Wednesday, March 26, 2014

ww: Doa


#Re-Post
#Autopublish

Mini Photobook RM5 dari Pixajoy!

Assallammualaikum (n_n)V 

Haiiiiii..
Selamat pagi.

Lately ni, aku suka gila tengok - tengok voucher, latest, aku baru terperasan-kan tentang Miniphotobook RM5 dari pixajoy ni.



Bulat je mata bila tengok, hadcover kot! rugi kalau tak cuba, RM5 je kot. Hari tu aku beli yang 6 x 6 softcoverpun RM12, so.. alang - alang dah nampak promotion ni, memang kena grap nih! 

Korang yang berminat, boleh pergi ke laman web pixajoy.


Kemudian masukkan referrer code ni: FL3US85R

Jom try sama - sama. RM5 je kot! :)


K, bye!


 Till then~


Tuesday, March 25, 2014

#MH370

Assallammualaikum (n_n)V 

Semalam, dalam pukul 10.00 malam, tengah layan cerita dekat tv 9 sambil kemas, tiba - tiba tengok PM live. Erm.. tengok reaksi beliau rasa macam nak umumkan berita sedih je.

Actually, memang sedih pun. Pukul 10. 00 malam, akhirnya terungkai dah misteri MH370. Sedihnya alahai.. Pagi ni, sampai office, fikiran masih terfikirkan pasal kapal terbang tu, dengar dekat radio, semua lagu sedih - sedih sambil disulami dengan bacaan Al-fatihah, sayu je rasa.

Agak - agaknya, ada tak somebody yang selamat? macam cerita Life of Pie tu ke. Serius, Macam tak percaya je bila tengok Press conference semalam. Kalaulah ada keajaiban terjadi...


Al- fatihah,

Rest-in- peace MH370. Susah nak percaya, tapi kena redha jugakkan, semua orang sedih, keluarga terdekat dengan mangsa lagi sedihkan. Hilang sebelah sayap untuk bergantung. Hilang sebelah sayap untuk berpaut.

Semoga usaha SAR tu membuahkan hasil. Semoga segala misteri terungkai.
Insha-Allah.



 Till then~

Friday, March 21, 2014

Salam Jumaat :)

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat petang dan salam jumaat :)



Sekarang ni, aku jarang gila up cerita dekat blog. Nak kata malas, jauh sekali... cuma masalahnya sebab tak ada masa je pun. Sepanjang masa sibuk. Dua minggu lepas, sibuk siapkan assignment dan presentation English, siap tiga malam tidur pukul tiga pagi. Lepas dah present, penuh keyakinan ada peluang nak score, assignment dah hantar, baru dapat tahu credit trasfer untuk english baru lulus. Seriuslah memang sangatlah terkejut.

Habis assignment English, busy pulak dengan kerja. Dari duduk opis atas sekarang kena berulang pergi opis tingkat dua. Redha je laa ada dua tempat sekarang ni. T_T. Dari hari jumaat sampailah semalam, gigih aku siapkan assignment Management dan Learning pulak.

Perasaan?
Toksah katalah. Tak tahu nak describe. Hari - hari tidur pukul dua. Ye, pada orang lain yang tengah full time study memanglah tak rasa susah mana. Tapi bagi aku yang buat part - time study ni, hazab jugaklah nak menghadapnya. Memang akan ada macam - macam stress yang datang pakai pakej kombo okey.

Nak menghadap kerja yang ber-date-line,
Assignment.
Kelas.
Rumah tangga.

Tipulaa kalau cakap tak stresskan? Tipulah kalau cakap tak downkan? tapi tak adalah down sampai nak berhenti... Langsung tak ada, cumanya sekarang stress sebab fikirkan aku ambil networking. Jauh sungguh menyimpangnya dari kos Electronic Engineering yang aku ambil sebelum ni. Subjek yang boleh ditransfer pulak setakat ni satu yang dah confirm, lagi dua tengah diawang - awangan.

Dah tahu susah kenapa study networking jugak?
Hahaha, aku tahu confirm ada yang bertanya gini nie.. jawapannya sebab persekitaran kerja aku dan unit aku sekarang adalah networking. So, antara nak dan tak... memang persekitaran aku benda tu. :) bunyi macam gempak je ambil networking eh? sebenarnya memang gempak pun, aku je yang tak berapa nak yakin adakah aku segempak perkataan 'networking' tu. Haih!

