Tuesday, March 04, 2014

Luahan Perasaan...

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat malam.

Lately ni, ke baru minggu ni eh, aku lemau gila. Bila bukak je lappy nak buat assignment, automatik mata jadi berat sangat. Kunci jam kengkonon nak bangun pukul 4. 00 pagi, tapi terlajak sampai pukul 6.00 pagi. Lunch hour, kengkonon tak nak makan sebab nak buat assignment, tapi ada je benda lain yang aku sibuk layan, kengkonon tak nak layan fb, rasa macam baru tengok kejap je, sedar - sedar dah pukul 2 petang.

Alahai, suka sangat buat benda lagha :(

Inipun tiba - tiba rasa malas nak buat assignment, itu yang aku update blog ni. Ngantuk gila rasa ni, esok confirm lagi penat ni sebab esok kena site visit. Rasa macam blank je, presentation hari sabtu. Entah sempat entahkan tidak nak buat assignment dengan power point ni. Now tak ada langsung rasa nerveous nak present, yang ada cuma rasa penat.


Secara fizikal, memang aku bukan kerja berat, jauh sekali menggunakan tulang empat kerat untuk angkat batu - bata. Tapi mental aku penat. Penat sebab hadap programming. Hari - hari tengok nombor, tengok pc, sampai rasa otak pun dah blank. Huhuhu.

Lately ni, hati pun ikut berdebar bila fikirkan exam bulan depan. Kiranya, bulan ni memang jadual aku pack gila. Sebabkan rasa penat dan malas, hari ni pun aku macam tak ada mood langsung nak pergi belajar system dengan vendor.

Aku just siapkan kerja sikit, lepas tu email kat boss kecil. Lain - lain aku cuma pandang je microsoft excel depan mata. Lepas tu shopping online sikit.

Gittew. Sangat bengong buat menda tak berfaedah je hari ni. Sengaja minta kena lempang. Hoih! rasa macam nak marah je dengan diri sendiri. Awatlah perangai gini haih!

Malasnya bertingkek - tingkek

Sekian, luahan kepochi dari saya.

#ngantuksangatni

k.bye!

 Till then~


No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998