Thursday, April 17, 2014

DIY Photobook Pertama.

Assallammualaikum (n_n)V

Dua minggu lepas, aku sempat buat photobook. Mini photobook sebenarnya. Semuanya gara - gara promosi dari pixajoy dalam entry ini. Mini photobook rm5 dari pixajoy.


Cantik ok kotak dia. Servispun bagus, genap 7 hari dah sampai kat meja aku. Hehehe :)


Muka depan, nampak sangat photobook ni dibuat dalam keadaan rushing. Silap range, silap tahun. Hahaha.


Gambar pertama yang diedit.


Again. Kecik je mini photobook ni. Ngam - ngam saiz gambar 4R tu.


Again


Muka belakang. Wajib tepek nama blog buat ingatan anak - anak kendian hari. (InshaAllah)


Disebabkan dia mini photobook, gigihlah jugak aku masuk - masuk gambar outdoor dulu. Serius ini adalah photobook pertama yang aku redeem. Semenjak aku dah pandai ber-groupon ni, kemain rajin lagi aku mencari voucher untuk photobook.

Now dah ada 5 voucher mini photobook percuma, tiga mini photobook yg beli, satu untuk yang saiz lanscape. Tak tahulah bila nak gunanya. Hahaha :)

ok, tu je kisah photobook.

Bye!


 Till then~


Wednesday, April 16, 2014

Currently,

Assallammualaikum (n_n)V

Since dah mula belajar ni, banyak benda dah berubah. Terutama jumlah kekerapan aku balik kampung. Bukannya tak nak balik, tapi tak sempat. T__T



Tadi masa call mak, tiba mak cakap,

"Rindu pulak mak dekat kamu."

Automatik rasa sentap. Dah berkaca - kaca dah mata ni ha. Kalau tak difikirkan semua benda - benda yang nak kena hadap hari - hari kat sini, serius aku dah balik kampung dah ni, naik bas pun aku tak kisah. Masuk hari ni dah lebih sebulan aku tak balik kampung, hampir sebulan juga tak tengok muka mak dan abah T_T

Sedihnya.

Kalau call, mostly hari - hari aku call mak. Tapi, call dengan tengok muka mak dan abah serius langsung tak sama. Kalau call, tak nampak dengan mata kepala mereka sihat ke tak, tak nampak apa yang mereka makan, tak tahu macammana keadaan sebenar mereka. Lama dah tak cium pipi mak.. cium tangan abah.. T________T

Aku sebenarnya ni baru je lepas habis final exam untuk semester 1, lepas exam sambil - sambil nak tunggu naik semester dua ni, entah kenapa perasaan tu rasa lain, mungkin sebab tiga minggu sebelum ni sangat berhempas pulas dengan assignment dan exam kot. Last paper ahad hari tu, so, mula hari isnin, aku dah rasa pelik, mungkin sebab dah jadi kebiasaan kot beberapa hari busy study.

Mengira detik nak masuk semester baru ni, kalau di ikutkan hati, aku nak sangat - sangat menghabiskan masa sendirian, nak balik kampung, nak tidur, nak baca novel, nak masak, nak makan - makan, nak tengok wayang, jalan - jalan. Rasa macam nak qadaqkan semua benda yang aku tak dapat buat during weekend lepas - lepas ni disebabkan faktor stress sendiri.

Tapi... semua tu terpaksa jadi angan - angan je laa pun, semakin rasa nak kurangkan stress, entah kenapa entah macam - macam benda je yang datang, serius sampai rasa bukan nak hilangkan stress, tapi menambahkan lagi stress yang dah sedia ada. Bosan. Menyampah. Rasa macam robot dan tak ada life.

Aku tertarik sangat - sangat dengan ayat dari Fynn Jamal yang entah daripada aku copy, aku pun tak tahu.


" suruh tengok2 hati dia
dah kecik, katanya.
suruh tengok2 perasaan dia
dah calar, katanya.

asyik kita menengok-jaga.
yang kita punya terlanyak2
ada orang tanya?


Kan? Aku harap sangat ayat Fynn Jamal ni dapat gambarkan perasaan aku sekarang ni.



 Till then~


Monday, April 14, 2014

Sama tapi tak serupa

Assallammualaikum (n_n)V


Minggu lepas ada tertengok montaj iklan untuk tele-movie bersiri dekat TV9, Agak terkejut jugak sebab Tajuk Movie ni hampir sama dengan manuskrip ketiga aku.

Boleh tengok entry pertama Encik Separuh jiwa dekat Penulisan2u ye.


 





Just to confirmkan bahawa E-novel ENCIK SEPARUH JIWA adalah bukan hasil ciplak daripada telemovie Separuh jiwaku eh! Tajuk je hampir sama, jalan cerita lain. Jauh 360 darjah. Macehh pada Mama Bella sebab memberi sedikit publisiti untuk Manuskrip ENCIK SEPARUH JIWA,

#Mohon izinkan saya nak perasan sikit. heheheh :)


love,
cydayusof


ps: Haters, sila jangan buat macam - macam spekulasi ye. :)



 Till then~