Tuesday, June 17, 2014

Langsir

Assallammualaikum (n_n)V

Hello!

Semenjak dua menjak ni, rajin sangat search pasal decoration rumah. Rasa semua benda nak deco dekat rumah kecik tu. Hari tu dah cat. Lepas tu ada beli langsir suruh mak jahit masa balik dua bulan lepas. (Dah dua bulan tak balik kampung rupanya T__T) Bila dah sampai rumah, dah gantung tiba - tiba macam tak cantik, tak macam langsir yang ambil dekat rumah mak masa mula - mula pindah.

Sebenarnya, teringin sangat nak langsir yang besi penggantung tu tinggi sampai ke syiling, lepas tu bawah dia sampai ke lantai. Lepas tu nak warna gelap, tak nak ada kilat - kilat. Tak shuke sangat like rumah mak cik - mak cik.

Lebih kurang macam dekat bawah ni.

kredit to owner 


Bila tengok banyak - banyak kali. Cantiknye la hai. Tapi pernah tanya harga dia, satu meter je dah lebih RM80. Bila fikir pasal langsir ni kan, automatik teringat pulak pasal nak tukar tingkap, lepas tu teringat pulak pada lantai. Erm... baru nak berkobar - kobar terus down balik. Selalu cam tu.

Takpe syida, sabar... sabar... sabar... buat slow slow. Huhuhu


Hari tu macam teringin corak dekat atas tu. Macam cantik je. Entah kenapa hari tu aku tak beli pun tak tahu. Rambang sangat mata ni bila sampai kedai Langsir tu. Nekad, nak kumpul duit, nak beli yang kain guni tu, yang tebal tu khas untuk ruang tamu jek. Nak beli yang tebal macam kat IKEA tu. Adore gila dengan langsir kat IKEA tu!
Kena kumpul duit nie.. 

Motif update blog sebab nak cerita pasal langsir jek? Hahaha... 




 Till then~


No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998