Saturday, August 16, 2014

Pengalaman Batu Hempedu

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat malam. Lama dah tak taip apa - apa dekat sini eh. Perasaan nak menaip tu ada, tapi tinggal perasaan je lah sebab keadaan tak mengizinkan.

contoh Batu hempedu


05 Julai 2014 hari tu, aku diserang sakit perut sebelah kanan atas. Sakit gila - gila punya. Yang aku ingat, sahur pagi tu aku makan mee goreng mamak. Semangat letak limau banyak - banyak dalam mee goreng tu. Bangun pagi, rasa dah lain macam, gagahkan diri tahan dari muntah. Disebabkan dah tak boleh, terpaksalah muntahkan jugak. Selalunya lepas dah muntah okey balik. Tapi kali ni tak. Lepas muntah tetap rasa sakit jugak.

contoh
Lepas tu, minum air susu kambing, tak okey jugak perut. Minum air suam dua gelas, tak lama lepas tu terus termuntah balik semua benda. Ingat lepas muntah kali kedua dah okey, rupanya tak... bertambah sakit lagi. Hubby bawak pergi emergency room dekat hospital government dekat dengan rumah. Tapi tetap tak okey jugak.



Last - last Hubby bawak pergi Hospital Pantai. Tiga jam duduk dalam emergency room, dia bagi ubat, lepas tu ambil darah dan buat scan. Speechless sangat bila doktor cakap ada batu dalam hempedu dan darah putih ada kuman. Masa tu barulah perasaan yang mata dan bawah mata dah kuning. Doktor tanya nak masuk wad ke? aku cakap tak nak.. Assignment tak siap lagi, memang aku tak beranilaa.

Doktor buat appoinment dengan doktor pakar. Hari isnin, petang aku pergi balik hospital Pantai, jumpa doktor pakar. Petang tu jugak doktor suruh masuk wad. Dup dap dup dap je jantung. Dalam wad, jatuh air mata masa call mak. Tak sampai hati nak bagitahu mak aku masuk wad.

Masa nak buka puasa, baru je berangan nak makan nasi, nurse datang cakap tak boleh makan sebab nak scan lagi sekali. Sedih je rasa. Berbuka kena minum air kosong sampai enam gelas. Lepas tu kena scan. Kali kedua, doktor bagitahu memang ada banyak batu. Lepas scan hubby datang bawak bubur McD. Makan bubur je untuk sampai esoknya.

Pagi hari kedua, Doktor pakar masuk. Dia bagitahu memang kena operation jugak. Dia suruh sign borang setuju semua. Bagitahu benda yang akan dia buat dan risiko - risikonya. Call hubby, hubby datang hospital bawak makanan tapi tetap tak boleh makan. Pakat dengan hubby nak minta doktor tangguhkan operation ke hari khamis sebab nak suruh mak datang jaga lepas operation. Tapi doktor cakap tak boleh. Nurse pun beriya cakap operation kecil je, tebuk lubang je katanya!

Petang hari kedua, pukul 5.30 petang, nurse dah suruh tukar baju biru operation, pukul enam petang nurse dah tolak katil ke bilik bedah. pukul 7.00 petang, doktor bius dah datang bagitahu semua prosedur, doktor bius tolak ke bilik bedah, lepas tu dia suruh pindah ke katil operation, dia cucuk air dekat tangan, lepas tu dia letak salur pernafasan dekat hidung, tiga kali sedut terus aku tertidur.

Bila aku sedar, tiba - tiba otak boleh rasa ada benda sakit sangat dekat perut. Sakit yang bukan biasa - biasa. Sakit gila. Doktor bagi satu benda dekat tangan aku. Yang aku ingat, doktor cakap, kalau sakit tekan benda tu. Disebabkan aku rasa sakit sangat, aku tekan benda tu banyak kali. Doktor pegang tangan aku, lepas tu dia suruh tekan slow slow. Entah macammana lepas tu aku tertido balik.

