan, selamat berjaya :)

 Till then~


1 comment:

  1. Semoga impian Cyda jd kenyataan dear...insyaallah tiba masanya nanti...jgn lupa inform akak..akak peminat noveltau...

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998