Thursday, October 30, 2014

Masa.

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat malam, Selamat pagi. Dah lama dah tak tulis sesuatu dekat blog time malam-malam camni. Actually, aku tengah siapkan rangka assignment. Berhenti kejap sebab dah blank cari jawapan. Assignment Matematik kekdahnya.

Haih!



Lately ni, aku ada masalah, either nak siapkan assignment dan study atau siapkan novel. Entah kenapa entah. Bila pegang buku, hati dan otak asyiklah teringatkan pasal manuskrip. Rasa bersalah sangat pada diri sendiri.

Bila on laptop nak edit manuskrip, tiba-tiba teringatkan pasal assignment, terasa banyak sangat benda yang tak study lagi. Rasa gelabah terus! last-last gigihlah buat jugak assignment math. Disebabkan susah hati, pagi tadi mengadulah dekat hubby pasal ni.

Sambil bergurau, hubby cakap cam ni.

"Utamakan study. Menulis tu hobi je. Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran."

Hubby cakap perlahan, dalam nada bergurau, tapi kedengaran serius dekat telinga ni hah. Sampai ke office terngiang-ngiang lagi membawa ke masa sekarang ni. Kemain semangat sampai tengah malam tak tidur-tidur lagi.

Betul lah cakap encik bulat tu. Study lagggggiiiiiiii PENTING. Menulis tu sampingan je. Kalau aku duk sangat kejar menulis, macammana dengan study? sia-sia sajalah dapat tajaan kalau effort less. Erm... Setuju sangat dengan nasihat Encik Bulat.

So, aku decide, priority aku sekarang adalah study. Yang lain tu, kendian fikir. Dah banyak sangat masa aku buang cam tu je. Sem satu sibuk cari momentum, sem dua pulak buat major operation, moga sem ni dan sem seterusnya semua berjalan lancar. InsyaAllah.

Pada korang yang tertunggu-tunggu bab-bab baru, hasil-hasil karya baru aku, so sorry eh, kalau ada masa aku sambung taip. :)

Ok tu je nak kongsi. Nak tido dah, sakit mata tengok punch kad color merah hari-hari. Esok harus pantas!


 Till then~



Thursday, October 23, 2014

Kampung.

Assallammualaikum (n_n)V

haii.. selamat pagi. Kepada yang beragama hindu, happy dewali kawan-kawan!

Hari ni hari ketiga dekat kampung. Dah dua hari dah petang-petang hujan. Best memang best. Tapi susahlah sebab hujankan. Abah pun memang cakap tiap-tiap hari perak memang hujan.


Sepanjang dekat kampung, aku tak pegi mana pun. Encik Husband outstation, so balik kampung sorang-sorang. Perasaan exsited nak jalan mana-mana tu tak ada. Maka, duk rumah sambil melayan anak buah ni.

Penat tapi seronok melayan budak ni. Ada je benda yang nak digaduhkan. Tahun ni dia dah umur 3 Tahun ++ dekat empat tahun kot. Tapi cakap tak berapa nak betul sangat. Kelakar bila dia sebut kakak jadi tatak, pisang jadi pisam. Bila kita marah menjawab, tapi cara menjawab tu yang kelakar. Cakap tak terus lepas tu nak marah-marah kita balik. Hahahaha.

:)

ok, bye!


 Till then~



Tuesday, October 21, 2014

NU Sentral

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat pagi :)
Hari ni nak cerita pasal NU Sentral. Hari selasa hari tu, nak tunggu hubby balik dr Johor, disebabkan takut nak tunggu dekat office sorang-sorang, maka gigihlah aku drive ke NU Sentral. Walaupun tempat ni dekat je dengan office, tapi aku prefer drive je sebab dah nak malam. Sebelum sampai, gigihlah duk fikir nak parking mana. Hahaha.


Aku parking dekat tempat parking sebelah BSN. Disebabkan dah lepas office hour, rate dia jadi RM 5.30 sekali masuk. Erm.. bolehlah, kalau kira per hour kira mahallah tu.

Kalau tanya aku tempat ni okey ke tak, jawapan aku sangat-sangat okey! rasanya, tempat ni memang sangat strategiklah, dekat dengan kawasan office dan pengangkutan awan. Banyak kedai-kedai dah bukak, tempat makan pun banyak yang best-best. Basic sama je dengan mana-mana shopping mall, Yang paling havoc, dekat sangat dengan KL Sentral. Jalan-jalan lepas tu tengok depan dah sampai KL Sentral.

