Tuesday, February 18, 2014

Pengalaman Beli Rumah Subsale Part 2

Assallammualaikum (n_n)V


Hai!
Adeh, malas gila nak menaip. Tapi disebabkan benda ni dah lama pending, So, upkan juga cerita ni. Harap maklum, entry ni bukan nak show off tau. Tak ada niat apa - apapun, cuma nak membantu korang - korang semua buat perancangan untuk beli rumah jek. Janganlah fikir lain pulak, aku pun manusia biasa je, tak ada apa benda nak tunjukpun. Aku ni pun tak sempurna,

Jurunilai rumah
SnP


Sebelum ni pasal part 1 kan, yang ni up pasal part 2 pulak. Masa sign SnP dekat lawyer firm, kerani tu bagi aku satu borang warna kuning yang tertulis Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor. Sebelum tu, memang seller ada bagitahu yang rumah tu bawah negeri selangor. Ala - ala rumah PRIMA tu lah. Bila baca syarat dalam tu memang gerunlah jugak.

Antaranya,


  • Menetap di Selangor/Kuala Lumpur lebih dua tahun.
  • Gaji bawah RM2500 (bujang/kahwin)
  • Pemohon mahupun pasangan tiada rumah di mana - mana kawasan dalam lembah klang,
  • Rumah dibeli bertujuan untuk tempat tinggal.


Lebih kurang macam tu lah, kena isi elok - elok lepas tu mintak pengesahan bos. Sertakan sekali Surat Akuan Bujang, Surat pengesahan pendapatan, ic tak silap aku. Lepas dah isi, hantar balik pergi lawyer firm. Nanti dorang yang akan hantar pada LPNS. Entah kenapa, lepas sign SnP aku rasa tak sedap hati je dengan lawyer firm yang aku pilih tu. Sebabnya, Encik Bulat cakap, masa dia beli rumah lawyer sendiri yang tunggu kte sign SnP, tapi masa time aku macam lawyer entah kemana entah, dibiarkannya saja kerani dia yang uruskan. Masa tu aku buat senyap lagi sebab mengenangkan rumah aku rumah murah je, so lawyer malas nak buang masa :(

Dua minggu lepas hantar borang kuning tu, aku call balik lawyer firm nak tanya progress. Dia cakap dah hantar dekat LPNS, entah macammana, aku rasa macam tak sedap hati. So, aku pun gigihlah google laman web LPNS, dari satu nombor ke satu nombor aku call untuk cari orang yang in-charge tentang rumah kos rendah ni. Alhamdulillah, dorang banyak membantu.

Perasaan mula - mula memang terkilan sangat bila dapat call orang yang in-charge tu, dia cakap lawyer firm tak hantar lagi borang kuning tu. Aku siap suruh akak tu cek dua kali. Dia cakap memang tak ada. Dia siap suruh confirmkan balik dengan lawyer. Serius aku mula dah panas hati sebab seseorang yang kerja dekat lawyer firm boleh tipu orang gitu je.

Encik Bulat call direct ke lawyer, entah apa entah lawyer tu cakap dekat staff dia, tiba - tiba cakap borang tu tak hantar lagi. Serius sakit jiwa. Lawyer tu siap suruh despatch dia hantar borang tu hari yang Encik Bulat call tu. Kenapa aku nak rushing hantar ke LPNS? sebab, masa tu dah nak dekat pilihanraya, lebih kurang empat minggu nak pilihanraya, aku tak nak borang aku pending lama dekat pejabat menteri besar. Seminggu lepas lawyer firm hantar borang tu dekat LPNS, aku call lagi LPNS untuk confirmkan. Kali ni dorang kata borang aku ada, tapi nak proses ambil masa sebulan.

Masa tu jangan cakaplah, risau gila sebab semua tu kan berkait dengan politik negeri selangor. Berdoa - doa aku jangan negeri selangor tukar kerajaan. Kalau tukar, memang pending lamalah borang tu. Dua minggu lepas pilihanraya, aku call lagi LPNS, dorang cakap menteri besar masuk kerja hujung bulan enam rasanya, sebab hujung bulan enam baru nak angkat sumpah.

