Monday, September 29, 2014

Melawat Kumpulan Karangkraf.

Assallammualaikum (n_n)V 

Selamat petang. Hai,
Lama sangat dah tak menaip sesuatu dekat sini. Jadi, hari ini jom lah menaip. Hehehehe ;p

Mula-mula sekali nak up cerita hari rabu lepas. Walaupun hari sehari sebelumnya dapat berita buruk dan dalam keadaan yang langsung tak sihat. Tapi... tetap jugaklah aku gagahkan drive ke Shah Alam demi merialisasikan salah - satu impian aku ni. 

Hari rabu, aku turut serta dalam program melawat Kumpulan Media Karangkraf bersama-sama penulis hebat. Kakak-kakak dan senior dari group mari menulis yang arrangekan. Serius rasa satu dari beribu-ribu impian tercapai. Ye laa, sebagai seorang yang menyimpan cita-cita untuk menjadi penulis sejak dari kecil, Pengalaman melawat karangkraf ni memang aku tunggu sangatlah. (Rasa ayat macam skema pulak )


Sebelum tidur, semangat copy berita dekat atas ni dekat phone. Pada hari kejadian, jujur aku pergi sana sebab passion aku kepada bidang penulisan. Aku pergi tanpa kenal siapa-siapa in-reality. Gigih je okey. Bila dah sampai, dah kenal semua orang, rasa seronok sangat-sangat. Macam-macam benda aku belajar. Banyak sangat nasihat dari kakak-kakak ni.



Bila berdiri sebaris dengan penulis-penulis hebat, automatik perasaan tu jadik lain. Setiap nasihat yang diberi, semua tersemat dalam dada dan otak. 




Bila dah berada bersama mereka. Semangat untuk terus menulis makin berkobar-kobar. Semoga selepas ini rezeki dalam bidang penulisan ini semakin meluas. Semoga Allah redhakan :) 

Malam semalam pulak, bukak-bukak Fb, terus nampak notification pasal ada gambar masuk paper. Tiba-tiba je rasa down bila tengok jam dah pukul 12 tengah malam. Memang kasihan, tak sempat nak dapatkan Surat khabar. Kalau tak, dah boleh nak potong lepas tu simpan. Pertama kali dalam sejarah, masuk surat khabar sebagai seorang penulis/novalis. Haruslah terujakan?

Syukur, semoga segalanya dipermudahkan selepas ni. Bak kata orang, biar lambat, asal selamat. Kadang-kadang nak dapat sesuatu tu memang susah, tapi manisnya, tak terungkap. Manisnya berada di tempat itu dengan usaha sendiri sebenarnya telah menghilangkan pahit yang dulu.

;)



Memperkenalkan, wajah-wajah penulis hebat


Terima kasih untuk semua pengalaman. 


 Till then~

1 comment:

  1. Usaha tangga kejayaan.. :-) Best nye ada bakat menulis ni,,.,

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998