Friday, July 18, 2014

Novel Encik Separuh Jiwa

Assallammualaikum.

Selamat malam, kepada pengunjung blog, Salam ramadhan untuk awak semua. Pertama kalinya nak bagitahu bahawa Novel Encik Separuh Jiwa dah berada di pasaran. Hari sabtu hari tu lepas keluar dari ward terus direct pergi Bangi untuk sign 100 biji novel.


Alhamdulillah, rezeki bulan ramadhan, akhirnya Allah murahkan rezeki untuk tengok hasil karya sendiri berada di pasaran. Sesungguhnya, disebalik kesulitan, Allah beri kemudahan.
Alhamdulillah.


Jemput tengok. Novel dekat atas ni kita beli dekat office Karystos Creative. Untuk permulaan, dalam stok kita ada dua puluh buah.



Tapiiiiii.. sekarang tinggal lagi 9 buah. Kalau ada permintaan lebih, lepas ni kita ingat nak restok lagi. Siapa berminat boleh ramai - ramai PM kita ye.

Harga ENCIK SEPARUH JIWA.

Semenanjung: RM 25
Sabah / Sarawak: RM 28

Dan yang paling penting...

POSTAGE FREE.

Sila - sila 

:)

Boleh PM fan page atau facebook kte ye,







Till then~


Wednesday, July 16, 2014

Road Bully

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat pagi. Malam semalam dan pagi ni trending pasal CDM 25 wanita mengamuk sebab kereta dia kena langgar tu. Speechless gila tengok aksi perempuan tu. Siapa tak tengok lagi boleh tengok sini,



Perangai perempuan ni sebijik dengan bekas jiran aku. BACA SINI. Memang sangat sebijik. Benda yang sama, cara yang sama juga aku pernah tengok terjadi depan rumah aku sekarang ni. Kadang - kadang, benda yang jadi tak ada apa sangat. Tapi sebab perangai ego dan sayang sangat dekat benda tu yang membuatkan seseorang tu sanggup memalukan diri sendiri.

Abah selalu cakap, orang yang buat perangai macam pemilik CDM 25 ni sebenarnya baru pertama kali dapat. Selama ni tak pernah dapat, bila dah dapat terus jadi macam tu laa.

Manusia, sanggup jatuhkan maruah sendiri disebabkan sebuah kereta. Kereta je pun, lama - lama dah susut nilai, lama - lama dah tak ada value. Dia je yang bangga sendiri dengan apa yang dia ada, sedangkan orang lain pandang biasa je.

Mungkin kena fikir dari persepsi lain kot tentang CDM 25. Kereta baru keluar, instalment bulan - bulan pun tak bayar lagi, baru je berangan - angan nak tunjuk dekat orang kampung, sedara - mara yang dia dah pakai kereta baru. Tup tup dah kena langgar pulak. Tak menahan, mintak RM2K pulak tu. Fweh.. sekarang bukan satu kampung je tahu dia pakai kereta baru, satu dunia tahu...

Abaikan saja, baru dapat kereta tu, sticker P pulak tu. Izinkan saja dia nak menunjuk dekat orang keliling :) Tapi yang paling kesian, uncle tu laa, dah minta maaf tapi tetap juga perempuan tu bising - bising, siap pukul kereta uncle tu guna kunci stereng.

Eh, aku pulak yang emo tengok video tu. Teringat = ingat jiran lama bila tengok video tu. sorry!

*just my opinion.

 Till then~


Wednesday, July 02, 2014

Awal Ramadhan.

Assallammualaikum (n_n)V

Salam ramadhan. Selamat berpuasa untuk anda, anda, anda semua. Sekejap je dah Ramadhan keempatkan?Tak terasa langsung. Kemain eh, puasa ke empat baru nak update entry. Hahaha :)

Sana sini orang sibuk cerita pasal pengalaman puasa berdua. Ye lah, selalu sahur dan buka puasa seorang - seorang je masa bujang. Sekarang dah kahwin, ada suami, so mestilah lain. Kannn? Kalau tanya aku? confirmlah lainkan.

Puasa kedua, buka puasa semua juadah beli dekat Bazaar Ramadhan Kampung Bahru je. Tak masakpun sebab En.Bulat nak makan Nasi Briyani katanya. Tapi balik tu, kemain pulak keluar ayat.

"Orang lain sibuk update excited first time buka puasa dengan husband/wife, masak lagi.. kamu tak nak update ke?"

Gittew,

Tak tahulah nak nangis ke nak ketawa. Yang pasti, Puasa pertama aku nangis sebab tak dapat bukak puasa dekat kampung, tu je, Haih!

Actually, semenjak bertambah - tambah sibuk ni, aku memang jarang sangat - sangat nak update facebook, Instagram, twitter, blog. Senang cerita malas sungguhlah nak tengok media sosial ni. Punca sebab penat sangat tengok skrin laptop hari - hari dekat office. So, jadi malaslah nak update entry pasal puasa berdua ni. Gambar banyak je snap, tapi malas nk transfer.

Puasa ketiga, singgah bazaar Ramadhan dekat dengan rumah. Ingat nak beli lauk je, lepas tu nak masak nasi.  Sebabkan terliur tengok orang jual kerabu, jadinya, aku belilaa kerabu kerang. OMG.. RM 3 sikit sangat. Lepas tu, Encik Hubby nak makan siput sedut. Sekali siput sedut tak ada, maka bertukarlah kepada gulai lemak ketam. Kelu tak terkata bila harga ketam kecil tu RM5 seekor. Hish hish.

Lepas dah bayar harga ketam, terus dah tak nampak lauk lain. Mahal! beli je kuih, roti john tak sedap, terus balik. Mahal sungguhlah lauk - lauk sekarang ni. Sangat tak terkata bila tengok harga ketam tak reasonable. Takpelah, lepas ni kita masak je lah masak lemak ketam tu. Sah sah fresh lagi, banyak pun banyak. Tak delah menangis bila tengok anak ketam tu.


Balik rumah, laju - laju masak nasi, sayur kailan ikan masin dengan sambal tumis ikan bilis. Okeylah... kenyang jugak. Hari ni tak masaklah kot sebab plan nak buka puasa dekat luar je. Esok, lusa insyaAllah masak, sebab dah janji nak beli barang dapur dengan Encik Bulat.

Bulan puasa ni, lauk semua mahal - mahal dekat Bazaar. Ke aku je yang rasa mahal? Tapi memang rasa mahal kot. Kuih je Rm 2 dapat 5 biji lagik. Kalau lauk - lauk memang dah tak berani nak ambil. Rindunya Bazaar Pantai Dalam, roti john sedap, kuih - kuih pun semua sedap...

Hailaaa.. sibuk duk cerita makanan pagi - pagi ni eh.

K, bye.
Nak sambung buat assignment sikit.


 Till then~