Saturday, June 07, 2014

Perasaan.

Assallammualaikum (n_n)V

Hello world!

Currently, perkataan yang sama. BUSY!
Cehh, ayat macamkan aku sorang jelaa dalam dunia ni yang busy. Okey, secara jujurnya, my-time-management-out!

Sometimes,
Selalu je rasa ada benda yang missing. Sekarang barulah tahu apa rasanya penangan belajar PJJ. Barulah tahu macammana penatnya rasa bila semua benda nak dikejarkan. Totally semua benda sampai selalu rasa tak nak satupun terlepas dari tangan. Sungguh tamak rasanya. Sampaikan bila mengadu dekat Encik Bulat kepala pening gila, then dia boleh cakap,

"Bila tidur tenangkan fikiran, ni tidurpun berkerut je kening". (-_-")

My mistake. Aku sebenarnya yang sengaja memberi tekanan pada diri sendiri. Tiap - tiap hari duk pandang kertas need-to-do, tiap - tiap hari berfikir. Tiap - tiap hari pressure diri sendiri. Degree tak habis lagi dah fikir nak buat master pulak. Hahaha. *Insha-Allah*

Sekarang ni tengah siapkan assignment, baru je nak siap satu. Ada lagi dua assignnment tak siap. Bila kena fikir benda nak taip, essay nak karang, lagilaa rasa blur. Ye laa, subject IT manalah nak sama dengan subject Engineering. Dah laa satu subject je yang lepas transfer kredit. Lagi tiga subject tak dapat. Manalaa nak dapat silibuskan? Takpelaa, belajar je laa subject tu balik, barulah pandai.

Satu benda yang aku perasan since dah sambung belajar ni. Kena Fokus. belajar cepat gila. Baru suku sem satu dah kena daftar sem dua, baru nak suku sem dua, dah kena alert untuk daftar subjek sem tiga. Memang semputlah.

Mungkin aku je kot yang rasa macam tu. Ye laa, sebab aku ada benda lain lagi nak alert! (-_-)

Habis pasal tu. Tak habis - habis nak mengeluhkan! huhuhu.

Sebenarnya, semalam hari jadi abah. Pagi - pagi lagi aku dah SMS abah ucap selamat hari jadi. Tapi abah tak reply, call handfone abah, ingat nak cakap direct, tapi abah suruh mak yang jawap sebab masa tu abah tengah drive.

Tanya jugak mak tentang SMS tu, mak cakap abah dah baca. Bila tanya kenapa abah tak nak reply. Abah senyap. Saja je nak bagi touching. Ikutkan aku memang nak sgt balik kampung semalam tapi dua hari lepas dapat SMS esok ada kelas ganti. Sharp pukul 8.00 pagi pulak tu. Entah kenapa entah, hati rasa sedih pulak. Teringat dekat abah, teringat dekat mak, rindu. Walaupun sebenarnya abah dan mak baru je lepas seminggu datang KL.

Minggu ni ada kelas. Next week pun ada kelas. Huhuhu.


Tengahari tadi, bukak youtube tiba - tiba tertengok youtube lagu 'Biar' dari Fynn Jamal, lagilaa teringat dekat abah. Ingat nak whatsapp gambar ni dekat abah. Tanya dekat mak pasal telefon yang aku belikan kat abah tu, mak cakap abah tak nak guna telefon tu. Tunggu nak beli kad telefon baru, baru nak guna. T__T 
Bulan lepas siap nak marah abah lagi pasal telefon tu, puncanya sebab abah cakap tak nak pakai telefon tu, nanti bawak pergi kebun habis rosak. Erm... masa tu tak tahu nak cakap apa, rasa macam nak menangis jek.
Takpelaa, nanti abah dah pakai kad baru, bolehlaa whatsapp.


Semoga abah baik - baik je. Semoga Allah jagakan abah dan mak untuk aku. Aku memang jauh dari mak abah, tapi doa aku selalu untuk mereka. T__T




Sekian dulu sesi meluahkan perasaan. Jumpa lagi!



 Till then~


No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998