Thursday, February 27, 2014

This Week.

Assallammualaikum (n_n)V

Minggu nie, hectic



Entah kenapa entah, rasa macam blank, rasa macam down to the earth je rasa. Entah apa - apa entah :( Kelas sabtu lepas, dapat khabar bahawa Lecturer bi cakap akan ada presentation. Ulang - ulang aku baca soalan, serius aku tak faham tajuk assignment untuk present to. Down gila rasa.

Hari isnin, sampai office, manager vendor tanya gini.

"What you put on your face, you look better than before?"

Aku pun dah pelik? aku cakap je "nothing, just like usual,"

dia reply, "no, your face is better, dont look red anymore"

Lor.. punyalah lama aku kerut - kerut kening nak memahamkan maksud dia. Rupa - rupanya dia tengah tanya pasal birth-mark aku. Adeh! Pelik jugaklah sebab dia cakap birth-mark aku dah pudar. Eh?

Then dia cakap lagi, "Back home, ask your husband if you don't believe me.." gittew. Abaikan sahaja kata - kata vendor tu, andaikan sahaja dia rabun sebab dia dah tua, birth-mark kot, ingat senang ke nak hilang? Aku pun tak nak birthmark ni hilang. Tuah kot... :)

Hari selasa, bukak pulak laman web uni, tengok announcement, final exam awal bulan april. What? seriusly macam tak percaya, rasa macam baru gila masuk belajar. Culture shock sebab kena rushing study sendiri tiga subjek dalam masa sebulan. Assignment lagik.

Semalam, ada meeting unit. Bulat mata aku bila dengar boss ucap tahniah sebab aku sambung belajar. Perasaan? Erk! kantoi... means boss besar dah bagitahu boss aku pasal aku. Adakah ini bermakna, colleague aku pun tahu jugak? Erm.. masa meeting, rasa macam senget - senget je kepala bila dengar amanat bos. Banyak gila... semua berpakej dengan nasihat. Sebulan masa diberi untuk chatch-up, kena terror mengalahkan power rangers untuk belajar sistem dari vendor sebelum dorang habis kontrak. Terpikul kat bahu lepas ni akan jadi Trainer untuk orang lain. Then kena belajar pasal server lagik, :( Doa dalam hati, janganlah benak hati eh, moga - moga tak ada semut yang meng-korban-kan diri dia masuk ke dalam mulut aku, then menjadikan aku ni seorang yang pelupa. Eh!

Naik office atas, ada staff vendor panggil. Dia tanya betul ke aku sambung belajar? Eh... now, adakah semua orang yang kenal aku dalam bangunan ni tahu aku sambung belajar? ngeri sungguh perasaan. Tiba - tiba jadi takut. Serius aku tak suka kalau orang tahu tentang future planning aku, takut tak tercapai, nanti malu sendiri :(

Next week pulak kena site visit. Oh perasaan apakah ini? tak boleh blah, site visit pulak ke opis lama. Again and again, confirm jumpa bos lama nih. Huh!

Now, tengah pening tak tahu nak buat kerja yang mana dulu. Luckly, esok aku cuti. Wajib cuti, sebab menggunakan cuti CNY yang masih berbaki awal bulan hari tu, kalau tak amek dia burn gitu je, so baiklah ambil je.

Erm..

Adakah aku tengah mengeluh sekarang ni? Erm... memangpun! Tak baik betul perangai, bersyukurlah sebab ada kerja. Patutnya aku perlu bersyukur sebab semuanya berjalan dengan smooth, keep it as challenges. Betul orang cakap, ambil degree tu memanglah senang. Tapi yang menjadikan ianya amat susah sebab seorang pelajar PJJ itu kena pandai bahagikan masanya untuk belajar, kerja, keluarga dan diri sendiri. Masa sangat terhad, even nak baca novel pun macam dah tak ada masa.

Semua benda kena telan je sekarang ni. Boleh ke tak boleh ke, semua kena redah je. Allah dah bagi peluang, tak akan nak tengok je kan?

Apapun, syukur sangat sebab orang - orang sekeliling sangat membantu. Keluarga, hubby, boss, rakan sekelas, lecturer semua bagi dorongan. Insha-Allah, semoga semuanya baik - baik sahaja. Aku yang mulakan, so aku jugalah yang kena habiskannya. Syukur juga sebab Allah masih bagi semangat untuk semua future planning :)


k,bye!



 Till then~


Say it :)

Assallammualaikum (n_n)V 


AWAK SKODENG BLOG KTE EH?  
Jumpa apa - apa tak?

:)



 Till then~

Friday, February 21, 2014

Resepi Merry Cheese versi saya

Assallammualaikum (n_n)V

Hai! Salam jumaat. Disebabkan esok hari sabtu, next hari ahad, aku nak tepek resepi. Ini sebenarnya percubaan pertama membuat merry cheese menggunakan barang - barang dah sedia ada dekat rumah. Resepi ni memang sesuai untuk orang - orang yang kurang rajin mahupun separa pemalas macam aku. Eh!

Sebelum tu, jom tengok rupa merry cheese yang mengiurkan nie. Nyum nyum.. sedap, disebabkan merry cheese ni boleh jadi bahan gaduh - gaduh dengan si suami. Hiks!

Merry cheese yang mengiurkan.


Bahan - bahan:



  • Biskut merry. ikut nak letak berapa layer.
  • Susu pekat manis,
  • whipping cream, suku kotak
  • Susu tepung yang dibancuh pekat / kalau rajin beli je yang fresh milk tu.
  • krim cheese yang 250grm
  • Milo ikut banyak mana nak letak.


Resepi ni digaul menggunaka blander ye. :)
First, masuk je cream cheese, tambah whipping cream suku kotak lebih kurang, kemudian bland je. Agak - agak terlebih kental, masuk fresh milk tu sikit - sikit, sampai jadi cair yang kita nak. Lepas tu masukkan sikit susu pekat manis tu, agak - agak je rasa dia. Tak molah manis sangatkan. Bland je sampai agak - agak cair. Kalau nak bagi dia macam cair dekat mulut, masa bland tu bagi lebih sikit susu dia. Krim cheese kalau letak lama dalam peti sejuk, nanti dia makin keras.. so bubuh lebih - lebih sikit susu dan whipping cream tu pun tak ada masalah.

Kemudian, ambil sekeping biskut merry, celup dalam fresh milk, lepas tu susun dalam bekas cantik - cantik. Actually, aku lagi prefer biskut merry tiger ke munchys yang packing warna merah tu, yang tu lagi lembut dari dalam gambar tu.

