Thursday, March 13, 2014

Last Week.

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat petang dan salam khamis. Actually, rasa macam lama gila dah tak update cerita pasal diri sendiri. Ye laa, like orang lain, aku pun sibuk nak ambil tahu cerita pasal MH370,

Okey, Mula - mula nak show off gambar hadiah kahwin dari kakak opis. Hehehe.. besar dan berat. Balik rumah, bukak - bukak rupanya set periuk dua belas biji. Nampak macam mahal je. Ini yang buat sayang nak guna ni. Hehehe.

Serius memang tak jangkapun akk opis akan bagi hadiah sebab dah jadi pengantin basikan. :) Inai pun dah tinggal hujung ibu jari je ni ha. :)


Cerita pasal belajar, sebenarnya ni baru je lepas register online subjek untuk semester dua. Semester depan ambil tiga subjek je. Punyalah kengkonon nak drop subjek dan tambah subjek lain sebab nak satu kelas dengan kawan. Tapi tetap tak boleh sebab kawan aku tu dah transfer kredit untuk subjek yang aku nak satu kelas dengan dia tu. Terlupa bahawasanya hari tu mula - mula masuk belajar memang lone ranger je.. tak ada pun fikir pasal belajar nak berkawan semua ni, boleh je survive nih. Sem depan ada satu kelas je, yang dua subjek lagi belajar online je. Sem depan aku memang target kelas awal. Siap ambil kelas pukul 8.00 pagi lagi. Okeylah, pergi awal balik awal. Balik rumah boleh rehat. :)


Habis pasal tu, bawah cerita lain pulak.


Khamis lepas, follow hubby pergi Airport Subang sebab dia ada kerja dekat DCA. Besar gila tempat ni. Sempat jugaklah usha bakal - bakal pilot ni. Not bad.. part paling best sebab ada pilot perempuan kot. hehehehe :)

Perkenalkan, This is Encik Bulat. Inilah hubby comel saye :)


Bestlah sebab dapat tengok kapal terbang, dah macam bas je. Teringin nak tangkap gambar tengah - tengah runaway tu tapi takut kena marah. Hahaha :) 


Hari sabtu tu, balik kelas singgah lagi dekat Airport Subang, tapi kali ni tak masuk sebab malas. Masa menunggu tu sempatlah snap gambar kapal terbang bawah ni. Masa snap gambar ni, MH370 tu baru beberapa jam je hilang, masa tu lah encik Bulat bagitahu apa yang orang - orang sana cerita. Sedih je bila teringatkan pasal MH370 tu. Hari tu masa aku balik dari kampungpun, kapal terbang ada gegaran, Tengah - tengah peramugari tu serve air panas terus dia stop sebab air panas tu tumpahkan, lama diorang menghilang... beberapa minit lepas tu baru datang balik serve air sejuk pulak. Sedangkan gegaran macam tu pun muka dorang dah cuak, inikan pulak berada dalam MH370. Tak dapat nak bayangkan perasaan sendiri kalau berada di situasi MH370 tu. Memang tawakal je laa.


Dah nak masuk seminggu ni, macam - macam spekulasi keluar pasal MH370 tu. Harap - harap ada berita gembiralah eh. 

Erm... Tak tahu nak cerita apa sebenarnya ni sebab sekarang aku tengah busy. Macam - macam benda fikir.. Ni tambah lagi nak fikir pasal air. Semalam dan hari ni dah laa air tak ada. Penat gila semalam duk mencari air sampai ke Saujana Utama dengan Encik Bulat. Nak angkat lagi masuk rumah. Serius aku tak perasaan langsung memo dekat dinding yang dah ada petang semalam. Entah bila entah dia tampal. Nasiblah hubby balik dari Johor petang semalam, kalau tak memang confirm semalam dengan hari ni aku tak mandi!

Confirm dah boleh register persatuan Kambing. T__T

No worries, bak kata abah... kambing mahal! hahhaha.

Sekian hasil merepek hari ni. Alahai!

k.bye!



 Till then~

5 comments:

  1. baik kakak2 opis tu kan..jimat la nak beli periuk belanga bagai...alhamdulillah..rezeki pengantin baru

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum syida.. sihat ke? alhamdullilah sheila dengan baby sihat. hmm sedihnya teringatkan mh370 tu. semoga dipermudahkan urusan pencariannya dengan izin Allah Taala. bestlah ada kawan ofis yang baik beri hadiah untuk pengantin baru ni. hihi... selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
  3. tu la best ada kwn kann..hehe.
    selamat pengantin baru.boleh? :D

    ReplyDelete
  4. bestnyer dapat hadiah
    harap2 ada berita gembira dari hasil pencarian mh370

    ReplyDelete
  5. dh xpyh beli periuk.. dh ade org bg.. untung2.. hehe..

    same2 la kite doakan agar MH370 jumpa dalam keadaan selamat..

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998