Tuesday, June 24, 2014

Review: Golden View Service Apartment, Penang.

Assallammualaikum (n_n)V

Tadi, bukak folder gambar, tiba - tiba teringat yang entry honeymoon awal tahun hari tu tak update lagi. Hehehe, Disebabkan aku masih tak ada passport lagi. *Amboi, kesian sangat tak ada passport lagi ni* dan aku suka sangat tempat yang ada nilai sejarah dan makanan yang ohsem, maka aku pilih untuk pergi Penang saja.

Lepas kesilapan pilih hotel dekat SINI, lepas tu kitorang bergigih cari hotel baru. Malam kedua, dapat hotel yang lebih better. Oklaa.. berbaloi, harga lebih kurang je dengan yang sebelum tu. Satu malam RM180


Mula - mula macam nak singgah tak singgah je sebab rasa macam mahal je kot. Lagipun masa tu cuti, mungkin tak ada bilik kosong dah. Fikir punya fikir singgah jugaklah. Akak dekat kaunter tu pun okey, baguslah sebab masa walk-in tu memang ada bilik kosongkan. Itupun tinggal studio apartment je. Malam tu jugak Encik Bulat bayar sewa bilik untuk esoknya. Lepas dah confirm dapat bilik barulah lega je hati.

Esoknya, pukul 3.00 petang laju - laju check-in. 


Masa kitorang tempah tu ada satu je lagi bilik kosong. Berdebar - debar je risau macam manalah agaknya bilik tu.


Bukak je pintu speechless. Cantik kot. Besar pun besar, siap boleh tambah lagi satu katil Queen. Kalau nak datang ramai - ramai satu family pun okey. Bawak je toto bentang. Siap budak boleh main lari - lari lagi.


Like usual.


Ada pantry dengan microwave dan peti sejuk, heaven je boleh masak. Gigih petang tu jugak pergi tesco beli pizza dengan meggie. Hahaha.


Toiletpun cantik. Bersih je.


Showerpun okey sangat - sangat. Cuma tak ada batch tub je laa.


Pandangan dari pantry. Ada pintu untuk connection ke bilik sebelah. Kalau datang ramai - ramai memang sangat selesalaa, boleh sewa sebelah - sebelah je.



Pandangan jarak dekat.


Yang paling best. Dia bagi aircond yang office punya ni. Erm.. tak boleh nak cakap apa, memang menggigil -gigil sejuk. Okey, memang sangat worth lah kalau sewa studio apartment ni datang dengan family. 




Aku bagi 4.5 / 5 bintang.

k,bye!

 Till then~

2 comments:

  1. ha ah la, cantik..sy xpenah stay kt studio apartment..hehe penang ada padang besar kan? hihi

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998