Lepas susun cantik - cantik, curahkan sedikit cream cheese yang dah diputar sempurna tu. rata - ratakanlah bagi semua biskut merry tertutup, lepas tu taburlah serbuk milo tu ikut suka hati. Lepas dah tabur milo, lapiskan balik biskut merry, krim cheese dan milo, ulang sampai siap. Kalau nak best, buat dalam empat lapisan lagi sedap, lepas tu masukkan dalam peti ais semalaman, bila dah keras, masuk mulut rasa sedap jek.

Selamat mencuba resepi pemalas ni :)

K.bye!



Till then~



Thursday, February 20, 2014

Review: Gurney Zahra Inn, Penang.

Assallammualaikum (n_n)V

Ini review hari krismas dulu eh. Masa tu pergi berdua je dengan Encik Bulat. Pergi penang tiga hari dua malam. Kitorang sampai lambat, dalam pukul tujuh baru sampai pulau. Target memang nak pergi hotel TM tu jek. Mungkin sebab kitorang lambat sikit je, tahu - tahu bilik dah penuh. Ada juga lah staff kat situ nak tolong, tapi yang lagi seorang macam tak nak tolong jew.

Disebabkan dah malam, Encik Bulat macam redhalah pergi mana - mana hotel budget tanya bilik kosong. Timbang punya timbang, Aku setuju nak ambil Gurney Zahra Inn ni. Biasalah mind kita fikir, kalau kita tak tolong orang kita, siapa lagi nak tolongkan?


Sebenarnya, malas nak naik, so call je lah tapi tak berjawab. Penat call, kitorang naiklah. Orang yang jaga kaunter tak ada langsung, dah tekan loceng banyak kali tetap tak ada orang datang. Tak lama lepas tu ada seorang budak muda datang, dia cakap ada lagi satu bilik kosong, mengenangkan time tu cuti, aku macam redha je laa.


Tengok dari luar, nampak cantik je. Semenggah je rasa.


Picture ni snap masa nak pulangkan kunci. Entah kemana entah orang yang jaga ni. Serius dia tak kisah langsung pasal keselamatan penghuni.



Hotel ni dua tingkat. Mengah bawak beg naik tangga. Hihihi...


Masuk - masuk bilik macam terkejut tengok tempat cuci tangan tu dekat luar toilet. Eh? first time tengok okey! Disebabkan tak ada langsung pengelap kaki, aku terpaksa letak selimut tu dekat situ. 


Tengok toilet pulak. Tak tahu nak cakap apa daa.


Masa mula - mula masuk, sejadah tu memang letak macam tu. Aeriel tv tu memang longlai gitu. Nak pasang tv tak boleh sebab ada bunyi macam nak meletup. Nak report kat orang dia tapi tak jumpa.


Bila tengok bantal dan cadar, speechless.


Meja solek tak ada, cermin ni pakej sekali dengan kerusi oren dan sinki tu. Pintu bilik pulak susah nak tutup dan buka. Seram je takut orang tolak pintu macam tu je. Lantaipun tak bersih. Bila tengok bawah katil siap ada stokin dan tin - tin minuman lagi. T__T


Cas bilik ni semalam adalah RM150

Sayang sangat sebab ini hotel melayu, kawasan strategik sangat... rugi sebab tak jaga elok - elok. Pekerja yang jaga pun macam malas, tengok asyik duduk dekat balkoni sambil merokok je. Langsung tak tukar cadar, tak tukar selimut, even sarung bantal pun tak tukar.

Memang bad impression. Malam tu jugak aku ajak Encik Bulat cari hotel lain. Memang malam tu kitorang search hotel je kerjanya. Alhamdulillah sebab malam tu dapat studio apartment which is RM180 semalam, oklaa tu, sangat better dari ni :(

Aku bagi 1.5 dari 5 bintang.

Sangat tak puas hati. Tak ada rezeki aku kot masa ni. Maybe 2014 ni management dorang dah ambil inisiatif untuk upgrade servis dorangkan, siapa tahukan?

K,bye! 


 Till then~

Tuesday, February 18, 2014

Pengalaman Beli Rumah Subsale Part 2

Assallammualaikum (n_n)V


Hai!
Adeh, malas gila nak menaip. Tapi disebabkan benda ni dah lama pending, So, upkan juga cerita ni. Harap maklum, entry ni bukan nak show off tau. Tak ada niat apa - apapun, cuma nak membantu korang - korang semua buat perancangan untuk beli rumah jek. Janganlah fikir lain pulak, aku pun manusia biasa je, tak ada apa benda nak tunjukpun. Aku ni pun tak sempurna,

Jurunilai rumah
SnP


Sebelum ni pasal part 1 kan, yang ni up pasal part 2 pulak. Masa sign SnP dekat lawyer firm, kerani tu bagi aku satu borang warna kuning yang tertulis Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor. Sebelum tu, memang seller ada bagitahu yang rumah tu bawah negeri selangor. Ala - ala rumah PRIMA tu lah. Bila baca syarat dalam tu memang gerunlah jugak.

Antaranya,


  • Menetap di Selangor/Kuala Lumpur lebih dua tahun.
  • Gaji bawah RM2500 (bujang/kahwin)
  • Pemohon mahupun pasangan tiada rumah di mana - mana kawasan dalam lembah klang,
  • Rumah dibeli bertujuan untuk tempat tinggal.


Lebih kurang macam tu lah, kena isi elok - elok lepas tu mintak pengesahan bos. Sertakan sekali Surat Akuan Bujang, Surat pengesahan pendapatan, ic tak silap aku. Lepas dah isi, hantar balik pergi lawyer firm. Nanti dorang yang akan hantar pada LPNS. Entah kenapa, lepas sign SnP aku rasa tak sedap hati je dengan lawyer firm yang aku pilih tu. Sebabnya, Encik Bulat cakap, masa dia beli rumah lawyer sendiri yang tunggu kte sign SnP, tapi masa time aku macam lawyer entah kemana entah, dibiarkannya saja kerani dia yang uruskan. Masa tu aku buat senyap lagi sebab mengenangkan rumah aku rumah murah je, so lawyer malas nak buang masa :(

Dua minggu lepas hantar borang kuning tu, aku call balik lawyer firm nak tanya progress. Dia cakap dah hantar dekat LPNS, entah macammana, aku rasa macam tak sedap hati. So, aku pun gigihlah google laman web LPNS, dari satu nombor ke satu nombor aku call untuk cari orang yang in-charge tentang rumah kos rendah ni. Alhamdulillah, dorang banyak membantu.

