Tuesday, February 18, 2014

Pengalaman Beli Rumah Subsale Part 1

Assallammualaikum (n_n)V

Harga rumah makin naik. Betul? Bukan harga rumah je naik, semua benda pun naik, melainkan harga kangkung je yang turun. *Eh!

before gonna-be-mine

Seperti yang dijanjikan, akhirnya hari ni aku up jugak pasal pengalaman aku beli rumah subsale. Bagi yang tak tahu. Rumah subsale adalah rumah yang kita beli dari owner rumah. Actually, ada tiga cara kita boleh beli rumah.

Beli dari bank,
Beli dari owner (subsale)
Beli secara lelongan.

Aku mula tetapkan matlamat nak beli rumah masa awal tahun 2013, dan sebelum aku kahwin, aku kena ada rumah sendiri. Lagipun, memang aku pasang azam, before aku kahwin, aku kena ada rumah sendiri, kereta sendiri dan kerja tetap. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya walaupun sebenarnya banyak liku - liku yang aku hadapi. Di ingatkan, Masa mula - mula kerja, aku tak ada simpanan, aku ada hutang kereta Myvi, aku sewa bilik RM250, ayah cuma kerja kampung. Aku ada pinjaman pelajaran.

Totally nak bagitahu. Aku tak ada sumber kewangan pun nak beli rumah. Aku tak malu nak cerita yang aku memang tak ada duit langsung nak beli rumah. Niat tu ada. Hari - hari minta mak doakan murah rezeki untuk beli rumah T_T

Keinginan aku nak beli rumah bertitik tolak bila doktor bagitahu abah perlukan rawatan dekat Hospital Serdang. Jarak dari Perak ke Serdang membuatkan abah kadang - kadang malas nak datang KL sebab nanti kena duduk dekat hotel. Pengalaman terpaksa tidur dekat parking hospital, kena halau dengan nurse semua tu semua semakin buat tekad aku nak beli rumah semakin tinggi.

Awal bulan Mac 2013 aku dah mula survey rumah dekat Mudah.my dan properties. Mula berjinak - jinak call seller untuk tahu lokasi dan price rumah. Masa decide nak beli rumah, first aku survey dulu tempat tu. Aku memang cari kawasan perumahan yang komuniti dia ada melayu, kawasan dekat dengan banyak kemudahan macam supermarket, hospital, petrol stesen, bank, sekolah dan yang paling penting dekat dengan highway sebab senang nak pergi kerja atau balik kampung.

Target area aku sebelum ini adalah kawasan Kepong, Selayang dan beberapa tempat lagi. Masa mula - mula survey, aku berkenan flat 12 tingkat dekat Jalan Kuching sebab dekat dengan Jalan Kuchingkan. Nak masukpun senang dan kawasan melayu. Tapi end of that, owner tak jadi jual. Lepas tu, aku cari dekat Mudah lagi, Aku memang decide betul - betul rupa kawasan yang aku nak, tengok punya tengok, last - last aku macam berkenan dengan kawasan Damansara Damai.

Damansara Damai ni aku biasa datang sebab rumah Encik Bulat memang area - area sini. So, memang dekat mudah aku survey harga rumah area - area Damansara Damai je lah. Macam - macam rumah aku dah view, dari apartment biasa ke apartment kos rendah hinggalah ke flat yang bertingkat - tingkat tu. Lepas puas hati dengan kawasan Damansara Damai tu, aku spesifikkan lagi pencarian aku. Satu - persatu kawasan kejiranan dekat Damanasara Damai tu aku jalan. Survey kawasan katanya.

Lepas dah jumpa apartment yang aku rasa okey dan kena dekat hati, so aku decided untuk tengok iklan - iklan rumah untuk dijual sekitar apartment tu.

Eh, lupa... sebelum aku cari rumah, aku bawak slip gaji aku ke bank untuk check agak - agak rumah harga dalam range berapa aku boleh beli dengan gaji aku masa tu. Bila orang bank tu cakap aku boleh beli rumah dalam range harga RM90K ke bawah, so aku decide untuk cari rumah lagi murah dari RM90K, Which aku target dalam RM70K.

Orang bijak pandai cakap, yang paling penting sebelum beli rumah adalah semak status kewangan sendiri; Takmo syok sendiri cari - cari rumah town house ke, semi D ke tapi nak buat loan tak lepas.