In-Future, lepas ni dah ada GSC tak silap aku. Eh, macam senang je nak tengok wayang. Hehehehe :)

Oklaa, ingatkan selama ni tak ada apa dekat NU Sentral tu. Rupa-rupanya ada macam-macam jugak.

K.bye!

 Till then~


Monday, October 20, 2014

Pisang Goreng Cheese Wangsa Melawati

Assallammualaikum (n_n)V

Dua minggu lepas, tertelan-telan je air liur bila tengok orang update pasal pisang goreng cheese. Lepas tu, ajaklah encik hubby pergi Hulu Langat nak cuba pisang cheese tu. Tapi tak ada, siap round dua kali tempat yang tertulis dalam blog tu, tapi kedai pisang goreng cheese tu tetap tak ada juga.

Hampa.

Tapi, semalam terasa macam nak pergi Wangsa Walk, ye laa, dah lama sangat tak pegi. On GPS, GPS bawa masuk kawasan perumahan, lepas tu ada jual banyak makanan dekat tepi-tepi jalan tu. Toleh kiri, toleh kanan, lepas tu berhenti dekat traffic light, nampak pulak stall dengan iklan besar tulis Pisang Goreng Cheese, gila tak singgah? mestilah nak singgahkan?

Juara weekend.

Harga satu polisterin adalah RM 5, Oklah, berbaloi dengan rasanya. Pisang goreng panas-panas, luar rangup, dalam lembik-lembik sikit, letak susu manis, letak cheese, tabur serbuk gula merah. Memang superb sangat! *tengok gambar dah terliur lagi*

Aku nak bagitahu tempat actual tak pandai sangat, kalau korang nak beli, boleh view gambar yang aku snap ni ye :)

Kedai tu letak betul-betul dengan simpang tiga ni. Kiranya, kalau korang berada dekat simpang ni, kemungkinan untuk nampak kedai akak tu adalah 99%



Gambar bawah adalah gerai kakak tersebut dari jarak dekat. Kedai dia nampak simple je kan?





Gambar bawah adalah gambar kedai kakak tu dari jauh. Kalau korang dah nampak gerai yang serupa tu, maknanya dah betul dah tu :)



Kalau nak senang, korang guna GPS pun okey, Search nama jalan macam dekat bawah. Tapi kalau tak nak guna GPS, boleh je nak cari sendiri. Korang cari je nama jalan dekat bawah ni.

JALAN WANGSA MELAWATI 3

Along: 012 2390907

Masa aku pergi tu hari ahad tengahari, Waktu lain bila dia open, aku tahu, tapi kalau korang craving sangat dekat pisang goreng cheese ni, mungkin korang boleh call akak tu dekat nombor dalam gambar tu.

k, bye!

ps: Bukan iklan berbayar ye :)


 Till then~


Tuesday, October 14, 2014

Stalker.

Assallammualaikum (n_n)V

Hey all...

Hari tu, ada terbaca tentang satu status dekat facebook pasal stalker. Actually, siapa-siapa pun tak suka orang stalk hidup diakan.

Erm,

Jadi Stalker aku tak pelik, nama pun media sosial, bila kita bersedia untuk share semua cerita, gambar dekat facebook, instagram, blog, twitter etc etc sebenarnya kita telah merelakan diri kita untuk menjadi tatapan umum.

Feeling-feeling artis, siapa tak nak? aku pun nak,

Dengar macam bestkan? nampak macam best. Memang pun. Tapi, tak semua orang yang jadi stalker tu berniat baik sebenarnya. Ada je yang berniat jahat.



Manusia ini ada dua kategori masa jadi stalker. Satu kategori yang positif. Positif dekat sini, dia stalk, dia adore, kemudian dia jadikan seseorang tu role model dia, dia jadikan seseorang itu sebagai sesuatu yang positif untuk dia maju ke depan. Dia suka tengok orang-orang yang berjaya, dia gembira, kemudian dia berharap akan jadi seperti orang tu, kalau tak macam orang tu, kurang-kurang hampir kepada kejayaan yang role model dia dapat. Benda tu jadi positive bila diri dia terinspirasi untuk turut berjaya juga.

Macam aku, aku pun stalk juga fb dan blogger-blogger yang aku adore. Aku jadikan kejayaan mereka sebagai inspirasi, aku jadikan semangat mereka untuk berjaya itu sebagai motivasi. Tiap-tiap hari nak stalk blog dan fb dorang nak tengok perkembangan hidup dorang, aku jadi seronok dan bersemangat. Itu cerita aku. Orang lain aku tak tahu.