Perasaan mula - mula memang terkilan sangat bila dapat call orang yang in-charge tu, dia cakap lawyer firm tak hantar lagi borang kuning tu. Aku siap suruh akak tu cek dua kali. Dia cakap memang tak ada. Dia siap suruh confirmkan balik dengan lawyer. Serius aku mula dah panas hati sebab seseorang yang kerja dekat lawyer firm boleh tipu orang gitu je.

Encik Bulat call direct ke lawyer, entah apa entah lawyer tu cakap dekat staff dia, tiba - tiba cakap borang tu tak hantar lagi. Serius sakit jiwa. Lawyer tu siap suruh despatch dia hantar borang tu hari yang Encik Bulat call tu. Kenapa aku nak rushing hantar ke LPNS? sebab, masa tu dah nak dekat pilihanraya, lebih kurang empat minggu nak pilihanraya, aku tak nak borang aku pending lama dekat pejabat menteri besar. Seminggu lepas lawyer firm hantar borang tu dekat LPNS, aku call lagi LPNS untuk confirmkan. Kali ni dorang kata borang aku ada, tapi nak proses ambil masa sebulan.

Masa tu jangan cakaplah, risau gila sebab semua tu kan berkait dengan politik negeri selangor. Berdoa - doa aku jangan negeri selangor tukar kerajaan. Kalau tukar, memang pending lamalah borang tu. Dua minggu lepas pilihanraya, aku call lagi LPNS, dorang cakap menteri besar masuk kerja hujung bulan enam rasanya, sebab hujung bulan enam baru nak angkat sumpah.

Memang aku jadi orang yang sangat alert dengan politik negeri selangor. Dengar je menteri besar dah angkat sumpah, baru lega. Seminggu lepas tu, call lagi LPNS, dorang cakap borang aku dah lulus, suruh aku call lawyer firm suruh ambil surat tu. Sakit hati sebenarnya sebab aku yang call LPNS follow up sendiri pasal rumah aku.

Bila dia dah cakap gitu, aku call lah lawyer firm, bercakap dengan kerani yang incharge SnP aku. Beriya - iya aku suruh dia tolong ambil cepat borang tu. Dia kata okey, seminggu aku biarkan, tak puas hati sebab lawyer firm masih buat senyap. Aku call kerani tu balik,dia boleh cakap tunggu LPNS yang pos sendiri. Masa tu darah dah menyirap je dengar.

Aku call balik LPNS nak confirmkan, LPNS cakap, lawyer firm kena datang sendiri tak payah nak tunggu LPNS inform apa - apa lagi. Siap dorang suruh aku cakap dekat lawyer firm datang bawak cop company lagi. Berbulu je rasa sebab terpaksa jadi operator tak berbayar. Disebabkan dah nak naik hantu mengenangkan pasal kerani lawyer firm tu, aku call direct dekat lawyer tu. Lawyer tu pun macam nak tak nak je layan. Disebabkan aku bengang, aku SMS lawyer tu. Bila dah baca SMS tu barulah dia arahkan despatch dia pergi ambil surat dari LPNS tu dekat Shah Alam. Serius rasa macam pahat dan tukul. Aku pernah call seller bagitahu pasal kerani tu, seller bagi nombor telefon lain suruh cakap dengan pekerja lain, bila aku call, dan dan kerani yang incharge SnP aku tu yang jawab, langsung tak bagi peluang cakap dengan orang lain.

Malas nak layan.

Dua tiga hari lepas tu, Lawyer bank pulak call suruh datang sign agreement dengan bank. Masa tu memang rasa lawyer bank professional gila, walaupun lawyer bank yang berketurunan perempuan melayu tu bukan main eksyen lagi dengan aku. Memang lawyer perempuan tu eksyen okey, ingatkan lulusan oversea, rupanya UIA je pun, tapi lagak dia kemain tak menahan. Masa sign agreement dengan lawyer bank, serius banyak, sampai lenguh - lenguh tangan. Oh, lupa... fee untuk Lawyer bank pun around RM2K jugak eh. Yang ni aku buat transfer dari akaun cimb clicks je.

Lepas dah sign dengan lawyer bank, tanyalah dengan dia bila boleh dapat rumah? dia cakap tak lama, dalam dua minggu lagi. Dah berbunga - bunga dah hati masa tu. So, dengan cekalnya tunggulah dua minggu. Dari dua minggu pertama, call dia cakap dua minggu lagi, call lagi, dia cakap dua minggu lagi. Call lagi, dia kata ada masalah dekat bank. Disebabkan tak puas hati, aku pergilah bank terdekat tanya tentang loan tu, bank cakap sebab lama sangat tunggunya, loan perumahan aku tu di KIV, dah hantar dekat HQ penang, Kena tunggu dulu, kalau nak cepat kena deal dengan person yang incharge pasal loan aku tu.

Masa tengah deal bank pasal KIV loan tu, aku sempat pergi booking perabot kat kedai uncle kat Pekan Paya Jaras, Sungai Buloh, semangat booking awal - awal sebab masa tu dah ada ura - ura bulan 11 barang naik. So, gigihlah pergi booking sofa L-shape, meja tv, meja makan, set bilik tidur utama semua. Sebabkan takut booking pending, atau dengan kata lainnya takut cina tu jual perabot yang aku booking tu dekat orang lain, gigih aku buat surat pinjam kunci rumah dari owner, so ambillah kunci rumah dekat seller yang uruskan pasal jual rumah tu. Syaratnya, lepas aku masukkan segala sofa dan meja tu, aku kena pulangkan balik kunci tu dekat lawyer firm. Aku okey je lah.

