Monday, June 23, 2014

Konvensyen Penulis 2014

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat petang.
Sabtu hari tu, aku pergi konvensyen penulis dekat UIA Gombak. Tak jauh pun dari rumah, pagi - pagi drive tak sampai tiga puluh minit.

Lama dah daftar konvensyen ni sebenarnya. Impian aku dalam bidang penulisan ni tinggi, jadinya untuk mencapai impian tu, usaha pun kena tinggilah. Gigihlah jugak pejam mata je transfer duit untuk ke konvensyen tu.

Bila fikir dari segi duit, memang risau sangat takut tak berbaloi. Tapi bila dah sampai sana, jumpa dengan lebih 300 orang, dapat macam - macam tips, rasa syukur sangat.


Pergi konvensyen macam ni memang bagus sebenarnya, banyak benda yang kita belajar, banyak benda yang kita nampak. Banyak jenis orang yang kita kenal. Dalam ramai - ramai orang, aku nampak diri aku dalam diri mereka, aku nampak impian aku di sebalik beratus impian orang lain. Bermacam - macam orang aku kenal.


Gambar atas adalah nasihat - nasihat daripada penulis novel Epedemik-T, oklaa, ada benda yang boleh jadi inspirasi daripada ucapan beliau :)


Yang paling best adalah tips daripada pemilik BLINK, Husband Ain Maisarah. Dekat sini lagi banyak ilmu dia bagi. Banyak Pro dan kontra dia buat semua orang berfikir.



Gambar lelaki yang dekat hujung, baris nombor dua tu adalah penulis BLINK, dia dulunya pemandu lori roti, kini tidak lagi. Proud!


Gambar atas adalah gambar tiga orang penulis, tahun lepas mereka hanyalah orang biasa yang datang konvensyen, tahun ni mereka adalah panel. 


Puan Nisah Haron. Finally, berkesempatan bertemu beliau. Dapat salam dan autograph sekali.




Paling terkesan dengan tips yang di beri oleh Panel dari Alaf 21.


Gambar atas, beliau bagi tips nak jual karya dekat google Play. Tapi macam tak minat jek. Opss! sorry, aku je yang tak minat, orang lain aku tak tahu.


Gambar atas, Ustaz Fahrol rasanya. Tak ingat... slot petang - petang ni memang lemau sikit. Hihih.




Gambar atas, aku tabiklaa, akak ni berjaya tembusi pasaran China untuk novel kanak - kanak beliau. Serius kagum.


Gambar atas adalah antara peserta yang ada. Ini row bawah, row atas tak sempat snap. Yang penting dewan full.


Hasil rembatan pada hari tersebut. Dapat beli empat buah buku dekat atas. Orang kata, kalau dah bercita-cita tak salah nak keluarkan sedikit duit untuk grap ilmu yang ada. 

Masa konvensyen, aku tertarik dengan pertanyaan editor alaf 21 tu. 

"Awak semua menulis sebab minat ke sebab duit?"

Ayat tu biasa - biasa je, tapi kesan dia mendalam. Maksud dia tersirat, buat kita berfikir maksud semuanya. Aku suka konvensyen macam ni, Insha Allah, kalau ada lagi aku nak pergi. Cuma yang tak best sebab tak boleh nak tanya soalan direct. Leceh gila nak taip dekat twitter semua. Last - last soalan tak berjawappun. Sedihlah jugak.

Yang paling penting, banyak sangat ilmu yang aku dapat. Tapi tak adalah nak share dekat sini kan. Simpan sendiri je lah. Sekarang aku tengah improvekan diri untuk next manuskrip. Insha-Allah, dah simpan target untuk tembus rumah penerbitan impian since aku sekolah dulu.

Insha-Allah kalau ada rezeki.

Encik Separuh Jiwa dah selamat. Nanti dah keluar yang official, dah ada dekat tangan, aku story dekat sini ye. 

k.bye!

 Till then~


1 comment:

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998