Wednesday, August 20, 2014

Behind the scene

Assallammualaikum (n_n)V

Tak dapat nak dinafikan, orang - orang hebat pun kadang - kadang rebah bila diuji. Kadang kita rasa semua under control, hinggakan satu masa kita terpaksa terima hakikiat bahawa semuanya tak lagi under control.

Eh?

Kadang - kadang, bila kita tak lalu dan rasa penat sangat, air mata tu cepat je jatuh. Padahal benda kecil je pun yang jadi. Lagi rasa down bila semua benda seakan datang serentak saat kita rasa tak mampu.

Again,


Orang cakap, kalau nak jadi seseorang, perjalanan tu tak mudah. Walau pada hakikatnya orang nampak mudah. Dengan rasa sakit yang masih berbaki, dengan musim exam lagi. Air mata memang laju je nak jatuh. Esok last paper untuk semester ni, Tapi... sehingga sekarang, aku masih tak catch-up, rasa susah sangat nak membaca. Macam - macam benda fikir. Sampai ayat - ayat negatif singgah dalam kepala. Tiba - tiba terfikir,

"Bestnya orang yang tak study, boleh jalan2, shopping2"

"Best jadi dorang, tak payah susah - susah. Kenapa aku nak susahkan diri ni?"

"Best tengok orang, tak payah susah kerja, duduk rumah cantik, bahagia je!"

etc
etc..

Dan...

Alhamdulillah. Dalam masa - masa kritikal macam ini laa, rezeki lain datang, terngiang - ngiang soalan akak tu,

"Manuskrip ni dah siap? saya suka cerita ni." Aku cuma mampu geleng.

Encik Husband pulak selalu je tanya.

"Kenapa tak edit lagi manuskrip kedua tu? Dah ada orang nak, tapi tak nak siapkan" Aku senyum je lah.

Email dari Penerbitan menyusul. Jemputan menulis cerpen. Setuju atau tak, aku setuju!

Email kedua dari Penerbitan, cerpen yang dulu diterima. Mohon edit semula. Aku kata ye.

Behind the scene,
Antara nak atau tak, kena terima kenyataan... tak semua benda dapat dikejar dalam satu masa. Sebagai seorang wanita bekerjaya, banyak benda kena fikir. Dan yang paling penting, kena sentiasa fikir, bahawa untuk menjadi 'somebody' next 5 year, perjalanannya memang susah. Mana ada benda yang senang? nak jadi senang tu susah, nak jadi biasa - biasa tu je yang senang. Sampai bila nak jadi biasa - biasa? Dah ramai sangat yang biasa - biasa, dah terlalu lama sangat dah jadi biasa - biasa, sampai bilakan?

Sebenarnya,
Berkahwin, Kerja full time + Study part time + Novelis part time, itu semua bukan benda yang mudah. Ada je benda yang selalu buat rasa tak balance. Rasa ada kurang sana - sini. Dan... benda yang kurang itulah yang selalunya penting.

So?
kenapa perlu merungut? Kena sentiasa positif, kena kuat. Semua pilihan dekat tangan sendiri, terpulang macammana nak handle. Itu je. Tak susah...

Beryukurlah sebab apa yang ada hari ini adalah apa yang kita minta dari Allah. Mungkin ianya datang lambat dari yang kita nak, mungkin ianya datang cepat dari yang kita harapkan. Semuanya rahsia Allah. Allah bagi semua yang kita minta. Allah hadiahkan semuanya pada masa dan tempat yang tepat. Kenapa nak penat? Kenapa nak mengeluhkan? Ya Allah...

Alhamdulillah.

#keeppositive #keepstrong



Thanks for reading.


Till then~


4 comments:

  1. be strong cyda! didiey tahu susah. kakak ipar didiey, seorang guru+study master+isteri+ibu...didiey sendiri tgk kepayahan dia. tp stay strong ok! insyaALLAH segala impian akan jd kenyataan.

    bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian :)

    p/s~~~emak si GulaHati didiey bg feedback psl novel cyda. dia kaki novel. dia kata best!!!! tahniah cyda!!!!!

    ReplyDelete
  2. Usaha tangga kejayaan..kuatkan semangat ya...moga Allah permudahkan segala urusan kita...

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998