Friday, March 21, 2014

Salam Jumaat :)

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat petang dan salam jumaat :)



Sekarang ni, aku jarang gila up cerita dekat blog. Nak kata malas, jauh sekali... cuma masalahnya sebab tak ada masa je pun. Sepanjang masa sibuk. Dua minggu lepas, sibuk siapkan assignment dan presentation English, siap tiga malam tidur pukul tiga pagi. Lepas dah present, penuh keyakinan ada peluang nak score, assignment dah hantar, baru dapat tahu credit trasfer untuk english baru lulus. Seriuslah memang sangatlah terkejut.

Habis assignment English, busy pulak dengan kerja. Dari duduk opis atas sekarang kena berulang pergi opis tingkat dua. Redha je laa ada dua tempat sekarang ni. T_T. Dari hari jumaat sampailah semalam, gigih aku siapkan assignment Management dan Learning pulak.

Perasaan?
Toksah katalah. Tak tahu nak describe. Hari - hari tidur pukul dua. Ye, pada orang lain yang tengah full time study memanglah tak rasa susah mana. Tapi bagi aku yang buat part - time study ni, hazab jugaklah nak menghadapnya. Memang akan ada macam - macam stress yang datang pakai pakej kombo okey.

Nak menghadap kerja yang ber-date-line,
Assignment.
Kelas.
Rumah tangga.

Tipulaa kalau cakap tak stresskan? Tipulah kalau cakap tak downkan? tapi tak adalah down sampai nak berhenti... Langsung tak ada, cumanya sekarang stress sebab fikirkan aku ambil networking. Jauh sungguh menyimpangnya dari kos Electronic Engineering yang aku ambil sebelum ni. Subjek yang boleh ditransfer pulak setakat ni satu yang dah confirm, lagi dua tengah diawang - awangan.

Dah tahu susah kenapa study networking jugak?
Hahaha, aku tahu confirm ada yang bertanya gini nie.. jawapannya sebab persekitaran kerja aku dan unit aku sekarang adalah networking. So, antara nak dan tak... memang persekitaran aku benda tu. :) bunyi macam gempak je ambil networking eh? sebenarnya memang gempak pun, aku je yang tak berapa nak yakin adakah aku segempak perkataan 'networking' tu. Haih!

Dua assignment baru je submit semalam. Perasaan lepas dah submit lega dia tak boleh nak describe. Pukul enam pagi submit assignment thru online, barulah pergi kerja dengan muka happynya, balik kerja, barulah semangat duk mengemop rumah dari bilik sampai ke dapur, bawa ke toilet, basuh baju semua. Perasaan tu lain sungguh macam masa belajar diploma dulu. :)

Nak complain lebih - lebih pun macam tak sopankan, bukan ada orang paksapun, aku sendiri yang nak sambung belajar. Hari rabu hari tu, masa kena pergi meeting dekat annexe, aku jumpa seorang kakak ni.. yang aku kira memang peluang dia nak sambung study memang senang - senang je boleh dapat. dia cakap camni,

"Akak tengok orang lain sambung study, akak pun terasa nak sambung, tapi bila fikir balik, rasa macam malas pulak."

Gittew. Masa dia cakap macam tu, aku speechless! Maka, bersyukurlah pada mereka - mereka yang diberi kesempatan , diberi rasa, diberi semangat untuk sambung belajar. Since aku dah mula belajar ni, bila dah jumpa dengan orang - orang yang sama - sama belajar macam aku, automatik aku jadi terinspirasi. jujur, sejak dah mula belajar ni, pemikiran pun semakin terbuka, bergaul dengan orang - orang yang ambil pjj memang sangat lain. Sangat nampak matlamat dorang. Aura dorang nak sambung belajar to the end sangat mengkagumkan. Ada tu, umur dah menjangkau 46 tahun tapi masih bersemangat nak cari ilmu.

Okey habis bab tu.



Rezeki. Lately ni aku selalu di 'ingatkan' tentang benda ni. Semalam, masa dekat surau ada jumpa seorang kakak, dia tanya pasal kerja, tanya either aku staff permanant or bukan. Aku cakap ye, terus dia cakap, 'Alhamdulillah, syukur.' aku senyum je lah sebab aku tak kenal langsung akak tu.

Jangan cakap akak tu, aku sendiripun sangat - sangat bersyukur sebab rezeki aku dekat sini, dekat tempat ni, dekat bumi KL yang mati - mati aku cakap tak suka ni. Ye, dekat bumi Kuala Lumpur yang aku tak suka ni laa rezeki aku. Paling ironinya, memang tengah - tengah KL ni laa opis aku. Kuasa Allah, apa yang kita tak suka itu yang kita dapat, plus... Allah hadiahkan hubby yang memang sejak lahir - lahir je memang diberanakkan dekat hospital Kuala Lumpur. Gittew.

Beberapa hari lepas pulak aku dapat satu call dari rumah buku yang aku tak sangka pun dia akan call. Masa menjawab call tu, aku langsung tak ada perasaan. Blur. Tak tahu nak cakap ye atau tak. Ikutkan, since aku habis menulis tahun lepas, until now aku langsung tak open manuskrip baru langsung. Aku takut aku dah tak cukup kuat nak adapt dengan pelbagai jenis ragam manusia, plus sekarang aku busy gila tahap rasa 24 jam tu tak cukup langsung. Tapi, sebagai seorang manusia yang suka menulis, aku rasa, aku nak cuba cari masa untuk tetap masukkan cerita baru kat blog penulisan aku tu. Orang suka ke tak tu tak kisah as long aku tahu itu minat aku. :) aku buat sebab aku suka, dan tetap sebab aku suka. Eh!

Semoga kali ni ada rezekinya. InsyaAllah :)

Itu je laa nak cerita kot, gambar ada, tapi malas nak transfer, inshaAllah, kalau rajin aku transfer gambar dan up cerita baru eh. Lately ni busy dia lain macam sangat, sampai tahap letak kepala je terus lelap. Dah dua kali dah aku tertidur dekat opis secara tak sengaja. Mengantuk gila - gila ah.

Tak apalah, bersusah - susah dahulu, bersenang - senang kemudian. :)


K, bye


Till then~


1 comment:

  1. nina pun nk buat pjj tp alamak hari sabtu pun kena kerja.. sedihhh tp beruntung shida boleh buat pjj. syukur tau :) bt yg terbaik. hehee

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998