Kali kedua aku tersedar bila nurse nak pindahkan aku dari katil operation ke katil aku. Masa tu pun rasa sakit sangat sampaikan aku menangis, sumpah tangan kena gerak sikitpun rasa sakit. Lepas tu terlelap balik.

Kali ketiga aku sedar bila dah sampai wad. Dengan mesin kiri kanan, air lagi, tak boleh langsung nak gerak.

Pagi hari ketiga, mengadu kat hubby kata lapar, tapi doktor tak bagi makan lagi. Nak bangun pun tak boleh lagi. Doktor bagi minum air kosong je. Masa ni lah baru doktor cakap, dia tak buat pembedahan tebuk lubang, dia buat open operation. Sebab tu laa aku rasa sakit. Tak kan nak marah doktorkan? Redha jelah, sakit masa batu tu bergerak dalam hempedu lagi sakit dari bedah. Bila dah bedah sakit dia masa tu je, kalau batu tu ada dalam perut, selagi dia ada, selagi tu lah dia sakit. Sebab dah lapar sangat - sangat, aku mintak juga hubby beli air susu kotak.  Sedih sangat rasanya, dah lah kena kencing pakai yang takung tu. T_T

Hari ke-empat dah boleh makan, tapi cuma boleh makan bubur je. Makanan hospital semua sedap - sedap, tapi tak boleh masuk, tak lalu. Hari ke - empat doktor dah suruh mula berjalan sebab nak bagi darah - darah beku dan bagi organ - organ bergerak. Rasa tersiksa sangat nak berjalan. Nak jalan ke toilet pun tak lalu. Hari ke - empat dah mula boleh kentut - kentut dah. Punyalah payahnya nak kentut, sampai mintak hubby belikan teh tarik halia, barulah boleh nak kentut. Rules doktor, dah boleh kencing, dah boleh kentut dan dah boleh berak baru boleh balik.

Hari ke-lima, Doktor cakap kena berak dulu baru boleh balik. Sedihnya masa tu. Banyak kali cuba berak tak boleh langsung, petang baru boleh berak. Happy gila time tu. Sungguh tak lalu langsung duduk dekat hospital, walau wad best, aircond 24/7, makanan best, semua tak ada makna, lepas operation dah lah mimpi yang bukan - bukan. Lelap je kejap, mesti mimpi yang tak elok.

Hari ke-enam baru boleh keluar. Syukurnya alahai... Tuhan je yang tahu. Hari ke-tujuh, hubby bawa balik kampung.

Search dekat Youtube, jumpa video dekat bawah ni. Apa yang doktor tu buat sama je dengan aku, cumanya, perut aku kena potong besar lagi dari dalam video tu T_T



Hasil daripada pembedahan dekat atas adalah yang dekat bawah ni. Jemput tengok...

68 Biji

Ada enam puluh lapan [68] biji semuanya. Setiap satu berukuran lebih kurang 1 cm. Kos rawatan sepenuhnya ditanggung oleh company. Kos rawatan tak murah. Hubby siap cakap boleh beli superbike bila tengok jumlah yang nak kena bayar tu, [read: boleh beli sebiji perodua axia!]



 Till then~

6 comments:

  1. uishh... menakotkan je.. seram..

    ReplyDelete
  2. ya allah kak, nasib baek semuanya dah selesai..kalau sy yg kena, entah..gerun pulak rasa..

    ReplyDelete
  3. Kencing dalam bekas tu sye pun pernah merasa juga..patah kaki dulu masuk spital. Sye dulu tak leh kencing dua hari rasanya, nak kencing sesangan tetap tak boleh nak keluar. Bila berjaya kencing tu baru rasa lega yg amat...syukur. Klu ada insurans. Insurans tanggung segala kos operation tu kan?

    ReplyDelete
  4. Kku bedah pakai laparoscopy sakit x pas abis bius....sy pn ada batu dlm hempedu...tgh pk lg ni nk bedah ke x

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang tebuk tu tak sakit sangat rasanya. Sebab doktor kata, kalau yang tebuk tu, esoknya dah boleh balik daa :)

      Delete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998