Friday, May 09, 2014

Full of Feeling.

Assallammualaikum (n_n)V

Hai,
Pandang - pandang blog, terfikir bahawa lately ni aku memang jarang sangat - sangat nak update blog. Tengok - tengok nuffnang, banyak iklan dan expired. Abaikan saja.

Lately ni, macam - macam perasaan datang. Dah macam apa daa. Sebelum exam, busy siapkan assignment, lepas dah siapkan assignment, kena fokus pada kerja, dalam masa yang sama, terfikir - fikir pulak pasal final exam. Sumpah, masa tu serius rasa macam nak nangis sebab rasa macam langsung tak catch - up.



Dapat result assignment, terasa down bila subjek yang aku yakin boleh score, tiba - tiba result macam tak best. Tapi, sesungguhnya paling tak best bila kena seat untuk exam yang kita tak prepare very well T_T, di saat lagi lima minit nak seat the paper, baru terdengar kawan sekuliah cakap gini,

"Nota tu ada dalam bahasa melayu. Saya download dan hafal dalam bahasa melayu."

Perasaan masa tu speechless. Tapi gagahkan jugak masuk dewan dengan penuh harapan. Tapi semua harapan hancur bila soalan yang diharapkan tu langsung tak keluar sebijik sejibon. Nak menangis baca soalan, why? balik pulak dari exam, boleh pulak area pj tu jem dia nauzubillah, aku gerak dari uni sharp pukul 5.30 pm dan sampai rumah tepat 8.30 pm. Masa tu sedih memang bertimpa - timpa.

Settle paper pertama, paper ke dua pulak seminggu selepas tu, disebabkan aku tak nak pisang berbuah dua kali. Gigih aku pergi check satu - satu tab dekat laman web uni. Habis semua topik aku download dalam bahasa melayu then transfer kat phone. Takut sangat tak boleh jawab :( Seminggu aku menghafal semua bab thru phone.

Hari nak exam tu. Encik bulat hantar. Sempat lagilah singgah publika sebab nak sangat try Kimchi. Sangat gigih. Masa tu langsung dah tak sentuh buku. Tawakal je laa. Memang masa tu betul - betul dah redha je. Yakin sangat kalau study memang tak masuk dah.

Petang, lagi sepuluh minit nak exam, dah berdiri ramai - ramai dekat pintu. Sana - sini tengok orang pegang nota. Cuak tapi cuba untuk tenang. Sebelum tu dah pesan dekat hubby, kalau tak boleh jawab, aku nak keluar je. Dia tak bagi, suruh seat dekat dewan tu sampai habis.

Duduk sebelah kawan kuliah. Tengok mereka sedang menghafal. In English. Aku dah tarik nafas. Tak tahu nak gemuruh ke apa? Tapi dalam hati nekad, apa pun terjadi, jawab je soalan dengan baik. Rasa lega sikitlah sebab dengar - dengar budak nursing hafal nota dalam BM. Dalam dewan, bukak - bukak soalan, tarik nafas sebab soalan target tak semua keluar. Tapi senyum syukur sangat sebab soalan sport keluar untuk essay. Alhamdulillah.

Lebih kurang lagi dua minggu, dah mula seat kelas untuk semester dua. Ye, orang yang paling kena tahan hati bila aku naik belajar balik adalah encik bulat. Kesian dia, hari - hari kena menghadap dahi berkerut wife dia ni. Asyik tengok muka mencuka ni ha. Asyik dengar suara ni je lah yang mengeluh. Sampaikan ada orang tu sampai naik takut nak sambung pjj bila tengok tahap stress isteri dia. Hahaha.

Stress. Jujur akui aku memang ada masalah dengan time management. Bila benda - benda yang jadi kebiasaan kena cut-off, serius mental pun macam down. Badan jadi letih sebab tak biasa lagikan. Hari ahad, pagi - pagi dah gerak dari kampung sebab nak daftar sem baru dan ambil modul. Risau gila takut sampai lambat then tak boleh nak daftar. Once dah jejak je dalam kawasan OUM, dah register, baru rasa lega sambil lenggang - lenggang kangkung nak pergi ambil modul. Semester ni ambil tiga subjek. Huhuhu.

Untuk sem ni, Encik Bulat dah siap - siap pesan. Time management kena elok. Assignment kena buat awal, submit awal, hehehehe.

yada yada yada

Last two week, masa tengah print slip pendaftaran, aku tak perasan yang aku tertinggal last page kat printer. Tiba - tiba je ofismate datang kat meja hantar last paper tu. Akak tu cakap macam tak percaya je yang now aku dah masuk sem 2, bukan akak tu je, akupun sama!

Macam - macam akak tu tanya. Susah ke? kelas pack ke? study ok? Aku dah berkelip - kelip je mata pandang dia. Tak tahu nak jawab apa. Tak akanlah nak cakap susah? patah semangat orang tu nak sambung pjj. Nak cakap senang, nampak sangat pulak riaknya.

Makanya, cakaplah So so je. Dalam hidup ni, mana ada benda yang mudah. Nak berjaya kenalah susah payah. Tak ada manusia dalam dunia ni yang nak cakap PJJ itu senang. Banyak benda nak kena korbankan. Semangat kena kuat. Kadang - kadang memang down sebab fikirkan kerja dekat opis lagi, rumah, etc etc. Tapi, gigih je laa telan semuanya. Bukannya lama, empat tahun je. T__T


Now, aku dah tak menulis manuskrip baru dah, sekarang lebih fokus pada study, kerja dan family. Dah tak ada perasaan terkejar - kejar macam dulu daa. Kalau ada pun aku nak keluarkan manuskrip baru, mungkin bukan dalam masa yang terdekat ni kot.

Ada orang cakap, buat apa nak belajar tinggi - tinggi. Dah kahwin, biarlah husband yang kerja kuat - kuat, belajar tinggi - tinggi, perempuan duduk rumah je jadik housewife. Ada jugak dari kawan - kawan aku yang jenis tak sabar nak kahwin sebab dah tak nak kerja. Nak duduk rumah jaga family je katanya.

Semua tu terpulang kepada prinsip masing - masing. Aku tak sokong dan aku tak halang. Semua orang ada prinsip, ada impian masing - masing. Mungkin bagi sesetengah orang, impian dia nak jadi housewife, nak jaga anak 24 jam. Nak anak membesar depan mata. Impian kita kan tak sama. So, tak adil langsung untuk kita judge life dan impian sesiapakan.

Macam aku, aku pilih untuk sambung belajar lagi, aku pilih untuk jadi wanita bekerjaya sebab itu impian aku. Mungkin sebab aku bekerja dekat kota KL ni, so pemikiran aku lebih berkembang pada faktor keliling, memandang sesuatu dari pelbagai sudut, berfikir untuk dua puluh tahun akan datang, bukan hanya untuk hari ini. Bila fikirkan tentang ekonomi negara hari ini, dengan segala benda yang semakin meningkat, aku sendiri tak berapa nak yakin adakah aku boleh survive dengan income seperti sekarang untuk jangkamasa dua puluh tahun lagi.

Hehehe,

k,bye sesi merepek.

 Till then~


2 comments:

  1. semoga berjaya syida! rasa bersemangat bila baca kisah org buat PJJ. nina xtau lg nk pilih course apa.

    ReplyDelete
  2. tak pe. slow2..moga semua urusan di permudahkan.bukan senang nak buat byk perkara dlm satu masa

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998