Thursday, May 22, 2014

Talk.

Assallammualaikum (n_n)V

Hi,
Lama dah tak update. Tak tahu nak cerita apa. Yang tahu, gambar ada banyakkkkk sangat, snap snap konon nak letak dalam blog. End of that, Malas! Haih!

Sedar tak sedar, cuti honeymoon antara semester dah habis dah. weekend ni dah mula pergi kelas dah. Semester ni memang aku sengaja je ambil kelas waktu pagi. Sangat tak lalu nak ambil kelas mula pukul sepuluh then habis lambat. Ahad kot!

Assignment dah print. Print saja, tengok belum lagi. Masih berkira - kira nak cari masa. Result exam yang lepas pun dah keluar. Alhamdulillah, even bukan 4+ tapi still boleh dibanggakan jugak. Hahaha. Nowaday, aku selalu skodeng ig sorang akak tu. Aku mula kenal dia melalui pembacaan pasal kisah belajar dia dekat blog. Kisah work-life dia dengan boss ala - ala miranda dia, best baca blog akak tu... Tapi, Sekarang blog dia dah di-privated-kan, makanya.. cuma ig dan fb je laa boleh tengok pasal life dia. Seronok sangat baca, life dia as a student pjj sangat memberikan aku inspirasi.

Sedar tak sedar, aku mula admirer akak tu. Sekarang ni jadi satu kemestian untuk aku stalk ig dia. Hari ni, stalk, nampak ayat ni, rasa best sangat sebab akak tu suka sangat kongsi benda - benda yang bermanfaat.



Hopefully, aku berkesempatan 'terserempak' beliau dekat uni nanti. Teringin sangat nak cakap, 'kakak, u inspire me,' boleh?


Semester ni ambil tiga subjek. Gitulah hendaknya. Sama juga macam sem lepas, belum punya bff satu kursus. Tak apa, mungkin semester ini akan jumpa bff itu. Sabar sudah. :)

Lately ni, rasa penat sangat. Busy memanjang. Macam - macam benda nak kejar. Badan pun rasa letih sangat. Entah apa - apa entah, lembik betul badan ni. Kerja dekat opis pun makin bertambah - tambah. Sampaikan, berdoa - doa dalam hati janganlah kena site visit. Kemalasan melampau sangat dah ni. T_T


Hari tu, lepas je habis exam last paper, beriya - iya ajak hubby pergi kedai hardware sebab nak beli cat. Since aku mula pindah bulan sepuluh tahun lepas, langsung dinding tu tak bercat baru. Bertabah je pandang dinding rumah warna - warni, kalau cantik tak pe jugak, ini dah laa sebelah putih, sebelah pink, sebelah hijau. Boleh muntah tengok kombinasinya.

Now dah siap cat bilik study dengan seluruh hall sampai ke dapur, sliding window dekat dapur pun dah tukar, tinggal nak pasang tiles dengan tukar sliding window dekat depan jek lagi. Tak pelaa, slow - slow, bukan rumah orang lain, rumah sendiri jugak.

Since dah kahwin ni, baru perasan yang almari asyik tak muat sajalahkan. So, lepas cat rumah hari tu, dah plan dengan hubby nak beli drawer. Punyalah gigih sebelum tu cari drawer yang sama dekat kedai perabot, langsung tak jumpa. Fikir punya fikir, last - last ambil jugaklah drawer kat ikea tu. Maka, ke Ikea laa kte,


Sebelum keliling ikea, maka lunch dulu dekat food court tu. Entahlah, aku pun tak faham kenapa lidah aku tak boleh masuk sangat dengan meatball tu. Orang semua cakap meat ball tu sedap, aku je tak, daripada dulu memang tak boleh terima pun. Hehehe..

Lepas pusing - pusing, maka memboronglah kami drawer idaman hati. Cehhh... itu pun duduk menghadap drawer tu dekat setengah jam, duk fikir nak beli ke tak, beli ke tak.. hahaha..


Hajat di hati nak beli drawer warna hitam. Tapi warna hitam dah habis. Maka, ambik je laa yang warna putih tu, barang lain yang dibeli adalah jam murah tu, untuk letak dekat setiap bilik, tupperware hijau empat belas beradik tu, partition ungu untuk letak dalam drawer nanti, dan bakul sampah merah.

Drawer idaman hati..

Inilah drawer itu, oklah... memang rekeman. Luas dan dalam, kalau lipat kecil - kecil, boleh isi banyak baju. Dah tak ada dah aktiviti mengamuk menghadap almari, tarik - tarik baju, lepas tu semua baju jatuh. Susun balik, tarik baju lain, jatuh lagi... giittew. Cumanya drawer ni memang berat. Sebelum pasang dah berat. Bila dah pasang, lagiiii beratttt. Hehehe :)

Bercerita pasal rumah, pagi tadi nampak iklan jual rumah yang lekat kat tepi jalan tu. Tak sangka sungguh harga rumah kat kawasan perumahan aku tu makin naik. Tak sampai setahun dah naik lebih RM20K, rumah hubby yang dekat atas bukit tu lagi tak menahan, berganda - ganda naik since kawasan perumahan mewah dah wujud dekat belakang rumah beliau. Betul orang cakap, tak sia - sia beli rumah, jauh gila beza dengan beli kereta. Hehehehe.

Ok tu je nak membebel, next time kte kepochi lagi eh, nak sambung buat kerja. Sorry ye lambat hantar jejak dekat kawan - kawan :)


 Till then~


2 comments:

  1. owh, ambil pjj eh? cmna la agknya bkerja smbil blajar..timm yg full time study + prt time keja pun mcm nk pengsan tiap2 mlm..huhu..

    ReplyDelete
  2. hurm.. masih xtau lg bila nk mula PJJ. kena ada semangat. bestnya dh pindah rumah baru. lpas ni boleh study dlm bilik baru. hehe

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998