Memang aku jadi orang yang sangat alert dengan politik negeri selangor. Dengar je menteri besar dah angkat sumpah, baru lega. Seminggu lepas tu, call lagi LPNS, dorang cakap borang aku dah lulus, suruh aku call lawyer firm suruh ambil surat tu. Sakit hati sebenarnya sebab aku yang call LPNS follow up sendiri pasal rumah aku.

Bila dia dah cakap gitu, aku call lah lawyer firm, bercakap dengan kerani yang incharge SnP aku. Beriya - iya aku suruh dia tolong ambil cepat borang tu. Dia kata okey, seminggu aku biarkan, tak puas hati sebab lawyer firm masih buat senyap. Aku call kerani tu balik,dia boleh cakap tunggu LPNS yang pos sendiri. Masa tu darah dah menyirap je dengar.

Aku call balik LPNS nak confirmkan, LPNS cakap, lawyer firm kena datang sendiri tak payah nak tunggu LPNS inform apa - apa lagi. Siap dorang suruh aku cakap dekat lawyer firm datang bawak cop company lagi. Berbulu je rasa sebab terpaksa jadi operator tak berbayar. Disebabkan dah nak naik hantu mengenangkan pasal kerani lawyer firm tu, aku call direct dekat lawyer tu. Lawyer tu pun macam nak tak nak je layan. Disebabkan aku bengang, aku SMS lawyer tu. Bila dah baca SMS tu barulah dia arahkan despatch dia pergi ambil surat dari LPNS tu dekat Shah Alam. Serius rasa macam pahat dan tukul. Aku pernah call seller bagitahu pasal kerani tu, seller bagi nombor telefon lain suruh cakap dengan pekerja lain, bila aku call, dan dan kerani yang incharge SnP aku tu yang jawab, langsung tak bagi peluang cakap dengan orang lain.

Malas nak layan.

Dua tiga hari lepas tu, Lawyer bank pulak call suruh datang sign agreement dengan bank. Masa tu memang rasa lawyer bank professional gila, walaupun lawyer bank yang berketurunan perempuan melayu tu bukan main eksyen lagi dengan aku. Memang lawyer perempuan tu eksyen okey, ingatkan lulusan oversea, rupanya UIA je pun, tapi lagak dia kemain tak menahan. Masa sign agreement dengan lawyer bank, serius banyak, sampai lenguh - lenguh tangan. Oh, lupa... fee untuk Lawyer bank pun around RM2K jugak eh. Yang ni aku buat transfer dari akaun cimb clicks je.

Lepas dah sign dengan lawyer bank, tanyalah dengan dia bila boleh dapat rumah? dia cakap tak lama, dalam dua minggu lagi. Dah berbunga - bunga dah hati masa tu. So, dengan cekalnya tunggulah dua minggu. Dari dua minggu pertama, call dia cakap dua minggu lagi, call lagi, dia cakap dua minggu lagi. Call lagi, dia kata ada masalah dekat bank. Disebabkan tak puas hati, aku pergilah bank terdekat tanya tentang loan tu, bank cakap sebab lama sangat tunggunya, loan perumahan aku tu di KIV, dah hantar dekat HQ penang, Kena tunggu dulu, kalau nak cepat kena deal dengan person yang incharge pasal loan aku tu.

Masa tengah deal bank pasal KIV loan tu, aku sempat pergi booking perabot kat kedai uncle kat Pekan Paya Jaras, Sungai Buloh, semangat booking awal - awal sebab masa tu dah ada ura - ura bulan 11 barang naik. So, gigihlah pergi booking sofa L-shape, meja tv, meja makan, set bilik tidur utama semua. Sebabkan takut booking pending, atau dengan kata lainnya takut cina tu jual perabot yang aku booking tu dekat orang lain, gigih aku buat surat pinjam kunci rumah dari owner, so ambillah kunci rumah dekat seller yang uruskan pasal jual rumah tu. Syaratnya, lepas aku masukkan segala sofa dan meja tu, aku kena pulangkan balik kunci tu dekat lawyer firm. Aku okey je lah.

