Wednesday, July 16, 2014

Road Bully

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat pagi. Malam semalam dan pagi ni trending pasal CDM 25 wanita mengamuk sebab kereta dia kena langgar tu. Speechless gila tengok aksi perempuan tu. Siapa tak tengok lagi boleh tengok sini,



Perangai perempuan ni sebijik dengan bekas jiran aku. BACA SINI. Memang sangat sebijik. Benda yang sama, cara yang sama juga aku pernah tengok terjadi depan rumah aku sekarang ni. Kadang - kadang, benda yang jadi tak ada apa sangat. Tapi sebab perangai ego dan sayang sangat dekat benda tu yang membuatkan seseorang tu sanggup memalukan diri sendiri.

Abah selalu cakap, orang yang buat perangai macam pemilik CDM 25 ni sebenarnya baru pertama kali dapat. Selama ni tak pernah dapat, bila dah dapat terus jadi macam tu laa.

Manusia, sanggup jatuhkan maruah sendiri disebabkan sebuah kereta. Kereta je pun, lama - lama dah susut nilai, lama - lama dah tak ada value. Dia je yang bangga sendiri dengan apa yang dia ada, sedangkan orang lain pandang biasa je.

Mungkin kena fikir dari persepsi lain kot tentang CDM 25. Kereta baru keluar, instalment bulan - bulan pun tak bayar lagi, baru je berangan - angan nak tunjuk dekat orang kampung, sedara - mara yang dia dah pakai kereta baru. Tup tup dah kena langgar pulak. Tak menahan, mintak RM2K pulak tu. Fweh.. sekarang bukan satu kampung je tahu dia pakai kereta baru, satu dunia tahu...

Abaikan saja, baru dapat kereta tu, sticker P pulak tu. Izinkan saja dia nak menunjuk dekat orang keliling :) Tapi yang paling kesian, uncle tu laa, dah minta maaf tapi tetap juga perempuan tu bising - bising, siap pukul kereta uncle tu guna kunci stereng.

Eh, aku pulak yang emo tengok video tu. Teringat = ingat jiran lama bila tengok video tu. sorry!

*just my opinion.

 Till then~


6 comments:

  1. mmg gengster si kiki ni.. tp dorg dh mtk maap..
    kosong kosong la.. hehe
    xpsl2 stereng lock jd pemes

    ReplyDelete
  2. A'ah teringat cerita kereta awak tahun lepas tu ya. Sebenarnya ramai yang bersikap macam ini tapi bezanya aib diorang tu tak kena rakam dan disebarkan dalam youtube. Ada itu ada, tak tak tersebar jadi viral. Tapi tiba-tiba isu ini jadi racist pula. Sebenarnya tiada kaitan dengan bangsa atau agama, itu attitude dia kan.

    ReplyDelete
  3. haha.. dh kne reman pun.. kurang ajar sgt

    ReplyDelete
  4. teringat pulak penaglaman sendiri, bontot kereta kena langgar dkt chinese, berparut jgk lah sebesar sudu, tp maybe sebab saga flx je pon, sy buat x tau aje, terkejut kot 1st time kena langgar..hihihi

    ReplyDelete
  5. hmmm tu laa..tgk video ni... menggeleng dibuatnya.... mudah2han lepas ni..dia jadikan satu pengajaran supaya x ulang sikap yg sama...

    ReplyDelete
  6. kesian uncle tu. nasib baik tak jadi apa2.. skrg kiki dah jd wanted kt kuantan tu. hehe

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998