Tuesday, June 17, 2014

Hari Abah.

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat pagi. Ahad lepaskan hari bapa. Dan pada hari yang sama, aku pulak ada kelas. Rasa touching je sebab tak dapat nak wish face to face pada abah. Rasa macam kejam je rasa sebab masa birthday abah tak dapat balik, hari bapa tak balik, birthday mak tak balik, nasiblah masa hari ibu, masa tu mak dan abah dekat sabah, so tak terasa sangat. T_T

Dekat facebook, ada orang update status gini, "apalah bodoh sangat kau nak pergi sambut hari bapa tu? ikut sangat paderi kristian tu!"

Ikutkan hati, memang sentap bila baca status tu. Tapi, suka hati dialah. Memanglah semua hari - hari tu tak elok nak sambut. Tapi apalah salahnya kita tunjukkan sedikit rasa appreciated kepada seorang manusia yang dah membesarkan kita hingga menjadi orang sekarang ni. Kalau dah hari - hari biasa pun dah tak nak ingatkan dorang, apalah salahnya satu hari tu tunjukkan sikit rasa ambil tahu tu. Kalau pada aku, ada banyak pro dan kontra tentang hari - hari tu. Ikut kitalah nak sambut ke apa. Kalau sekadar wish je tak salah rasanya, sekadar nak bagitahu insan - insan tersebut bahawa kita tetap ingatkan mereka walau dekat mana kaki kte melangkah.


Gambar atas adalah gambar instagram aku. Berkaca - kaca je mata masa post gambar ni. Meluap - luap je rindu pada abah dan mak. Abah aku ni hanyalah orang biasa. Kerja kampung je pun, tapi abah seorang yang penyabar. Even dari muda pun asyik kena tindas oleh manusia - manusia yang mengambil kesempatan, tapi abah tetap positif dan keep moving.

Dulu, since aku sekolah menengah, tengah lunch mesti abah akan cerita pasal life dia muda - muda dulu, abah cerita tentang partnership dalam sebuah syarikat kontraktor yang tak jadi, abah cerita pasal orang - orang tamak yang selalu menindas, abah cerita macammana susahnya abah dulu akibat ditindas oleh manusia tamak, ego, meninggi diri, semua benda abah cerita, hingga tak ada satu pun yang tertinggal. Tapi abah memang kental, walaupun cerita tu sedih, langsung abah tak tunjuk riak sedih beliau. Macam tak ada perasaan je.

Banyak benda yang aku belajar daripada abah. Abah ajar aku jadi penyabar walau pada hakikatnya aku bukanlah seorang penyabar. Abah ajar aku hidup bersederhana, jangan membazir, Jangan dengki dengan apa yang orang lain ada, dan selalu berusaha dan independent.

Kadang - kadang tu, tak payah nak tunggu abah bagi nasihat, tengok daripada apa yang abah dah capai hari ini pun dah boleh nak motivate diri sendiri. Kalau balik kampung, aku suka sangat duduk dekat luar rumah, lepas tu usha je rumah abah. Rumah kampung itu adalah salah - satu usaha abah. Abah bina dengan tangan sendiri, kecil - kecil dulu selalu ikut abah buat rumah tu, now dah 12 tahun dah usia rumah tu, ikutkan, aku sayang sangat dekat rumah abah tu, banyak sangat semangat dan kasih sayang dekat situ. :)

Rindunya dekat kampung, ingat nak balik minggu ni. Tapi minggu ni pulak ada hal nak pergi UIA, ingat nak balik minggu depan. Rasa touching sangat sebenarnya bila call je nanti mak mesti cakap,

"Adik, nanti adik balik teman mak pergi beli jubah eh, bila mak pergi dengan abah, abah mesti membebel"
"Adik, mak ajak abah pergi beli etc etc, tapi abah suruh tunggu adik balik, nanti adik balik kte pergi eh"

Tau sangat dah apa maknanya tu. Tu maknanya abah rindu, tapi abah tak nak langsung bagitahu direct. Huhuhu.

Okey, tiba - tiba air mata jatuh ni. Mencik. Now selalu sangat moody bila teringat dekat kampung. Kenapalah bota dengan Kl tu jauh? Rasa macam alone gila je. Rasa kosong. Jeles sangat tengok orang boleh jumpa keluarga dia hari - hari.

Seriusly, rindu gila gila gila. Sekian luahan perasaan. Hari - hari update entry touching, nampak sangat moodynye eh.





 Till then~

No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998