Lepas dapat kunci, Encik Bulat memang suruh aku siap - siap duplicate kunci sebab aku dah mula angkut barang sikit - sikit dari rumah sewa. Tapi tak adalah aku duduk rumah ni terus sebab air dan elektrik memang dah kena potong. Dah bawa masuk perabot, kunci aku pulangkan balik pada kerani yang incharge SnP tu. Sabar je lah rasa tengok muka akak tu :(

Sakitlah hatikan, sebab masa aku banyak terbuang nak uruskan hal ni, call orang sana - sini lagi. Dalam - dalam tunggu semua benda settle, aku pergi KWSP untuk keluarkan akaun kedua tu. Ingatkan senang, rupanya susah gila, hampir - hampir nak give up dah. Salah kecil pun, bodoh - bodoh sebab salah nombor lot pun kena pangkah. Hazabedah betul sebab kena pergi jumpa balik kerani dekat lawyer firm minta dia buatkan surat pengesahan, kena pergi bank mintak surat pembetulan, pergi bank jumpa person incharge, dia boleh cakap yang surat tu HQ Penang dah sent dekat lawyer bank. Sabar je lah, masa jumpa person yang incharge pasal loan tu, siap mintak tolong dia highlightkan cepat loan aku sebab masa tu tinggal berapa bulan je lagi nak kawen. Dia cakap okey,

Masa pergi ambil surat dekat Lawyer bank, boleh pulak lawyer perempuan tu buat perangai kerek dia, kita dah dua kali jejak office dia, bila datang lagi sekali dia buat kita dah macam peminta sedekah je, buat - buat tak kenal, macamlah customer dia dalam sebulan ada 1000 orang, padahal aku nak minta surat pembetulan dari bank je. Lawyer bank ni pun boleh tahan menyakitkan hati, perangai sama naik dengan staff dia juga, cakap dengan orang kasar kot. Mentang - mentang dah dapat duit, kemain dia layan orang macam sampah.

Disebabkan perangai lawyer bank dan staff gitu, laju je Encik Bulat mengadu dekat person yang incharge loan aku tu. Tak tahulah apa orang bank cakap, yang aku tahu, lepas tu lawyer tu terus masam, call pun tak angkat dah. Biasalah, melayukan... bila dah dekat atas, terus kaki tak jejak dekat tanah.

DOA

Nak keluarkan KWSP memang susah. Ada je benda yang tak kena. Last - last Encik Bulat pergi balik lawyer firm tu nak mintak surat, kerani yang incharge pasal SnP aku tu dah tak ada. Kawan dia bagi je Deed of Assignment (DOA) sebab dia tahu aku nak keluarkan KWSP. Yang KWSP ni pun, dua kali pergi tempat berbeza ada je masalahnya. Last - last pergi ke Wangsa Maju, Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Beberapa hari lepas tu duit masuk dalam account. Bila dah dapat duit KWSP, aku pun mulalaa survey barang - barang elektronik ruamh, itu yang mula beli mesin basuh dan peti ais pakej dengan tv sekali tu,

Seminggu lepas tu ada kerani dari lawyer firm (SnP) call cakap dah boleh masuk rumah. Perasaan masa tu macam tak percaya je sebab banyak gila dugaan nak dapatkan rumah tu. So, pergilaa lawyer firm nak ambik kunci, kerani tu pun macam terkejut sebab aku cakap dah pulangkan kunci. Tak sangka langsung punya busuk hati kerani lama yang incharge SnP tu siap bawak lari kunci rumah aku kot. Bila dah jadi gitu, lawyer firm yang take over tu minta maaf. Aku dengan Encik Bulat pun cakap tak apa sebab memang nak pecahkan je pintu tu. Gitew.

Lepas dah confirm dapat rumah, barulah aku mula pergi Syabas dan TNB untuk uruskan pemasangan baru. Masa dekat SYABAS dan TNB, orang pandang - pandang je aku sebab aku bawak SnP, ye... faham, aikan budak - budak lagi, umur baru 17 tahun, awet muda katanya :)


Dekat Syabas, kena bayar RM100 untuk pemasangan. Gigih cari tempat ni dekat PJ. Bawa Snp Sebagai rujukan dorang. Tak sangka dekat je dengan tempat belajar dekat PJ dulu.


