Wednesday, September 03, 2014

update sikit je

Assallammualaikum (n_n)V

Hai.. selamat pagi. Nowaday memang makin menjadi-jadi perangai malas nak update blog ni. Banyak sangat benda nak buat, bila tak ada kerja, datang pulak perangai malas bertimpa-timpa dalam diri ni ha. Haih!

Kalau dah malas tu memang dah tak boleh nak ditolong dahkan. Hehehe.. Actually, exam dah seminggu lebih dah habis. Now tengah mengedit manuskrip katanya. Tapi... gila pemalas betul nak edit, tengah elok buka word, tangan ni gatal sungguh nak tengok facebook. Tengok orang makin maju ke depan, sendirik moody sorang-sorang. Motif?

Masalah betullah bila asyik buat benda last minit ni. Entah kenapa entah, time dah suntuk-suntuk tu laa pun baru perangai rajin tu datang. Kalau tak sepanjang masa asyik cakap, nantilah, kejap lagilah.. etc etc. Pastu semua benda tak terkejar. Walaupun ianya menjadi, mesti rasa tak puas hati tu mengiringi. Boleh?

Hujung minggu ni dah nak daftar semester baru. Minggu ketiga september dah mula dah kelas pertama. Semester ni ada kelas dua hari. Penat fikir nak adjust kelas bagi satu hari either hari sabtu atau ahad, tapi tetap tak boleh jugak. Jadi, bertabahlah kelas dua hari. Nak complain lebih-lebih pun malas. Senyap dan pergi je kelas macam biasa. Sedar tak sedar, Kejap je dah naik semester 3, macam tak sangka je. Alhamdulillah, Allah permudahkan semua. :)

Secara jujurnya, memang aku tak boleh sangat nak menjawab last paper exam hari tu. Tapi entah kenapa, hati berat cakap jangan keluar awal. Boleh atau tak boleh jawap, stay je dalam dewan tu sampai habis. Untung-untung di minit-minit terakhir tu idea datang mencurah-curah ke ladang gandum. Hehehe. Tak pelah, benda dah lepas pun, next paper kena study awal-awal, kena prepare nota awal-awal. InsyaAllah :)

Nah gambar tuan blog seketul. Kot ada yang rindu. Hehehehe.. :)

Ok tu je, dah tak tahu nak taip apa nih. No more idea. Gambar je banyak, cerita malas nak taip.


k, bye!

 Till then~

3 comments:

  1. sekejap je masa berlalu kan...nanti pejam celik pejam celik, habis dah belajar...

    ReplyDelete
  2. nik la update jea sempat, nak blogwalking lak tak sempat.ada masa baru la singgah blog lain..hihi

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998