Lepas dapat kunci, Encik Bulat memang suruh aku siap - siap duplicate kunci sebab aku dah mula angkut barang sikit - sikit dari rumah sewa. Tapi tak adalah aku duduk rumah ni terus sebab air dan elektrik memang dah kena potong. Dah bawa masuk perabot, kunci aku pulangkan balik pada kerani yang incharge SnP tu. Sabar je lah rasa tengok muka akak tu :(

Sakitlah hatikan, sebab masa aku banyak terbuang nak uruskan hal ni, call orang sana - sini lagi. Dalam - dalam tunggu semua benda settle, aku pergi KWSP untuk keluarkan akaun kedua tu. Ingatkan senang, rupanya susah gila, hampir - hampir nak give up dah. Salah kecil pun, bodoh - bodoh sebab salah nombor lot pun kena pangkah. Hazabedah betul sebab kena pergi jumpa balik kerani dekat lawyer firm minta dia buatkan surat pengesahan, kena pergi bank mintak surat pembetulan, pergi bank jumpa person incharge, dia boleh cakap yang surat tu HQ Penang dah sent dekat lawyer bank. Sabar je lah, masa jumpa person yang incharge pasal loan tu, siap mintak tolong dia highlightkan cepat loan aku sebab masa tu tinggal berapa bulan je lagi nak kawen. Dia cakap okey,

Masa pergi ambil surat dekat Lawyer bank, boleh pulak lawyer perempuan tu buat perangai kerek dia, kita dah dua kali jejak office dia, bila datang lagi sekali dia buat kita dah macam peminta sedekah je, buat - buat tak kenal, macamlah customer dia dalam sebulan ada 1000 orang, padahal aku nak minta surat pembetulan dari bank je. Lawyer bank ni pun boleh tahan menyakitkan hati, perangai sama naik dengan staff dia juga, cakap dengan orang kasar kot. Mentang - mentang dah dapat duit, kemain dia layan orang macam sampah.

Disebabkan perangai lawyer bank dan staff gitu, laju je Encik Bulat mengadu dekat person yang incharge loan aku tu. Tak tahulah apa orang bank cakap, yang aku tahu, lepas tu lawyer tu terus masam, call pun tak angkat dah. Biasalah, melayukan... bila dah dekat atas, terus kaki tak jejak dekat tanah.

DOA

Nak keluarkan KWSP memang susah. Ada je benda yang tak kena. Last - last Encik Bulat pergi balik lawyer firm tu nak mintak surat, kerani yang incharge pasal SnP aku tu dah tak ada. Kawan dia bagi je Deed of Assignment (DOA) sebab dia tahu aku nak keluarkan KWSP. Yang KWSP ni pun, dua kali pergi tempat berbeza ada je masalahnya. Last - last pergi ke Wangsa Maju, Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Beberapa hari lepas tu duit masuk dalam account. Bila dah dapat duit KWSP, aku pun mulalaa survey barang - barang elektronik ruamh, itu yang mula beli mesin basuh dan peti ais pakej dengan tv sekali tu,

Seminggu lepas tu ada kerani dari lawyer firm (SnP) call cakap dah boleh masuk rumah. Perasaan masa tu macam tak percaya je sebab banyak gila dugaan nak dapatkan rumah tu. So, pergilaa lawyer firm nak ambik kunci, kerani tu pun macam terkejut sebab aku cakap dah pulangkan kunci. Tak sangka langsung punya busuk hati kerani lama yang incharge SnP tu siap bawak lari kunci rumah aku kot. Bila dah jadi gitu, lawyer firm yang take over tu minta maaf. Aku dengan Encik Bulat pun cakap tak apa sebab memang nak pecahkan je pintu tu. Gitew.

Lepas dah confirm dapat rumah, barulah aku mula pergi Syabas dan TNB untuk uruskan pemasangan baru. Masa dekat SYABAS dan TNB, orang pandang - pandang je aku sebab aku bawak SnP, ye... faham, aikan budak - budak lagi, umur baru 17 tahun, awet muda katanya :)


Dekat Syabas, kena bayar RM100 untuk pemasangan. Gigih cari tempat ni dekat PJ. Bawa Snp Sebagai rujukan dorang. Tak sangka dekat je dengan tempat belajar dekat PJ dulu.


Untuk TNB kena bayar RM200 untuk tukar nama. bawak Snp sebagai rujukan. 

Lepas dah dapat kunci, mak abah dah datang cuci rumah, *Amek berkat, minta mak dan abah bersihkan* mulalah aku beli barang kecil - kecil sikit - sikit. Cukup payah nak lengkapkan barang - barang kecil - kecil macam pinggan mangkuk tu semua. Tapi alhamdulillah, rezeki kahwinkan, office Encik Bulat banyak bagi hadiah kahwin, ada tuperware, oven, pinggan mangkuk, etc etc etc, *tak ingat* boss aku bagi periuk, cadar, dapat hadiah towel.. syukur sangat sebab rezeki murah, walaupun masa majlis nikah hari tu lepas je Encik Bulat akad nikah, hujan  lebat turun tak henti - henti. Hujan rahmat kata orang :)

Sebulan lepas aku dah masuk rumah, kerani lawyer firm email pengiraan kepada Owner lama dan cc pada aku. Masa tu barulah aku tahu bahawa lawyer firm sangat lembab uruskan pembayaran pada owner, walaupun bank dah bagi full payment pada lawyer. Masa tu aku terasa tempiasnya sebab aku yang pilih lawyer SnP tu.

Sebabkan rasa nak membantu, aku reply email tu, dan cc pada lawyer firm bagitahu bahawa aku dah full bayar yang 3% dekat kerani SnP lama. Petang tu juga kerani yang baru take over pasal SnP aku tu call tanya kenapa aku pandai - pandai menjawab email tu kepada owner. Aku senyap lagi. Dua minggu lepas tu, owner email lawyer firm, cc pada aku... kali ni aku reply email tu tapi tak cc pada lawyer firm, aku bagitahu kerani tu tak bagi aku masuk campur. Dalam email tu, owner lama memang bagitahu dia rasa tak puas hati dengan lawyer firm tu. Aku pun bengang, so aku faham tahap bengang dia. Tapi aku buat senyap je lepas tu, malas nak campur, owner lama pun bukan orang biasa - biasa. Somebody dekat Petronas kot. No wonderlah dia boleh settlekan loan rumah tu sampai habis before dia pindah ke kuantan.

Erm tu jelaa pengalaman aku beli rumah subsale dekat Selangor ni. Insha- Allah, kalau lepas ni dimurahkan rezeki, bolehlah tengok rumah lain yang lebih better di masa akan datang, rumah yang sekarang ni insha Allah, jadikan sebagai aset :)

Harap - harap perkongsian aku ni dapat membantu orang - orang yang tengah nak cari rumah sekarang ni. Carilah elok - elok, disebabkan kos hidup makin tinggi, beli je lah dulu mana - mana rumah yang termampu, asalkan ada rumah, tak payah nak beli yang gah - gah sebab nak puaskan hati orang yang melihat, end of that, kalau tak mampu bayar, diri kita sendiri yang tanggung, orang lain cuma pandang sambil mengata jek.