Itu dari segi positif, tapi sesuatu yang positif itu datang dengan negatif. Itu tak boleh nak dinafikan. Ada je jenis-jenis manusia yang stalk fb, ig, blog orang tu sebab lain, dia tengok, dia baca, kemudian wujud satu perasaan tak elok dalam diri dia. Orang yang jenis macam ini memang sengaja stalk seseorang tu untuk cari benda yang buruk-buruk je. Mereka-mereka ini stalk seseorang tu sebab dengki dengan kehidupan orang lain, jadi bila dia dapat tahu satu benda buruk tentang orang tu, akan wujud satu perasaan puas dalam diri dia.

Contoh, bila kita update gini.

"Hari ini aku accident."

Si stalker ini akan tersenyum puas sambil keluarkan ayat "padan muka kau"

Tapi, cuba kita update macam ini.

"Hari ini suami aku belikan handbag gucci,"

Maka, si stalker ini mulalah akan wujud satu perasaan tak senang. Cemburu dan sakit hati membawa ke petang.

Then, bila kita update dalam blog,

"Aku gaduh dengan dia, dia... bla bla bla" 

kemudian, kita "terbagi" hint tentang seseorang tu. Maka Si Stalker ini akan jadi mak cik wartawan untuk menyampaikan laporan.

Ataupun kita update gambar stand alone dengan caption "alone" sambil buat muka sedih, maka si stalker ini akan buat spekulasi sendiri kemudian mula bercerita pasal kita yang buruk-buruk kepada orang tertentu.

Orang-orang negatif ini sebenarnya hanya memandang sesuatu melalui huruf-huruf yang wujud. Dia tak tahu dan tak nak ambil tahu apa yang berlaku, maka tanpa pengetahuan yang sebenarnya, mereka terus bercerita tanpa rasa bersalah. Sakit bila menjadi bahan cerita orang-orang macam ni? memang sakit, tapi, orang yang menyampaikan cerita, orang yang menjadi negative stalker ni lagi sakit sebenarnya. Orang macam ni ada penyakit yang orang dulu-dulu cakap penyakit "dengki"

Maka, ubat untuk orang-orang macam ini adalah abaikan mereka dan hidup macam biasa. Tak payah ambil tahu, anggap sahaja mereka-mereka ini macam angin lalu, tak guna kita buang masa untuk orang-orang yang berfikiran negatif macam ni. Maju ke depan dan biarkan sahaja mereka dengan dunia negative stalker mereka. Mudahkan?

Kalau susah sangat, anggap sahaja diri kita artis atau public figure, Public figure tak melatah masa kena kutukkan? :)


"Hai Stalker!"

 Till then~

Saturday, October 11, 2014

Resepi Lasagna Roti mudah

Assallammualaikum (n_n)V 

Hai, happy weekend, cuti-cuti ni korang buat apa? kalau macam aku, sebagai seorang suri rumah bekerjaya, pagi-pagi memang busylah nak kemas rumah dan mendobi. Hehehe.

Since aku bujang sampailah dah kawen ni, hobby aku terhadap masakan semakin bertambah-tambah. Bila husband request je nak makan apa-apa, mesti aku nak try masak jugak. Amboi, hehehehe. Hari tu, husband ada request lasagna, so, time-time cuti jelah yang aku rajin nak masak, hari-hari lain nan-hado, tak sempat. Hehehe :)


nyum nyum nyum, melting tak tengok? hehehe, bila tengok tekstur gambar, macam susah sangat nak buat eh? secara jujurnya, tak susahpun, budak sekolah rendah pun boleh buat. Percaya? silalah percaya :)

Resepi yang aku guna ni sangat simpel, aku memang suka masak yang simple-simple ni, ai kan busy, moh laa kita tengok resepi ye kawan-kawan.


Bahan-bahan

Enam keping roti * optional ikut lebar loyang masing2.
Daging kisar Ramly burger
Sos cendawan prego satu tin
keju mozarella.
2 biji telur ayam
2 biji bawang putih
1 biji bawang hollen
setengah biji cili benggala* optional

Cara-cara buat sos daging.

1-Tumis bawang hollen yang dah didadu dan bawang putih sampai naik bau.
2-Masukkan daging cincang, goreng sampai berubah warna. lepas tu masukkan cili benggala.
3-Kemudian masukkan sos cendawan prego satu tin.
4-Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah siap tutup api.

