Friday, August 22, 2014

Weekend di IKEA

Assallammualaikum (n_n)V

Hi,
Cerita weekend hari tu. Al -kisahnya dah lebih sebulan tak ke mana - mana. Duduk terperap je dekat rumah. Jadi, weekend tu ajak hubby pergi IKEA.

Dalam jalan - jalan tu, makanya tersinggah juga beli barang. Tak adalah beli barang - barang mahal, cuma beli benda - benda kecil je. Al-maklumlah, tengah bulankan.

Now, tengok Ikea dah ada konsep baru. Teruja tengok idea - idea baru kawasan pameran dia. Sampai buat rasa nak beli semua bawak balik. Yang paling best, banyak barang yang dah turun harga, barang yang hari tu nak beli tapi tak ada stok, now dah ada daa. Bulat je mata tengok. Hihihi

Gambar - gambar yang disurvey.


Suka sangat tengok ruang tamu ni. Cantik... Wall dia warna kelabu. Kalau nak buat rumah gini dah cantik daa. Tapi tu laa, sofa pulak warna putih.


Sekali pandang dah teruja je aku tengok tempat letak cupcake tu. Cantik sangat. Teruja tengok. Serius rasa nak beli. Tapi hubby cakap nantilah dulu. T__T


Balang kaca dekat atas tu memang favourite aku. Sebelum raya, beli RM10 sebiji. Masa pergi ahad tu, telan air liur tengok harga dia lagi murah. T__T


Tupperware hijau tu aku panggil tupperware 14 beradik. Tupperware tu favourite mak aku. Bawak pergi ikea, capai tu dulu. Now, aku pun dah terikut - ikut suka kan tupperware tu. Tapi, aku sedar diri, rumah kecik, mana nak sumbatkan? hehehe.


Bantal dekat atas ni produl baru Ikea, nampak macam best. Tapi tu laa, kecik sangatlah pulak!


Lampu ni, bila sekali pandang macam berkenan. Lepas tu nak beli terfikir - fikir, last cancel sebab rasa macam tak cantik je. Lagi pun kalau dalam gelap, rasa lain pulak bila tengok lampu ni. Haih!


Jalan punya jalan, akhirnya barang - barang dekat atas ni sajalah yang aku beli. Tak banyak. Semua barang tu yang dah lama aim masa pergi Ikea. Now baru teringat nak beli. Jag air yang macam pasu bunga tu, dah banyak kali nak beli. Tapi asyik sajalah tak ada. Bila dah beli, boleh pulak hubby cakap minum air dalam pasu bunga. Sabar je laaaa.


Kerusi kecil putih tu pun dah beberapa kali fikir nak beli. Last - last beli je laa.. Hehehe.

Itu je laa cerita short weekend aku. Pergi Ikea dalam kul 10.30, lepas zohor dah balik rumah daa. Ikutkan hati nak jalan - jalan. Tapi asyik terbayang je buku kat rumah. Musim examkan, kalau dah namanya musim exam, memang langsung tak ada feel nak berjalan. Huhuhu.

Ke aku je perasaan macam tu?

K.bye!



 Till then~


6 comments:

  1. jelesnya..tolonglah ikea..bukak la dekat utara ni..huhu..

    ReplyDelete
  2. didiey pernah pegi ikea sekali je. tu pun sebab ada assignment kt sana. mmg best tgk konsep ikea. kalau tgk terus bayangkan mcm2. kalau rumah mcm tu, mau xkeluar rumah kan. hihi

    ReplyDelete
  3. Last week pun sye ke ikea neh.. Dah masuk semua section nak kena lalu. .. Cadang nak beli Carpet...and memang pergi beli Carpet je tu. .kekadang pergi ikea ni target nak beli lain, ,last2 banyak lak benda lain diangkut..tu. .

    ReplyDelete
  4. singgap sini, then terjumpa entry nih. murah nya, kat utara xda ikea, susah nak cari barang murah macam ikea, huhuhu

    ReplyDelete
  5. syoknya.dah lama tak ke ikea..huhu

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998