 Till then~

Pengalaman Beli Rumah Subsale Part 1

Assallammualaikum (n_n)V

Harga rumah makin naik. Betul? Bukan harga rumah je naik, semua benda pun naik, melainkan harga kangkung je yang turun. *Eh!

before gonna-be-mine

Seperti yang dijanjikan, akhirnya hari ni aku up jugak pasal pengalaman aku beli rumah subsale. Bagi yang tak tahu. Rumah subsale adalah rumah yang kita beli dari owner rumah. Actually, ada tiga cara kita boleh beli rumah.

Beli dari bank,
Beli dari owner (subsale)
Beli secara lelongan.

Aku mula tetapkan matlamat nak beli rumah masa awal tahun 2013, dan sebelum aku kahwin, aku kena ada rumah sendiri. Lagipun, memang aku pasang azam, before aku kahwin, aku kena ada rumah sendiri, kereta sendiri dan kerja tetap. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya walaupun sebenarnya banyak liku - liku yang aku hadapi. Di ingatkan, Masa mula - mula kerja, aku tak ada simpanan, aku ada hutang kereta Myvi, aku sewa bilik RM250, ayah cuma kerja kampung. Aku ada pinjaman pelajaran.

Totally nak bagitahu. Aku tak ada sumber kewangan pun nak beli rumah. Aku tak malu nak cerita yang aku memang tak ada duit langsung nak beli rumah. Niat tu ada. Hari - hari minta mak doakan murah rezeki untuk beli rumah T_T

Keinginan aku nak beli rumah bertitik tolak bila doktor bagitahu abah perlukan rawatan dekat Hospital Serdang. Jarak dari Perak ke Serdang membuatkan abah kadang - kadang malas nak datang KL sebab nanti kena duduk dekat hotel. Pengalaman terpaksa tidur dekat parking hospital, kena halau dengan nurse semua tu semua semakin buat tekad aku nak beli rumah semakin tinggi.

Awal bulan Mac 2013 aku dah mula survey rumah dekat Mudah.my dan properties. Mula berjinak - jinak call seller untuk tahu lokasi dan price rumah. Masa decide nak beli rumah, first aku survey dulu tempat tu. Aku memang cari kawasan perumahan yang komuniti dia ada melayu, kawasan dekat dengan banyak kemudahan macam supermarket, hospital, petrol stesen, bank, sekolah dan yang paling penting dekat dengan highway sebab senang nak pergi kerja atau balik kampung.

Target area aku sebelum ini adalah kawasan Kepong, Selayang dan beberapa tempat lagi. Masa mula - mula survey, aku berkenan flat 12 tingkat dekat Jalan Kuching sebab dekat dengan Jalan Kuchingkan. Nak masukpun senang dan kawasan melayu. Tapi end of that, owner tak jadi jual. Lepas tu, aku cari dekat Mudah lagi, Aku memang decide betul - betul rupa kawasan yang aku nak, tengok punya tengok, last - last aku macam berkenan dengan kawasan Damansara Damai.

Damansara Damai ni aku biasa datang sebab rumah Encik Bulat memang area - area sini. So, memang dekat mudah aku survey harga rumah area - area Damansara Damai je lah. Macam - macam rumah aku dah view, dari apartment biasa ke apartment kos rendah hinggalah ke flat yang bertingkat - tingkat tu. Lepas puas hati dengan kawasan Damansara Damai tu, aku spesifikkan lagi pencarian aku. Satu - persatu kawasan kejiranan dekat Damanasara Damai tu aku jalan. Survey kawasan katanya.

Lepas dah jumpa apartment yang aku rasa okey dan kena dekat hati, so aku decided untuk tengok iklan - iklan rumah untuk dijual sekitar apartment tu.

Eh, lupa... sebelum aku cari rumah, aku bawak slip gaji aku ke bank untuk check agak - agak rumah harga dalam range berapa aku boleh beli dengan gaji aku masa tu. Bila orang bank tu cakap aku boleh beli rumah dalam range harga RM90K ke bawah, so aku decide untuk cari rumah lagi murah dari RM90K, Which aku target dalam RM70K.

Orang bijak pandai cakap, yang paling penting sebelum beli rumah adalah semak status kewangan sendiri; Takmo syok sendiri cari - cari rumah town house ke, semi D ke tapi nak buat loan tak lepas.

Lepas bank cakap Slip gaji aku okey, aku pergi pulak dekat Bank Negara, nak cek CCRIS. Ala, check dekat mesin yang macam kita check KWSP tu je. Masuk Ic lepas tu letak cap cari, print. Serius berdebar je masa nak tengok CCRIS tu. Alhamdulillah sebab semuanya okey :)

Mana dapat Deposit beli rumah? Yang ini tak tahu macammana nak describe, ikutkan macam malu je nak cerita. Tapi, untuk nak tolong sesiapa yang nak beli rumah sangat - sangat tapi tak ada cash, korang boleh ikut cara aku. Dengan muka tak malunya, aku nak bagitahu, aku buat personal loan untuk bayar deposit rumah. Masa tu memang tawakal je lah sebab takut tiba - tiba personal loan lulus tapi loan rumah tak lulus. Memang aku tawakal je masa tu. Nak buat personal loan tu tak salah, semua tu ikut kita nak guna untuk apa. Macam aku, aku memang buat personal loan tu khas untuk bayar 10% deposit rumah, Lawyer bank dan lawyer SnP. Bila dah buat personal loan ni, duit dah dapat, semangat kena kuat. Tambah - tambah kalau kaki shopping, lagilaaaaa semangat kena kuat, kalau terguna sikitpun duit tu, memang menangis.

Settle pasal tu. Lepas semua check dah okey, deposit semua dah ada dalam tangan, aku mula berani nak call seller untuk buat temujanji nak tengok rumah. Dengan deposit dekat tangan dan kiraan yang dah dibuat semua, aku decide nak beli apartment kos rendah je. Dari beberapa buah rumah yang aku tengok, akhirnya aku jatuh hati pada sebuah rumah ni. Iklannya aku tengok dekat mudah, tengok advertise dah lama, so macam tak mengharaplah sebab iklan dah lamakan.