Kemudian, di dalam loyang, sapu loyang dengan sedikit marjerin, celup roti dalam telur yang telah dipukul tadi, kemudian atur di atas loyang. Kemudian, letakkan sos daging yang dah siap dimasak tu. 
Lepas tu lapiskan semula dengan roti yang dah dicelup dalam telur. Kemudian letak lagi sos daging kisar, lepas tu baki telur yang ada tu campur dengan susu kemudian disiram rata di atas sos daging tadi, last sekali taburkan keju mozarella. 

roti > sos daging > roti > sos daging > baki telur + fresh milk > keju mozarella

Bakar selama 25 minit (ikut oven masing-masing ye)

Tunggu sejuk, baru potong untuk makan. Gittew je. :)

Selamat mencuba

 Till then~


Friday, October 10, 2014

Being Writer

Assallammualaikum (n_n)V

Dulu,  masa zaman sekolah rendah, abah belikan aku mesin taip, daripada situlah bermula angan-angan aku nak jadi penulis. Kemudian, masa zaman sekolah, dalam tingkatan tiga macam tu, aku ada buat novel yang tulis tangan tu kemudian bagi kawan-kawan baca. Sampai sekarang aku masih ingat lagi jalan cerita novel tu, tapi aku malas nak tulis balik, nanti-nantilah.

Masa SPM, aku ambil aliran sains, tapi aku ada tambah subjek Kesusasteraan Melayu. Orang pun pelik dah kenapa aku ambil Kesusasteraan Melayu, Tapi aku yakinkan dorang balik, aku buat semua tu sebab satu masa nanti aku nak jadi penulis.

Lepas SPM, aku ada dua cita-cita, either nak jadi penulis atau engineer. Masa apply upu pun pening sebab ada dua minat. Since aku sambung belajar dalam bidang engineering, aku memang langsung tak ada masa nak menulis, cita-cita tu berkubur sekejap. Ye lah, masa belajar mana nak mampu beli laptop sangat, beli pun laptop second hand, last-last sem barulah dapat laptop baru.

Aku mula kembali menulis masa tengah praktikal dekat TM, maknanya, usia penulisan aku sama umur dengan blog ni. Karya penulisan aku pertama kali keluar dekat Mingguan Wanita, iaitu sajak, kemudian, beberapa kali karya aku keluar di berita harian dan utusan mingguan, tak ketinggalan juga keluar di majalah remaja dan URTV.


Pertama kali dapat cek masa puisi ni keluar dekat Mingguan Wanita. Itu pun aku terkejut sebab dapat surat daripada karangkraf. Mak dengan abah pun macam tak percaya. Abah pulak cuma senyum je. :)


Sajak kedua keluar dekat berita minggu. Tak silap aku, sajak tu keluar semasa fenomena buang baby tengah berleluasa. Ada banyak lagi yang keluar tapi aku tak sempat nak beli dan kumpul.


Beberapa bulan sebelum aku dapat kerja dekat KL, cerpen aku keluar dekat remaja pulak. Ini pun aku tak tahu sampailah ada seorang kawan bagitahu pada aku. Terharu sangat sebab kawan yang aku kenal secara maya tu sanggup bagitahu aku pasal cerpen ni. Ye lah, aku kan penganggur masa tu, manalah ada duit nak beli majalah dua minggu sekali T_T

Masa kerja sebagai leasing staff dulu, aku memang tak ada masa nak menaip, pergi kerja awal, balik pulak dah malam, memang tak sempat, lepas dah jadi permenant staff, dah pindah unit, alhamdulillah aku perlahan-lahan cari masa untuk menulis.

Mengarang cerita tak lah mudah sebenarnya, masa tu lah aku mula berjinak-jinak dengan blog-blog online, sampailah manuskrip pertama aku siap, tengah fikir-fikir nak hantar kemana, masa tulah aku mula terfikir nak hantar ke satu rumah penerbitan, daripada rumah penerbitan itulah aku mula tahu rencah dalam dunia penulisan, bermula dari situlah aku mula tahu asam garam sebenar menjadi penulis.

Malas nak fikir pasal manuskrip pertama yang entah bila nak berlabuhnya, aku kuatkan tekat untuk running manuskrip kedua. Alhamdulillah, manuskrip kedua menjadi perhatian dua rumah penerbitan dan selamat diterbitkan.

Selain daripada bidang penulisan novel cinta, aku juga mencuba genre bebas dan lebih berani, aku cuba menulis dibawah label penerbitan kreatif seperti lejen press dan fixi, percubaan pertama gagal menarik minat mereka, tetapi percubaan kedua sedang dalam penilaian penerbit-penerbit indie lain.