Dua assignment baru je submit semalam. Perasaan lepas dah submit lega dia tak boleh nak describe. Pukul enam pagi submit assignment thru online, barulah pergi kerja dengan muka happynya, balik kerja, barulah semangat duk mengemop rumah dari bilik sampai ke dapur, bawa ke toilet, basuh baju semua. Perasaan tu lain sungguh macam masa belajar diploma dulu. :)

Nak complain lebih - lebih pun macam tak sopankan, bukan ada orang paksapun, aku sendiri yang nak sambung belajar. Hari rabu hari tu, masa kena pergi meeting dekat annexe, aku jumpa seorang kakak ni.. yang aku kira memang peluang dia nak sambung study memang senang - senang je boleh dapat. dia cakap camni,

"Akak tengok orang lain sambung study, akak pun terasa nak sambung, tapi bila fikir balik, rasa macam malas pulak."

Gittew. Masa dia cakap macam tu, aku speechless! Maka, bersyukurlah pada mereka - mereka yang diberi kesempatan , diberi rasa, diberi semangat untuk sambung belajar. Since aku dah mula belajar ni, bila dah jumpa dengan orang - orang yang sama - sama belajar macam aku, automatik aku jadi terinspirasi. jujur, sejak dah mula belajar ni, pemikiran pun semakin terbuka, bergaul dengan orang - orang yang ambil pjj memang sangat lain. Sangat nampak matlamat dorang. Aura dorang nak sambung belajar to the end sangat mengkagumkan. Ada tu, umur dah menjangkau 46 tahun tapi masih bersemangat nak cari ilmu.

Okey habis bab tu.



Rezeki. Lately ni aku selalu di 'ingatkan' tentang benda ni. Semalam, masa dekat surau ada jumpa seorang kakak, dia tanya pasal kerja, tanya either aku staff permanant or bukan. Aku cakap ye, terus dia cakap, 'Alhamdulillah, syukur.' aku senyum je lah sebab aku tak kenal langsung akak tu.

Jangan cakap akak tu, aku sendiripun sangat - sangat bersyukur sebab rezeki aku dekat sini, dekat tempat ni, dekat bumi KL yang mati - mati aku cakap tak suka ni. Ye, dekat bumi Kuala Lumpur yang aku tak suka ni laa rezeki aku. Paling ironinya, memang tengah - tengah KL ni laa opis aku. Kuasa Allah, apa yang kita tak suka itu yang kita dapat, plus... Allah hadiahkan hubby yang memang sejak lahir - lahir je memang diberanakkan dekat hospital Kuala Lumpur. Gittew.

Beberapa hari lepas pulak aku dapat satu call dari rumah buku yang aku tak sangka pun dia akan call. Masa menjawab call tu, aku langsung tak ada perasaan. Blur. Tak tahu nak cakap ye atau tak. Ikutkan, since aku habis menulis tahun lepas, until now aku langsung tak open manuskrip baru langsung. Aku takut aku dah tak cukup kuat nak adapt dengan pelbagai jenis ragam manusia, plus sekarang aku busy gila tahap rasa 24 jam tu tak cukup langsung. Tapi, sebagai seorang manusia yang suka menulis, aku rasa, aku nak cuba cari masa untuk tetap masukkan cerita baru kat blog penulisan aku tu. Orang suka ke tak tu tak kisah as long aku tahu itu minat aku. :) aku buat sebab aku suka, dan tetap sebab aku suka. Eh!

Semoga kali ni ada rezekinya. InsyaAllah :)

Itu je laa nak cerita kot, gambar ada, tapi malas nak transfer, inshaAllah, kalau rajin aku transfer gambar dan up cerita baru eh. Lately ni busy dia lain macam sangat, sampai tahap letak kepala je terus lelap. Dah dua kali dah aku tertidur dekat opis secara tak sengaja. Mengantuk gila - gila ah.

Tak apalah, bersusah - susah dahulu, bersenang - senang kemudian. :)


K, bye


Till then~


Thursday, March 13, 2014

Last Week.