Call dia, discuss - discuss terus seller tetapkan temujanji. Aku pergi tengok rumah dengan Encik Bulat. Masuk - masuk je rumah terus rasa macam ada chemistery, lain rasanya macam rumah - rumah yang aku tengok sebelum ni. Lagi aku suka sebab rumah ni ground floor, memang strategiklah. Bila dah berkenan, cakap dengan seller aku confirm nak rumah tu.

Seller tu senyum je, Encik Bulat tanya confirm ke aku nak rumah tu? aku angguk je lah. Seller cakap okey, Seller mintak slip gaji aku tiga bulan, statement bank dengan ic, dia nak try dulu applykan loan rumah untuk aku, kalau lepas, maknanya okeylah.

Memang rezeki aku agaknya, sebelum ni seller memang bagitahu ramai orang dah view rumah ni, siap nak bayar cash lagi tapi tak boleh sebab rumah ni bawah kerajaan negeri selangor, hanya orang - orang yang tak ada rumah je boleh beli. Satu hari je tunggu lepas tu seller tu call bagitahu loan rumah aku dah lulus, perasaan masa tu tak tahu nak describa macammana, syukur sangat... memang hari - hari aku doa minta Allah permudahkan semuanya.

Bila loan dah lulus, seller mintak bayar 7% downpayment (dikira sebagai booking fee). So, masa nak bayar tu, aku buat cek deposit. Bayar guna cek deposit je. fotostat cek tu untuk simpanan sendiri. Disebabkan aku tak tahu nak ambil lawyer mana untuk SnP, so aku mintak seller tu tolong rekemen mana - mana lawyer yang okey. Dia bagi dua orang lawyer untuk aku pilih, timbang punya timbang, akupun pilihlah satu lawyer ni sebab company melayukannn... Seller tu kata company tu okey, lepas tu dia cakap nanti dia forward semua dokumen aku pada lawyer tu. Aku cakap okey je lah.

Beberapa hari lepas tu bank call tanya commitment lain yang ada selain yang tertulis pada slip gaji, masa tu aku ada hutang kereta Myvi 2011, baru dua tahun guna masa tu, then dua hari lepas tu bank call suruh datang sign dan ambil offer letter. Masa tu semua benda bergerak pantaslah. Lepas je sign surat tawaran balik tu lawyer call tanya confirm ke nak ambil dorang as lawyer SnP, aku cakap okey je laa.

Seminggu lebih kurang cam tu, kerani dari lawyer firm tu call aku tanya bila nak datang sign SnP. Aku tetapkan tarikh bila nak sign, masa tu kena bawak duit fee untuk bayar lawyer SnP, around RM2K jugaklaa tambah lagi 3% baki deposit rumah. 3% tu aku buat cek deposit jugak, cuma yang lawyer fee tu je aku bayar by hand.



Lepas dah sign SnP, dapat pulak call dari Jurunilai rumah. Masa tu blur - blur je, bila dia cakap bank hantar untuk nilai harga pasaran rumah, barulah cakap. oooohhhhh... hahahahah :) Jurunilai ni bukan benda free eh. Semua benda berbayar. Untuk jurunilai rumah, fee dia around RM500 jugaklah untuk rumah aku nak beli tu. Rupanya, baru aku tahu rumah area aku tu nilai dia tinggi. Rasa bersyukurlah sebab nilai dia lagi tinggi dari harga yang aku beli. Jauh melebihi jangkaan, patutlah ada seller cakap kalau aku nak mark-up masa nak buat loan tu pun boleh. Mean, buat loan lebih dari harga rumah. Tapi aku tak nak, tak sanggup nak bayar banyak - banyak duit ke bank bulan - bulan. Biarlah value rumah tu tinggi mana pun, asalkan aku dapat bayar bulan - bulan murah. Tak lalu nak hutang banyak - banyak.

Yang ni baru part satu cerita pasal cari rumah, next aku cerita pulak pasal Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, kisah sakit jiwa dengan lawyer SnP dan lain - lain. Maaflah cik kak busy dekat office, nanti balik kte taip lagi eh. Hehehe..

Tunggu taw.
after-gonna-be-mine

K.bye!

 Till then

Cerita Weekend

Assallammualaikum (n_n)V

Hai!

Weekend hari tu, aku ajak jugak Encik Bulat pergi Big Bad Wolf dekat The Mines, walaupun pada hakikatnya, novel english mahupun novel Melayu dekat rak buku memang tak bersentuh langsung. Serius, now aku tak ada masa nak bukak novel - novel tu. Bukan nak membazir beli banyak - banyak, tapi disebabkan minat pada bukukan, so aku kena pergi jugak.. Hihihi :)

Berbulu je Encik Bulat tengok buku - buku dekat rak tu. Siap kira okey... terbaru Encik Bulat kira ada 28 buah novel Melayu tak bersentuh dan 9 novel english juga masih tak bersentuh.

Panjang mukadimah eh ;)

First picture, tengok entrance dia, gempak okey. Tengok enterance pun dah teruja, belum lagi masuk.


Masuk - masuk tengok orang lagi ramai dari buku. Padahal, masa tu pagi lagi, around dalam pukul 11.00 pagi rasanya.


Sama macam orang lain. Aku pun duk aim buku - buku yang ada koleksi. Contoh dia ada part 1, part 2 etc etc, tapi tak dapat sebab orang berebut - rebut nak cari buku. So, capai baca synopsis lepas tu masuk dalam kotak. Kendian baru tapis balik nak beli ke tak.

Hasil tapisan. Beriya - iya je cakap nak beli sikit je buku. Hahaha, padahal dalam tak nak tak nak tu grape jugaklah lima buah novel.


KISS yang tebal mengalahkan kamus dewan bahasa tu Encik Bulat punya. Sama jugak dengan set buku longman tu, Encik Bulat grap sebab dapat calculator free. RM8 tiga buku longman dapat satu calculator free, itu yang gigih Encik Bulat tu.


Lima buah buku dekat atas ni je lah yang aku beli. Tiga fantasy dan dua romance. Itupun rasa macam tak puas hati je, rasa macam tak sabar nak tunggu Encik Bulat balik dari Sibu. Nak ajak terjah lagi The Mines. Nak beli lagi... Lima buah buku ni semua sekali adalah RM25. (5 buah x 5)

Balik dari The Mines, teman mak mertua pergi basuh cadar dan selimut dekat self-service machine. Mula - mula encik Bulat macam malas jek, tengokkan wifey dia yang teruja lebih, dia ikutkan jugak. Hahaha. Serius aku yang teruja bila masuk dekat tempat ni. Sesuai sangatlah untuk orang - orang pemalas macam aku ni. 


