Thursday, June 19, 2014

Kisah Nasi Lemak.

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat pagi. Bila dah lama tak menaip sesuatu dekat sini, automatik skill bercerita tu pun dah out. Haih! dah kenapa dah entah. Hehehe. Nampak sangat dah lama tak jejak dekat blog ye. Pagi - pagi ni memang best bila letak gambar makanankan?

Meh, nak tunjuk sikit gambar makanan. :)


Gambar adalah hasil masakan pagi tadi Nampak tak rajinnya dekat situ? Kau mampu nak masak nasi lemak pagi - pagi sebelum pergi kerja? Eh, macam riak pulak ni.

Sila jangan tertipu. Sebenarnya, pagi tadi aku cuma goreng telur, dan masak nasi je. Itu pun dah terfikir - fikir nak masak ke tak. Disebabkan aku sendiri dah muak asyik breakfast roti bakar + telur separuh masak + coco crunch. So hari ni gigihlaa masak breakfast lain.

Nasi tu masak dalam rice cooker je, letak garam sikit, letak halia sikit, letak bawah putih sebiji dan setengah tin susu sejat atau orang panggil susu cair. Buh air sikit, tekan button on tu. Lepas tu biarkan setengah cam. Gittew je. 

Ni mesti mak aku bangga kalau tau aku masak nasi lemak ni. Ingat lagi, dari kecik lagi aku memang jenis tak suka masak nasi sebab nanti kalau keras abah bising, kalau lembik mak bising, so aku jadi cuak nak masak nasi, masak lauk pauk je rajin dan terror, masak nasi kelaut. Sebelum kahwin, kalau kat kampung, Aku masak lauk, sayur semua, tapi nasi mak masak. Memang aku pejam mata je bila tengok periuk nasi. Nowadays dah pandai dah sejak dah kahwin ni. Hari tu pun mak macam teruja je tengok aku dah terror masak nasi. Hahaha.

Sambal ikan bilis tu adalah sambal ambil dari office. Hari selasa tu office aku buat makan - makan waktu breakfast. Banyak gila kot sambal tu. Dah lebih - lebih tu aku terus request dekat akak office nak bawak balik. Tapi sebelum angkut, proses puji memuji kena ada jugak. Oklaa, tahan lagi sambal tu sebab dia masak memang lama gila kot. tak rasa pun cili kering tu macam tak masak. Pada aku, sambal tu memang sedap pun. Tapi, encik bulat cakap nasi aku masak lagi sedap. Motif?

Macammanalah nak kurus ni, suami isteri makin mengembang dengan jayanya adalah. Bilalah nak mulakan balik Diet Atkins ni eh.



 Till then~


3 comments:

  1. masak nasik lemak guna susu cair sedap ye.. xpernah cuba agi . selalu pakai santan ja.. rajin sungguh anak dara sorg ni

    ReplyDelete
  2. adoilah, sedapnya tgk nasi lemak..tringt klau balik kpg, pgi2 beli nasi lemak bngkus daun pisang..emm..

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998