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat petang dan salam khamis. Actually, rasa macam lama gila dah tak update cerita pasal diri sendiri. Ye laa, like orang lain, aku pun sibuk nak ambil tahu cerita pasal MH370,

Okey, Mula - mula nak show off gambar hadiah kahwin dari kakak opis. Hehehe.. besar dan berat. Balik rumah, bukak - bukak rupanya set periuk dua belas biji. Nampak macam mahal je. Ini yang buat sayang nak guna ni. Hehehe.

Serius memang tak jangkapun akk opis akan bagi hadiah sebab dah jadi pengantin basikan. :) Inai pun dah tinggal hujung ibu jari je ni ha. :)


Cerita pasal belajar, sebenarnya ni baru je lepas register online subjek untuk semester dua. Semester depan ambil tiga subjek je. Punyalah kengkonon nak drop subjek dan tambah subjek lain sebab nak satu kelas dengan kawan. Tapi tetap tak boleh sebab kawan aku tu dah transfer kredit untuk subjek yang aku nak satu kelas dengan dia tu. Terlupa bahawasanya hari tu mula - mula masuk belajar memang lone ranger je.. tak ada pun fikir pasal belajar nak berkawan semua ni, boleh je survive nih. Sem depan ada satu kelas je, yang dua subjek lagi belajar online je. Sem depan aku memang target kelas awal. Siap ambil kelas pukul 8.00 pagi lagi. Okeylah, pergi awal balik awal. Balik rumah boleh rehat. :)


Habis pasal tu, bawah cerita lain pulak.


Khamis lepas, follow hubby pergi Airport Subang sebab dia ada kerja dekat DCA. Besar gila tempat ni. Sempat jugaklah usha bakal - bakal pilot ni. Not bad.. part paling best sebab ada pilot perempuan kot. hehehehe :)

Perkenalkan, This is Encik Bulat. Inilah hubby comel saye :)


Bestlah sebab dapat tengok kapal terbang, dah macam bas je. Teringin nak tangkap gambar tengah - tengah runaway tu tapi takut kena marah. Hahaha :) 


Hari sabtu tu, balik kelas singgah lagi dekat Airport Subang, tapi kali ni tak masuk sebab malas. Masa menunggu tu sempatlah snap gambar kapal terbang bawah ni. Masa snap gambar ni, MH370 tu baru beberapa jam je hilang, masa tu lah encik Bulat bagitahu apa yang orang - orang sana cerita. Sedih je bila teringatkan pasal MH370 tu. Hari tu masa aku balik dari kampungpun, kapal terbang ada gegaran, Tengah - tengah peramugari tu serve air panas terus dia stop sebab air panas tu tumpahkan, lama diorang menghilang... beberapa minit lepas tu baru datang balik serve air sejuk pulak. Sedangkan gegaran macam tu pun muka dorang dah cuak, inikan pulak berada dalam MH370. Tak dapat nak bayangkan perasaan sendiri kalau berada di situasi MH370 tu. Memang tawakal je laa.


Dah nak masuk seminggu ni, macam - macam spekulasi keluar pasal MH370 tu. Harap - harap ada berita gembiralah eh. 

Erm... Tak tahu nak cerita apa sebenarnya ni sebab sekarang aku tengah busy. Macam - macam benda fikir.. Ni tambah lagi nak fikir pasal air. Semalam dan hari ni dah laa air tak ada. Penat gila semalam duk mencari air sampai ke Saujana Utama dengan Encik Bulat. Nak angkat lagi masuk rumah. Serius aku tak perasaan langsung memo dekat dinding yang dah ada petang semalam. Entah bila entah dia tampal. Nasiblah hubby balik dari Johor petang semalam, kalau tak memang confirm semalam dengan hari ni aku tak mandi!

Confirm dah boleh register persatuan Kambing. T__T

No worries, bak kata abah... kambing mahal! hahhaha.

Sekian hasil merepek hari ni. Alahai!

k.bye!



 Till then~

Tuesday, March 11, 2014

MH370: Dengar Nada Dering.

Assallammualaikum (n_n)V




Ada terdengar pasal ni dekat radio mana entah semalam. Ni baru jumpa berita ni. Ya Allah... harap - harap masih ada harapankan.

Satu kemusykilan sebab mana mungkin boleh dapat nada deringkan. Erm... harap - haraplah semoga mereka semua selamat, tapi orang - orang yang cari je tak nampak dorang tapi dorang nampak semua orang yang tengah cari dorang.