Hari tu kengkonon lah nak mintak green light dari En Bulat, kengkonon...

S: Nanti kte nak bawak basuh sini je lah baju - baju.
EnB: Habis tu mesin basuh dekat rumah tu nak buat apa?
S: Sini kan senang, terus kering, balik terus lipat je.
EnB: Nanti kte jual dekat mummy mesin tu eh? (Sambil jeling - jeling)

Gittew. Tak pe, kalau aku angkut baju - baju pergi sinipun bukan Encik Bulat tahu, diakan outstation jekkkkkk. :P

Silalah percaya, since kenal, tunang sampai dah kawen ni aku dengan Encik Bulat masih menggelarkan diri 'Kte' dan 'kamu'

Hahaha, tak romantik eh. Kalau balik kampung, mak marah kot sebab sukati aku je meng-kamu-kamu kan encik bulat. Hahaha. 


Tengok harga dia, murah kot. Mesin basuh tu besar, jangan cakap baju berbakul - bakul. Orang pun boleh masuk. Agak - agak malas mandi, bolehlah hantar diri ke sini. Self - service katanya.

Hehehe.

K, bye!


 Till then~


Monday, February 17, 2014

Hai Isnin, please be kind

Assallammualaikum (n_n)V

Salam Isnin.
Benda yang paling dibenci bila dekat office ni adalah... blog berdomain sendiri tak boleh nak bukak! haila... bosan je rasa.

Eh!
Erm... hari ni rasa macam blur je rasa. Ada simptom - simptom terkena monday blues nih. Hari ni bangun awal giler, dalam pukul empat dah terjaga, sebab hari ni kena hantar encik Hubby aka Encik Bulat pergi LCCT. Orang tu kene gi outstation lagik. Tak menahan, balik dari Johor jumaat, hari isnin dah kena gi sarawak lagi, ni jumaat ni balik, isnin minggu depannya pergi sarawak balik.. Erm... jeles je rasa tengok orang tu asyik naik kapalterbang (@_@) huhuhu.



Hari ni mood jadik weng weng sikit sebab balik dari LCCT tadi kengkonon follow GPS, sekali entah kampung mana, hutan mana entah dia bawak. Naik bukit turun bukit, jalan besar lepas tu jalan kecik, Kawasan kampung, lepas tu masuk kawasan perumahan, lepas tu kawasan kampung balik T__T
Tekanan je rasa. Selalu kalau ikut highway biasa, kejap je dah sampai opis. LCCT ke Jalan Tun Samanthan, tak adalah jauh manapunnnn. Tapi tadi gerak dari LCCT pukul 6.40 sampai opis sharp pukul 9.00.

Memang tadi rasa macam nak baling keluar tingkap je handfone tue. Sakit gila hati... ikutkan memanglah tak jem langsung, tapi super jauhhhhh... tak tahulah nak salahkan GPS ke nak salahkan tuan dia yang sengal follow GPS je tu. Punyalah depan mata nampak simpang yang selalu guna tu, tapi tangan gatal sangat nak follow juge GPS. Apalaaaa..

Ingat hari ni nak half day je sebab nak pergi Pejabat Duti Setem dekat Duta tue. Ini pun tak tahu macam mana, gigih jugaklah duk follow GPS tu. Lepas tu stress sendiri sebab ikut jalan mana - mana lagi nanti, lepas tu nak cari parking lagi, mintak - mintak janganlah sampai dekat LHDN tu tiba - tiba office dorang dah tutup. Hari Jumaat hari tu, serius sakit jiwa, baru tau Pusat Duti setem tu tutup pukul 3.45 pm tiap - tiap hari.

:(

Haila,
Banyak sangat mengeluh eh. Luahan perasaan jew.

k,bye!



 Till then~


Saturday, February 15, 2014

Student life

Assallammualaikum (n_n)V

Semalam malam :) Tudia, malam - malam minggu ni baru nak update blog. Hihihi... biasalah, tuan blog picisan ni busy gile.

Busy kerja, busy uruskan rumah, busy nak menaip, busy nak belajar. Semua busy. Eh! Sebenarnya, nak cerita pasal kehidupan baru nie. Last week, 08 Februari hari tu aku officially sambung belajar. Belajar dekat OUM. Ambil degree je pun. Tak adalah hebat mana eh.

Minggu lepas, serius aku susah hati. Bila dah daftar, tiba - tiba rasa macam down. Terfikir - fikir boleh ke aku nak catch-up? boleh ke nak bahagikan masa dengan kerja? sempat ke nak buat assignment? Haih, bila semangat dah tinggi nak menuntut ilmu, time - time tu jugak syaiton duk hasut - hasut supaya tak payah nak belajar. Hehehe...

Setakat ni alhamdulillah, semangat kuat lagi. Hari sabtu tu, pagi - pagi dah siap masakkan makanan untuk hubby sebab kebetulan hubby ada kerja dekat airport Subang. So kengkonon nak bermanjalah suh encik bulat hantar. Tapi... Encik Bulat suh belajar pergi sendiri T__T

Gigih aku setting GPS, terketar - ketar tangan sebab rasa dah lambat. Aku gerak dari rumah pukul 9.15 pagi. Kelas mula pukul 10.15 am, di sebabkan terketar - ketar, siap Encik Bulat tolong settingkan GPS. Entah pape entah.

Lepas dah setting GPS, aku pun mulalah bergerak. Keluar je dari area rumah boleh pulak tersalah masuk lorong, terpaksalah u-turn dekat area Hospital Sungai Buloh. Ikutkan, sebenarnya tak adalah jauh manapun PJ tu. Tapi, disebabkan aku ikut jalan mana - mana entah, aku sampai dekat uni sharp pukul 10.15 :) Kemain aku meredah Kota Damansara, masuk jalan dah nak ke ikea tu, tembus kawasan perumahan mana entah, tengok - tengok dah sampai. Hahahaha :)

Benda yang agak aku risau jugak adalah sebab aku tak ada kawan. Main redah je, yang penting nawaitu nak sambung belajar. Kawan boleh cari. Apa adahal. Kawan untuk ketawa ni ramai, bersepah - sepah. Masa aku sampai dekat kelas, tengok lecturer dah ada dah. Masuk je lah, minta maaf sebab lambat then ambil tempat. Ala, kelas pertama sem pertama, ramai jugaklah yang datang lambat.