Lepas bank cakap Slip gaji aku okey, aku pergi pulak dekat Bank Negara, nak cek CCRIS. Ala, check dekat mesin yang macam kita check KWSP tu je. Masuk Ic lepas tu letak cap cari, print. Serius berdebar je masa nak tengok CCRIS tu. Alhamdulillah sebab semuanya okey :)

Mana dapat Deposit beli rumah? Yang ini tak tahu macammana nak describe, ikutkan macam malu je nak cerita. Tapi, untuk nak tolong sesiapa yang nak beli rumah sangat - sangat tapi tak ada cash, korang boleh ikut cara aku. Dengan muka tak malunya, aku nak bagitahu, aku buat personal loan untuk bayar deposit rumah. Masa tu memang tawakal je lah sebab takut tiba - tiba personal loan lulus tapi loan rumah tak lulus. Memang aku tawakal je masa tu. Nak buat personal loan tu tak salah, semua tu ikut kita nak guna untuk apa. Macam aku, aku memang buat personal loan tu khas untuk bayar 10% deposit rumah, Lawyer bank dan lawyer SnP. Bila dah buat personal loan ni, duit dah dapat, semangat kena kuat. Tambah - tambah kalau kaki shopping, lagilaaaaa semangat kena kuat, kalau terguna sikitpun duit tu, memang menangis.

Settle pasal tu. Lepas semua check dah okey, deposit semua dah ada dalam tangan, aku mula berani nak call seller untuk buat temujanji nak tengok rumah. Dengan deposit dekat tangan dan kiraan yang dah dibuat semua, aku decide nak beli apartment kos rendah je. Dari beberapa buah rumah yang aku tengok, akhirnya aku jatuh hati pada sebuah rumah ni. Iklannya aku tengok dekat mudah, tengok advertise dah lama, so macam tak mengharaplah sebab iklan dah lamakan.

Call dia, discuss - discuss terus seller tetapkan temujanji. Aku pergi tengok rumah dengan Encik Bulat. Masuk - masuk je rumah terus rasa macam ada chemistery, lain rasanya macam rumah - rumah yang aku tengok sebelum ni. Lagi aku suka sebab rumah ni ground floor, memang strategiklah. Bila dah berkenan, cakap dengan seller aku confirm nak rumah tu.

Seller tu senyum je, Encik Bulat tanya confirm ke aku nak rumah tu? aku angguk je lah. Seller cakap okey, Seller mintak slip gaji aku tiga bulan, statement bank dengan ic, dia nak try dulu applykan loan rumah untuk aku, kalau lepas, maknanya okeylah.

Memang rezeki aku agaknya, sebelum ni seller memang bagitahu ramai orang dah view rumah ni, siap nak bayar cash lagi tapi tak boleh sebab rumah ni bawah kerajaan negeri selangor, hanya orang - orang yang tak ada rumah je boleh beli. Satu hari je tunggu lepas tu seller tu call bagitahu loan rumah aku dah lulus, perasaan masa tu tak tahu nak describa macammana, syukur sangat... memang hari - hari aku doa minta Allah permudahkan semuanya.

Bila loan dah lulus, seller mintak bayar 7% downpayment (dikira sebagai booking fee). So, masa nak bayar tu, aku buat cek deposit. Bayar guna cek deposit je. fotostat cek tu untuk simpanan sendiri. Disebabkan aku tak tahu nak ambil lawyer mana untuk SnP, so aku mintak seller tu tolong rekemen mana - mana lawyer yang okey. Dia bagi dua orang lawyer untuk aku pilih, timbang punya timbang, akupun pilihlah satu lawyer ni sebab company melayukannn... Seller tu kata company tu okey, lepas tu dia cakap nanti dia forward semua dokumen aku pada lawyer tu. Aku cakap okey je lah.

Beberapa hari lepas tu bank call tanya commitment lain yang ada selain yang tertulis pada slip gaji, masa tu aku ada hutang kereta Myvi 2011, baru dua tahun guna masa tu, then dua hari lepas tu bank call suruh datang sign dan ambil offer letter. Masa tu semua benda bergerak pantaslah. Lepas je sign surat tawaran balik tu lawyer call tanya confirm ke nak ambil dorang as lawyer SnP, aku cakap okey je laa.

Seminggu lebih kurang cam tu, kerani dari lawyer firm tu call aku tanya bila nak datang sign SnP. Aku tetapkan tarikh bila nak sign, masa tu kena bawak duit fee untuk bayar lawyer SnP, around RM2K jugaklaa tambah lagi 3% baki deposit rumah. 3% tu aku buat cek deposit jugak, cuma yang lawyer fee tu je aku bayar by hand.



