Tuesday, January 28, 2014

Steamboat Di Rumah :)

Assallammualaikum (n_n)V

Hi!
Ini cerita jumaat last week. bersteamboat dekat rumah je ni haa.. bila dah duduk rumah sendiri ni, rasa dah malas gila nak pergi flaming steamboat tu dah. Lagipun, steamboat kat flaming tu dah mahal... huhuhu. So, gigih tak gigih jugaklah buat sos steamboat ni sendiri.

Aku try ni sebab dorang cakap sos ni resepi dia ala - ala Johnny's steamboat. So try je laa.. rasa oklaa, kalau letak daun ketumbar banyak - banyak lagi sedapppppp ;P



Resepi sos steamboat ala - ala Johnny Steamboat:

Satu paket pes tom yam adabi.
empat biji bawang putih
cili padi (optional)
cuka satu sudu
garam.
gula.
daun ketumbar.
Bijan goreng.
setengah cawan air.

cara:

Blander cili padi dengan bawang putih. Tumbuk guna lesung pun boleh :)
Lepas tu satukan dengan semua benda tu kecuali daun ketumbar dan Bijan goreng.
Masak hingga pekat. bila dah pekat tutup api lepas tu masukkan saja daun ketumbar. Lagi banyak daun ketumbar, lagi sedap.. lepas tu masukkan bijan yang dah di sangai tu.. kacau - kacau.. dah siap!

Sangai = goreng tanpa minyak.

Sos tu khas untuk orang - orang yang kurang rajin macam aku :)


Yang fishball dan kawan - kawan mereka tu aku dengan hubby beli dekat Giant je. Yang pakai timbang tu. Oklaa, banyak kot.. semua dalam RM6.00 jek. Hirisan Ayam tu marinated dengan lada hitam, bawang putih dan bawang merah, garam, kunyit, jintan manis, jintan putih,ketumbar.


Aku guna Steamboat pan yang ni. Takada Tepayaki kot... boleh guna untuk grill dan steamboat. Harga dalam RM200, beli dekat Tesco Kepong. Beli masa mula - mula masuk rumah. Bulan sebelas 2013 :)
Dah try, okey... puas hati.


:)


Kuah tomyam tu, aku guna kiub tom yam maggie tu je. Letak satu ketul je. Letak garam sikit. Nanti bila makan, letak sos ala - ala Johnny Steamboat tu, rasa dia serius terangkat. Nyum nyum.. :)


K.bye!

 Till then~



2 comments:

  1. terliur laaaa kite tgk niiiii..
    laparrrrrr

    ReplyDelete
  2. wahhh...buat sendiri lagi murah .boleh makan mcm2 kan

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998