Bila dah masuk kelas, barulah aku kenal - kenal dengan kawan baru. Serius tak sangka yang akak tu pun staff TM jugak. Bila dah sembang - sembang baru tau. Selain akak tu, (Tapi aku tak panggil akak pun, walaupun dia tua empat tahun dari aku) ada dua orang lagi staff TM, semua pun sebaya aku jugak. Tapi, tak semua kelas aku sama dengan dia, dia ambil Degree in IT, aku ambil degree in IT and Networking. So, akan ada banyak kelas tak sama.

Environment belajar PJJ dekat OUM ni tak sama macam PJJ dekat UTM, etc etc sebab dekat OUM fully in english. Tak ada satu pun subject dalam bahasa melayu. Tak berani nak cakap belajar dekat OUM ni mudah. Serius!


Since last week, aku memang tengah mencari momentum, tengah cari masa yang sesuai nak study. Mula - mula memang susah sebab aku dah beberapa tahun tinggalkan zaman belajar. dengan nak hadap komputer lagi untuk virtual learning, Dengan kerja opis yang semakin banyak, memang agak seram jugak. Luckly, masa zaman belajar diploma dekat KKTMPJ dulu belajar fully in english, so, tak adalah rasa down bila sekarang kena hadap buku - buku rujukan dan note dalam english. :)

Subuh hari nak ke kelas tu, aku bukak henfon, tengok abah hantar SMS, terharu sangat sebab abah hantar SMS macam dekat bawah ni. Malam jumaat tu aku call mak, cakap dekat mak sabtu tu kelas dah mula. Mak suruh belajar elok - elok. Then, aku suruh mak cakap dekat abah jugak. Itu yang abah hantar SMS tu.


Terharu sangat bila baca sms abah ni. Gigih abah taip SMS untuk anak dia ni. Aku dapat bayangkan abah ambil masa yang lama bila taip SMS ni. Abah tak macam orang lain, pandai gila guna SMS, abah cumalah lelaki biasa, kerja kampung, pakaipun handfone biasa - biasa je. Tapi, abah gigih belajar gunakan handfone untuk menaip SMS. SMS abah ni aku tepek dekat sini sebab aku tak nak sms ni hilang. Ini antara salah satu penguat semangat aku untuk terus belajar. T__T

Okey tu je nak cerita.

:)



 Till then~


Wednesday, February 12, 2014

Review: Mr Steak House, Seksyen 13 Shah Alam

Assallammualaikum (n_n)V 

Ini cerita sabtu lepas ye. Lepas balik dari Karnival Karangkraf kat Shah Alam, En hubby ajak pergi makan western food. Disebabkan kitaorang ni tak tahu sangat area tempat makan best dekat Shah Alam, so ambillah jalan mudah dengan 'google'

Ye, google ye. Sama macam korang jugak!

So, lepas tengok review, tertariklah dengan review blogger ni tentang Mr Steak House. Gittew. Gigih dari seksyen dua ke seksyen 13 semata - mata nak mencari Mr Steak House ni. Sampai - sampai, tengok orang ramai gila.

First impression. Sedap giler ni. Bila dapat meja, terus panggil orang amek order. Tengok menu. Menu pun lebih kurang je dengan western food mana - mana. Macam biasa, kitorang ambil  Chicken Golden Bleu dan Lamb Chop.



Bila sampai. Tengok biasa - biasa je, isi sikit jek. Harga mahallaa jugak. 

Lamb chop dan Chicken Golden Bleu + horlick ais + air suam dua =  RM32.00

Berbeza dengan yang selalu makan dekat HR Steak atau pun Kapal dekat Kampung baru tu. Dekat HR Steak, amek hidangan yang sama macam dekat atas ni, tambah air suam dua dan fresh orange tak sampai RM30.

 Dekat Mr Steak House ni ada service tax kot, lain sangatlah dengan yang dekat Kampung Baru tu. Resit lupa nak snap. Nanti - nantilah aku snap, kalau ingatlaaa...

aku bagi 2.5 dari 5 bintang.
Bolehlah, biasa - biasa je. Tapi agak kecewalah jugak sebab tempat ni dapat review dari Jalan - Jalan Cari Makan TV3 kot. 

Lepas dah masuk TV, dah popular, kedai - kedai ni memang dah tak jaga kualiti sangat ke eh? Saranan untuk korang. Jangan datang waktu puncak. Datanglah weekday ke, tak adalah sesak sangat.

k,bye!

  Till then~


Sunday, February 02, 2014

Review ABC Tanjung, melaka

Assallammualaikum (n_n)V

Hi... petang tadi memang ingat nak beli coconut shake. Serius mengharap gila nak beli coconut shake yang menjadi bualan hangat tu.

Entah macammana, kitorang boleh tersalah jalan. Cari punya cari akhirnya sampai dekat satu kedai tu.   Abc Tanjung nama kedainya ;)


Dekat sini ktorang beli coconut shake Dan chocolate shake.

Harga coconut shake rm2.50, chocolate shake rm3.50.

Chocolate shake sedap, Coconut shake tu oklaa.. Cuma aiskrim vanila tu macam lebih dari isi kelapa.

Aku bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang. Oklaa ;)

Lepas dah kecewa sebab tak dapat original coconut shake.. Kitorang geraklah ke bandar melaka. Dalam perjalanan jumpalaa coconut shake tu.. Ingat nak turun beli.. Tapi hasrat tu dibatalkan sebab tengok orang beratur panjangggg gile kot. Huhuhu..


Maybe next time boleh ikut beratur.. Tapi.. Abc TaNjung ni pun okey je.. ;)

Lokasi abc tanjung ni mengarah ke pantai klebang.

K.bye!


 Till then~

Review Restoran Ikan Bakar Malim

Assallammualaikum (n_n)V


Hello bloggers. Salam weekend ;) cuti cnw ni aku dengan encik bulat short holiday dekat melaka jew. Dua hari satu malam sahaja.

Mula - mula sampai melaka terus terasa nak minum coconut shake. So, sebelum sampai klebang, singgah makan tengahari dulu.


Kitorang ambil ikan keli bakar dan ikan kembung bakar, tea o ais dengan air kosong dua.. Semua sekali rm 19.80

Harga standard kl je. Rasa biasa - biasa je. Kuah ikan bakar biasa jek, rasa macam kuah kicap nasi ayam.

Dannnn... Makanan dekat sini sangat pedas.. Hihihi ;)

Aku bagi 2.5 dari 5 bintang...

Nak cari tempat, silalaaa google ;)


 Till then~