Untuk TNB kena bayar RM200 untuk tukar nama. bawak Snp sebagai rujukan. 

Lepas dah dapat kunci, mak abah dah datang cuci rumah, *Amek berkat, minta mak dan abah bersihkan* mulalah aku beli barang kecil - kecil sikit - sikit. Cukup payah nak lengkapkan barang - barang kecil - kecil macam pinggan mangkuk tu semua. Tapi alhamdulillah, rezeki kahwinkan, office Encik Bulat banyak bagi hadiah kahwin, ada tuperware, oven, pinggan mangkuk, etc etc etc, *tak ingat* boss aku bagi periuk, cadar, dapat hadiah towel.. syukur sangat sebab rezeki murah, walaupun masa majlis nikah hari tu lepas je Encik Bulat akad nikah, hujan  lebat turun tak henti - henti. Hujan rahmat kata orang :)

Sebulan lepas aku dah masuk rumah, kerani lawyer firm email pengiraan kepada Owner lama dan cc pada aku. Masa tu barulah aku tahu bahawa lawyer firm sangat lembab uruskan pembayaran pada owner, walaupun bank dah bagi full payment pada lawyer. Masa tu aku terasa tempiasnya sebab aku yang pilih lawyer SnP tu.

Sebabkan rasa nak membantu, aku reply email tu, dan cc pada lawyer firm bagitahu bahawa aku dah full bayar yang 3% dekat kerani SnP lama. Petang tu juga kerani yang baru take over pasal SnP aku tu call tanya kenapa aku pandai - pandai menjawab email tu kepada owner. Aku senyap lagi. Dua minggu lepas tu, owner email lawyer firm, cc pada aku... kali ni aku reply email tu tapi tak cc pada lawyer firm, aku bagitahu kerani tu tak bagi aku masuk campur. Dalam email tu, owner lama memang bagitahu dia rasa tak puas hati dengan lawyer firm tu. Aku pun bengang, so aku faham tahap bengang dia. Tapi aku buat senyap je lepas tu, malas nak campur, owner lama pun bukan orang biasa - biasa. Somebody dekat Petronas kot. No wonderlah dia boleh settlekan loan rumah tu sampai habis before dia pindah ke kuantan.

Erm tu jelaa pengalaman aku beli rumah subsale dekat Selangor ni. Insha- Allah, kalau lepas ni dimurahkan rezeki, bolehlah tengok rumah lain yang lebih better di masa akan datang, rumah yang sekarang ni insha Allah, jadikan sebagai aset :)

Harap - harap perkongsian aku ni dapat membantu orang - orang yang tengah nak cari rumah sekarang ni. Carilah elok - elok, disebabkan kos hidup makin tinggi, beli je lah dulu mana - mana rumah yang termampu, asalkan ada rumah, tak payah nak beli yang gah - gah sebab nak puaskan hati orang yang melihat, end of that, kalau tak mampu bayar, diri kita sendiri yang tanggung, orang lain cuma pandang sambil mengata jek.



 Till then~

19 comments:

  1. Peh..story akak ni lgi la havoc..sye ritu nk buat akaun mybnk pun melalak² prob ngn org kaunter..aduhai..seriusly tq share!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, tak pe... satu masa awak pun akan merasa 'bestnya' nak deal pasal rumah ni cik Timm_bill. hehehe :)

      Delete
  2. Aku belum pernah dgr kes nak beli rumah dpt lawyer yg bagus... smuenyer mcm ampeh... termasuk lawyer aku hari tu... 2 tahun beb nak tunggu... puas gaduh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu tak apa. Kita tunggu 7 bulan dah bising - bising, encik careno siap dua tahun kot. memang kental :)

      Delete
  3. Good info.sy pn dlm proses nk beli rumah..skrg slalu follow up dgn lawyer nk tau progress.dh 2 bln dh.kang masuk 3 bln x setel ape2 lg baru la kalut...moga dpermudahkan semua. X sabar nk dpt kunci dh ni.info u byk tlg jgk...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah semoga semuanya dipermudahkan. Yang penting kena selalu follow up, kte dah bayar fee lawyerkan, kejar je dia :)