Sedihnya.

#PRAYFORMH370



Sumber: SINI


 Till then~


Sensitiflah sikit kak! part 2

Assallammualaikum (n_n)V 

Kita yang lain ni punyalah berharap agar mangsa #MH370 ni ditemui selamat, dia boleh pulak gitu.
Bengong!


 Till then~

Monday, March 10, 2014

Sensitiflah sikit kak!

Assallammualaikum (n_n)V 


Dang! ada jugak orang macam ni. Kalau nak buat maksiat tak payah nak pergi Beijing kakak,
Duduk dekat Malaysia ni pun dah ada banyak tempat, Nak buat maksiat ni ikut hati, ikut niat, bukan ikut tempat.

Apa ke bengong sangat kakak ni. 

Tampo laju - laju kang, haih!

Langsung tak sensitip.




 Till then~


#PrayforMH370

Assallammualaikum

Salam isnin dan selamat pagi.


Since pagi sabtu lepas, aku memang mengikuti cerita tentang MAS 370 ni. Pagi tu, aku dah lah busy siapkan presentation sebab sabtu tu aku ada kelas. Tertengok berita terkini tv3 pasal ni. Perasaan mula - mula terkejut, sebab hubby memang tengah handle projek dekat DCAkan.. berkali - kali aku tanya hubby betul ke dia tak ada kaitan dengan berita tu, dan berkali - kali jugak dia cakap tak ada.

Pagi tu, masa drop En-Bulat kat Subang Airport, aku pandang je bangunan DCA itu. Tertanya - tanya macammana boleh hilang, apa khabarnya agaknya MH370 tu eh.

Lepas habis kelas, singgah ke Subang Airport nak ambil Encik Bulat, tapi dia cakap kerja tak habis lagi. Sedih pulak bila dengar Encik Bulat cerita pasal MH370 tu. Siap tunjuk segala whatsapp bagai :(

Semoga ada berita gembira pasal MH370 ni, Sepanjang hari aku tengok Astro Awani, tertunggu - tunggu pasal kisah ni. Semoga semuanya okey, Insha-Allah tak ada yang mustahil.

 #PrayforMH370




 Till then~

Tuesday, March 04, 2014

Luahan Perasaan...

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat malam.

Lately ni, ke baru minggu ni eh, aku lemau gila. Bila bukak je lappy nak buat assignment, automatik mata jadi berat sangat. Kunci jam kengkonon nak bangun pukul 4. 00 pagi, tapi terlajak sampai pukul 6.00 pagi. Lunch hour, kengkonon tak nak makan sebab nak buat assignment, tapi ada je benda lain yang aku sibuk layan, kengkonon tak nak layan fb, rasa macam baru tengok kejap je, sedar - sedar dah pukul 2 petang.

Alahai, suka sangat buat benda lagha :(

Inipun tiba - tiba rasa malas nak buat assignment, itu yang aku update blog ni. Ngantuk gila rasa ni, esok confirm lagi penat ni sebab esok kena site visit. Rasa macam blank je, presentation hari sabtu. Entah sempat entahkan tidak nak buat assignment dengan power point ni. Now tak ada langsung rasa nerveous nak present, yang ada cuma rasa penat.


Secara fizikal, memang aku bukan kerja berat, jauh sekali menggunakan tulang empat kerat untuk angkat batu - bata. Tapi mental aku penat. Penat sebab hadap programming. Hari - hari tengok nombor, tengok pc, sampai rasa otak pun dah blank. Huhuhu.

Lately ni, hati pun ikut berdebar bila fikirkan exam bulan depan. Kiranya, bulan ni memang jadual aku pack gila. Sebabkan rasa penat dan malas, hari ni pun aku macam tak ada mood langsung nak pergi belajar system dengan vendor.

Aku just siapkan kerja sikit, lepas tu email kat boss kecil. Lain - lain aku cuma pandang je microsoft excel depan mata. Lepas tu shopping online sikit.

Gittew. Sangat bengong buat menda tak berfaedah je hari ni. Sengaja minta kena lempang. Hoih! rasa macam nak marah je dengan diri sendiri. Awatlah perangai gini haih!

Malasnya bertingkek - tingkek

Sekian, luahan kepochi dari saya.

#ngantuksangatni

k.bye!

 Till then~