Lepas dah sign SnP, dapat pulak call dari Jurunilai rumah. Masa tu blur - blur je, bila dia cakap bank hantar untuk nilai harga pasaran rumah, barulah cakap. oooohhhhh... hahahahah :) Jurunilai ni bukan benda free eh. Semua benda berbayar. Untuk jurunilai rumah, fee dia around RM500 jugaklah untuk rumah aku nak beli tu. Rupanya, baru aku tahu rumah area aku tu nilai dia tinggi. Rasa bersyukurlah sebab nilai dia lagi tinggi dari harga yang aku beli. Jauh melebihi jangkaan, patutlah ada seller cakap kalau aku nak mark-up masa nak buat loan tu pun boleh. Mean, buat loan lebih dari harga rumah. Tapi aku tak nak, tak sanggup nak bayar banyak - banyak duit ke bank bulan - bulan. Biarlah value rumah tu tinggi mana pun, asalkan aku dapat bayar bulan - bulan murah. Tak lalu nak hutang banyak - banyak.

Yang ni baru part satu cerita pasal cari rumah, next aku cerita pulak pasal Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, kisah sakit jiwa dengan lawyer SnP dan lain - lain. Maaflah cik kak busy dekat office, nanti balik kte taip lagi eh. Hehehe..

Tunggu taw.
after-gonna-be-mine

K.bye!

 Till then

13 comments:

  1. susah jugak nak beli rumah ye..lagi la kalau kita yang bekerja swasta nie..
    Tapi Allah swt mungkin dengar doa awk,dan akhirnya jadi milik awk juga..tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah, hati kena kental.. kte pun dah banyak kali rasa down :)

      Delete
  2. Wow... gud sharing... ade pengalaman bli rumah sub sale gak... tp 2 tahun br settle sbb lawyer punyer hal... huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua tahun? lagi lama... lawyer2 ni memang suka tangguh kerja kot, kan?

      Delete
  3. Alhamdulillah. Selesai urusan membeli rumah tu. Apa pun, nak mencari rumah yang berbaloi dengan harga area Klang Valley ni memang bergantung pada rezeki jugak nak mendapatkannya. Kadang ada yang bertahun mencari jenis yang sesuai dan padan dengan harga tapi tak dapat-dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu tak apa, yang hujung - hujung bandar ni pun harga dah makin melampau - lampau. Lagi nak tunggu yang berkenan, lagi laa harga dia makin tinggi.. sebab tu laa kte grap je dulu mana yang okey :)

      Delete
  4. sis pilih lawyer chinese.pihak bank yg kenalkan.dah pi pejabat dia arini. nampak mcm ok jea.harap2 ok la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah tu kak Nik, hubby kte cakap, kalau lawyer cina kerja dorang memang lagi cepat. Puas hati.

      Delete
  5. salam,sis nak tanya masa buat personal loan tu bile? berapa bulan sebelum buat pinjaman rumah?

    ReplyDelete
  6. Berjiran lah kita nie ye..sye pun beli umah kat D.damai gak. Tapi umah lelong je. Sye beli tahun 2012. Wiring sume buat sendiri je sbb budjet tak de. Dah lama tangguhkan tulis blog cerita beli umah tu.. Sekarang sye tengah proses rumah kedua Pulak, lagi complecated sbb rumah devaloper dah bankrup.
    Owner kedua beli cash, sekarang bru tahu nama dia x ada kat devaloper.wyer dia dulu tak buat proses kat devaloper lak.. Jemput lah ke blog sye yg bru start tulis. Adikchiek.blogspot

    ReplyDelete
  7. Nasib lah. . Kadang2 dapat lawyer bagus, tapi hal2 dalaman lain buatkan kes jdi lambat. Kadang2 dapat kes yg tak Bermasaalah,lawyer lak lembab .sblum pilih lawyer better goggle2 baca blog org lain. Dah jumpa lawyer yg org lain biasa guna dah confirm best service.so kita kena percaya lah pada dia. Hu hu nasib baik sye pun dpt jumpa lawyer yg mmg tip to wat kerja. Alhamdulillah. Kes umah lelong dulu smooth je. Loan ngam 30hari approve,tapi lawyer u sempat disbush loan 3bln tanpa extention masa. Yg rumah kedua subsale ni lak rasa lebih secure sbb penjual sangat memahami. Lawyer sye dah buat guide yg selama untuk keadilan ke2 belah pihak. Thank to my lawyer.

    ReplyDelete
  8. Dah ada tikar getah and perabut,terus cantik nampak umah awk tu...sye tengah tunggu valuer call...sampai skarang belum call..

    ReplyDelete
  9. salam, boleh x saya dapatkn contact no Azam & Co tu.

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998