      Delete
  4. seronok baca...dugaan nak beli rumah... sy pun tgh progress nk beli umah... tp bl kat kg... kat sini tak jumpa rumah murah... tp baca pengalaman awak... scary sangat...

    apa2 pun selamat pengantin baru ya..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waahh, bestnya beli rumah kat kampung, ktepun mmg teringin nak beli kat kampung, tapi macam tak berbaloi pulak sebab dekat sini nak menyewa, sebab hubby kte mmg org sini, so tu yg kena cari rumah dekat sini..

      Maceh kak Pinky :)

      Delete
  5. thanks untuk entry ni. berguna untuk akak.doa2 uruskan akak pun di permudahkan yea.tak sabar nyer nak ada rumah sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, semoga semuanya dipermudahkan. Akak kena selalu call lawyer tanya progress, tp kalau lawyer cina dorang okey kak, professional. Kerja cepat.

      Delete
  6. Assalamualaikum syida. rumitnya nak beli rumah... sheila dan suami dalam proses nak bina rumah. alhamdullilah ada tanah dekat kampung, tak sanggup nak beli rumah dekat kawasan membangun ni.. mahal, cekik darah rasa.. ni rumah kat mana? Damai tu ek ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam shiela. wahhhh.. bestnya shiela... ada tanah boleh buat atas tanah sendiri, kos pun murah, boleh bina besar sikit. Tumpang gembira untuk shiela :) Yupp, yang dekat Damai tu.. InshaAllah, kalau ada rezeki boleh jumpa shiela eh :)

      Delete
  7. Lawyer tu Melayu ke kaum lain? Kerek semacam je? Ikut pengalaman, biasanya Melayu yang suka buat macam tu. Lepas dapat duit, kemain eksyennya. Sama gak kes kalau berurusan denga kontraktor Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, melayulaaaa... niat kita nak tolong melayu, tengok - tengok itu yang kita dapat. Ikutkan, nak je kte publish nama company dia, tapi nanti tak pasal je kena saman, kacau periuk nasi dorang nanti katanya. hihihi

      Delete
  8. Tabah nye awak...biasa aaa mcm2 ragam dlm proses nak beli rumah ni. . Klu beli rumah semudah beli Kereta kan baguih... Harga rumah makin naik, interest rumah pun dah makin naik, gerun nak mengenangkan harga rumah 10thn akan dtg..thn 2010 umah flora Damansara direct owner rm60k je dulu sye jumpa (tak de budjet mase tu so x leh beli) . La nie flora Damansara flat rm90k..

    ReplyDelete
  9. Sye ada gak jumpa lawyer Melayu yg tip top wat kerja,,, and lawyer yg tengah uruskan snp umah ke2 ni is India, but tersangatlah baik org nye... Syukur sangat dpt jumpa die,,,, Mintak Allah permudahkan segala urusan kita dan terantukan yg terbaik untuk kita semua... Amin..

    ReplyDelete
  10. Hi syida, nak tanya awk, document valuation report tu bila pihak valuer akan serahkan pada kita ya? Sebab rumah subsale sye yg tengah dlm proses sekarang tak ada master policy takaful oleh devaloper. Dah suruh banker beli fire insurans awal tapi pegawainya sngat susah,tak sempat nak explain detail dia dah bertegas fire insurans hanya dibeli sewaktu bank release loan. Sedang kan syarat utama pra approve loan adalah property tersebut mesti ada master policy takaful by devaloper. .klu valuation report keluar lebih awal Maybe sye sendiri boleh beli fire insurans dari luar..sekarang valuer belum call sye lagi.

    ReplyDelete
  11. Hai nak taye brp lama proses slps hantar doc ke LPNS tu.. agak2 3 bulan ada x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam sebulan macam tu sis. Kne selalu keep call dorang tanya progress. Tak boleh nak harapkan lawyer je. hhehee :)

      Delete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998