Wednesday, April 16, 2014

Currently,

Assallammualaikum (n_n)V

Since dah mula belajar ni, banyak benda dah berubah. Terutama jumlah kekerapan aku balik kampung. Bukannya tak nak balik, tapi tak sempat. T__T



Tadi masa call mak, tiba mak cakap,

"Rindu pulak mak dekat kamu."

Automatik rasa sentap. Dah berkaca - kaca dah mata ni ha. Kalau tak difikirkan semua benda - benda yang nak kena hadap hari - hari kat sini, serius aku dah balik kampung dah ni, naik bas pun aku tak kisah. Masuk hari ni dah lebih sebulan aku tak balik kampung, hampir sebulan juga tak tengok muka mak dan abah T_T

Sedihnya.

Kalau call, mostly hari - hari aku call mak. Tapi, call dengan tengok muka mak dan abah serius langsung tak sama. Kalau call, tak nampak dengan mata kepala mereka sihat ke tak, tak nampak apa yang mereka makan, tak tahu macammana keadaan sebenar mereka. Lama dah tak cium pipi mak.. cium tangan abah.. T________T

Aku sebenarnya ni baru je lepas habis final exam untuk semester 1, lepas exam sambil - sambil nak tunggu naik semester dua ni, entah kenapa perasaan tu rasa lain, mungkin sebab tiga minggu sebelum ni sangat berhempas pulas dengan assignment dan exam kot. Last paper ahad hari tu, so, mula hari isnin, aku dah rasa pelik, mungkin sebab dah jadi kebiasaan kot beberapa hari busy study.

Mengira detik nak masuk semester baru ni, kalau di ikutkan hati, aku nak sangat - sangat menghabiskan masa sendirian, nak balik kampung, nak tidur, nak baca novel, nak masak, nak makan - makan, nak tengok wayang, jalan - jalan. Rasa macam nak qadaqkan semua benda yang aku tak dapat buat during weekend lepas - lepas ni disebabkan faktor stress sendiri.

Tapi... semua tu terpaksa jadi angan - angan je laa pun, semakin rasa nak kurangkan stress, entah kenapa entah macam - macam benda je yang datang, serius sampai rasa bukan nak hilangkan stress, tapi menambahkan lagi stress yang dah sedia ada. Bosan. Menyampah. Rasa macam robot dan tak ada life.

Aku tertarik sangat - sangat dengan ayat dari Fynn Jamal yang entah daripada aku copy, aku pun tak tahu.


" suruh tengok2 hati dia
dah kecik, katanya.
suruh tengok2 perasaan dia
dah calar, katanya.

asyik kita menengok-jaga.
yang kita punya terlanyak2
ada orang tanya?


Kan? Aku harap sangat ayat Fynn Jamal ni dapat gambarkan perasaan aku sekarang ni.



 Till then~


No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998