Wednesday, July 02, 2014

Awal Ramadhan.

Assallammualaikum (n_n)V

Salam ramadhan. Selamat berpuasa untuk anda, anda, anda semua. Sekejap je dah Ramadhan keempatkan?Tak terasa langsung. Kemain eh, puasa ke empat baru nak update entry. Hahaha :)

Sana sini orang sibuk cerita pasal pengalaman puasa berdua. Ye lah, selalu sahur dan buka puasa seorang - seorang je masa bujang. Sekarang dah kahwin, ada suami, so mestilah lain. Kannn? Kalau tanya aku? confirmlah lainkan.

Puasa kedua, buka puasa semua juadah beli dekat Bazaar Ramadhan Kampung Bahru je. Tak masakpun sebab En.Bulat nak makan Nasi Briyani katanya. Tapi balik tu, kemain pulak keluar ayat.

"Orang lain sibuk update excited first time buka puasa dengan husband/wife, masak lagi.. kamu tak nak update ke?"

Gittew,

Tak tahulah nak nangis ke nak ketawa. Yang pasti, Puasa pertama aku nangis sebab tak dapat bukak puasa dekat kampung, tu je, Haih!

Actually, semenjak bertambah - tambah sibuk ni, aku memang jarang sangat - sangat nak update facebook, Instagram, twitter, blog. Senang cerita malas sungguhlah nak tengok media sosial ni. Punca sebab penat sangat tengok skrin laptop hari - hari dekat office. So, jadi malaslah nak update entry pasal puasa berdua ni. Gambar banyak je snap, tapi malas nk transfer.

Puasa ketiga, singgah bazaar Ramadhan dekat dengan rumah. Ingat nak beli lauk je, lepas tu nak masak nasi.  Sebabkan terliur tengok orang jual kerabu, jadinya, aku belilaa kerabu kerang. OMG.. RM 3 sikit sangat. Lepas tu, Encik Hubby nak makan siput sedut. Sekali siput sedut tak ada, maka bertukarlah kepada gulai lemak ketam. Kelu tak terkata bila harga ketam kecil tu RM5 seekor. Hish hish.

Lepas dah bayar harga ketam, terus dah tak nampak lauk lain. Mahal! beli je kuih, roti john tak sedap, terus balik. Mahal sungguhlah lauk - lauk sekarang ni. Sangat tak terkata bila tengok harga ketam tak reasonable. Takpelah, lepas ni kita masak je lah masak lemak ketam tu. Sah sah fresh lagi, banyak pun banyak. Tak delah menangis bila tengok anak ketam tu.


Balik rumah, laju - laju masak nasi, sayur kailan ikan masin dengan sambal tumis ikan bilis. Okeylah... kenyang jugak. Hari ni tak masaklah kot sebab plan nak buka puasa dekat luar je. Esok, lusa insyaAllah masak, sebab dah janji nak beli barang dapur dengan Encik Bulat.

Bulan puasa ni, lauk semua mahal - mahal dekat Bazaar. Ke aku je yang rasa mahal? Tapi memang rasa mahal kot. Kuih je Rm 2 dapat 5 biji lagik. Kalau lauk - lauk memang dah tak berani nak ambil. Rindunya Bazaar Pantai Dalam, roti john sedap, kuih - kuih pun semua sedap...

Hailaaa.. sibuk duk cerita makanan pagi - pagi ni eh.

K, bye.
Nak sambung buat assignment sikit.


 Till then~


7 comments:

  1. sume bnde mhal.. kuih pon jd mhal.. huhu.. baik buat sndiri..

    selamat berpose!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum syida.. sheila blum pegi bazaar lagi.. ingat nk saving, masak selagi mampu. hihi salam ramadhan ~~~

    ReplyDelete
  3. memang mahal gile skang ni makanan kat bazar...

    ReplyDelete
  4. sekarang ni semua mahal kan..humm

    ReplyDelete
  5. mmg mhl dh..sama ja kat ipoh ni..huhuh

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum syida.. dapnya.. memang skrg mahal2 makanan kat luar. kadang tu malas nak pergi beli. sanggup makan lambat sket demi nak berjimat sikit...

    ReplyDelete
  7. Alahai..memang mahal pun. Dah itu memang kecik pun ketam itu. Sangat2lah tak berbaloi..betul2, nanti2 beli ketam masak sendiri. Berbaloi2..Sekarang memang makanan mahal2 kan. Emm..kadang tu, lauk dah diperangat 2 kali pun jual mahal lagi. Tapi sambal tumis ikan bilis itu nampak sedap lah..hoho.

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998