Kadang-kadang, dalam menulis kita memerlukan 'kebebasan' . Itu yang aku tengah buat. Orang ingat kerja menulis ini mudah. Hantar je manuskrip terus terbit, kalaulah boleh macam tu. Silalah berangan ianya menjadi kenyataan jika kau ada orang 'kuat' dalam penerbitan itu.

Perjalanan untuk menjadi seseorang dalam bidang penulisan ni sangat jauh bagi aku yang bermula dari zero ni. Dengan tak ada sesiapa nak guide,  dengan manusia-manusia pelik sekeliling, memang sangat mencabar. Sampai satu tahap, bila angin kecewa dan putus asa tu datang, laju je aku cakap dengan Encik Hubby aku nak berhenti memperjuangkan apa yang aku minat. Hahahahaha, bodoh sangat ayat tu bila fikir balik. :)

Tak apalah, orang cakap biar naik perlahan-lahan. Biar lambat, jangan terlalu cepat berada di atas hingga satu saat bila kau jatuh, kau bukan jatuh sikit, kau jatuh tertiarap mencium tanah. Sangat teruk metafora aku.

Sehingga ke hari ini, aku masih memperjuangkan cita-cita aku tu. Berperang dengan masa, berperang dengan perasaan, berperang dengan orang-orang pelik, memang sangat-sangat mencabar. Tak pe, sebagai penguat semangat,


Semoga cerita aku ni dapat memberi korang yang nak jadi penulis tu inspirasi. Tak ada benda yang mudah dalam hidup ni, apa pun yang korang perjuangkan, selamat berjaya :)

 Till then~


Wednesday, October 08, 2014

Aplikasi untuk Si Pelupa :)

Assallammualaikum (n_n)V

Hai,

Lately ni, aku memang banyak sangat benda nak fikir, ingat nak taip semua dalam planner dekat phone, tapi macam tak best je sebab nanti-nati mesti aku terlupa juga nak tengok. Al-kisahnya, anak buah (anak sepupu) aku update pasal satu application dekat instagram dia, Aku jadi terujalah. Makanya, laju-laju install juga. Lepas dah godek-godek, keluarlah benda tu dekat skrin telefon. Teruja!


Application yang dekat atas tu lah, gigih aku letak. Al-maklumlah, asyik-asyik terlupa je bila nak submit assignment, bila tarikh sebenar nak final examlah. So, semoga dengan adanya benda ni, aku akan selalu teringat. Biasalah, bila banyak sangat benda nak register dalam kepala, tak banyak, sikit mesti ada lupa jugakkan.

Bagi korang yang rasa nak install application ni, bolehlah install jugak, Pergi dekat Play Store kemudian cari Event Countdown Widget, then download! itu jek. Senang sangat.

Selamat men-download ye kawan-kawan :)


 Till then~


Tuesday, October 07, 2014

Review Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, Penang.

Assallammualaikum (n_n)

Haiii.. lama gila tak buat review, lepas tengok-tengok folder gambar, banyak pulak tangkap gambar hotel yang dekat Penang hari tu. Hehehe, ingat nak buat review untuk hotel dekat Kelantan hari tu dulu, tapi entah mana dah gambarnya, tak apalah, jom review hotel dekat Penang dulu ;)

\

Masuk je dalam hotel, okey kagum jugak tengok hiasan dalam dia. Hotel barukan, so memang cantik laa ;)


Masa pergi tu, hari bekerja, lepas tu ada orang buat seminar lagi kat situ, So, bilik banyak yang full, nasib baiklah dapat juga bilik. Suka sangat lah view hotel ni sebab nampak sawah. Cantik!



Hotel ni ada enam tingkat. Okeylaa sebab parking pun dalam bangunan.


Dapat bilik yang katil single je, namapun follow hubby pergi o/station, kira cantiklah tu. Yang paling best, siaran movie pun boleh tahan. Sliding window tu boleh buka, bolehlaa feeling2 sambil tengok sawah padi.







Breakfast pun ada banyak makanan. Tapi tak semua pun nak snap, banyak masa pergi ambik makanan je, lagipun iolls malulaa dekat orang yang ada seminar tu. Hahaha. 




Pada korang yang tengah mencari hotel area kepala batas, Hotel Seri Malaysia ni memang aku rekemanlaa,

HOTEL SERI MALAYSIA KEPALA BATAS
blank

NO 2, JALAN USAHAWAN 5, PUSAT PERNIAGAAN DATO' KAILAN,
13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG, MALAYSIA
TEL: 04-575 6700, FAX: 04-575 0630


Sekian itu jek. 

 Till then~