Thursday, January 09, 2014

Selamat Pindah.

Assallammualaikum (n_n)V

Pagi tadi, masa nak kemas barang aku rasa macam sedih je kot. Alahai.. disebabkan aku tengok AGM aku dah pandang - pandang, gigihlah aku show off dekat dia aku tengah kemas barang. Dah siap kemas, Kak Exec teman aku naik atas. Sampai kat atas, nampak satu meja kosong dekat dalam bilik. Seperti yang dijangka, situ meja aku.

Lepas tu turun balik bawah, tunggu kawan sebelah, budak lelaki tolong angkat PC. Lepas tu semua orang tanya aku nak pindah mana. Eh? ai is sedih tau bila orang tanya - tanya.

Terharu gila perasaan bila akak - akak office tolong carikan drower kat aku. Ye laa, duduk atas, aku je yang staff, yang lain vendor, mana boleh simply letak barang sepah - sepah. Gigih pusing satu office nak cari drower yang tak pakai lagi.

Dah kenapa perasaan ni pun, sedih pulak, padahal duduk office bawahpun bukan aku bercakap sangat dengan orang pun. Cehh!
Lepas tu, Nisa dengan Kak Exec aku hantar aku naik atas. Nisa tolong setup PC, aku tengok je laa.. tak pe, kte bagi Cik Puan Nisa kita tolong. Hihihi.. Sampai atas, the vendor boss gelak sebab tengok aku angkut semua benda, siap kerusi pun aku ambik. Kerusi kesayangan kot. :)

Dulu, masa duduk office Ampang, aku pindah bawah pun aku angkut kerusi. Tak sangka sini pun sama. :) Adehhh, muka aku ni dah macam muka pindah randah daa, tapi aku suka, ada environment baru. Tempat baru, kerja baru, kawan kerja baru. Boss tetap boss lama, itu yang penting. Lepas ni jarang dah laa menghadap muka boss. Agak - agak dorang akan rindu aku tak? ke buat tak tahu je? hahahah.


Itu kisah masa nak berpisah tadi. Now dah okey. Gila tak suka tempat sekarang? saja je tadi aku cakap kat Nisa lepas ni dah boleh nak tengok movie kat Pc, siap boleh pasang besar -besar sebab belakang aku cuma cermin kaca je, tak ada orang nak usha daa. Nak update blog pun senang, tak payah lagi nak kecik - kecik kan window, bosan - bosan boleh pandang belakang tengok view KL, bolehlaa duk tengok monorail bergerak.

Gittew.

Tapi, office ni sunyi kot. vendor habis kerja pukul 5.00 lepas pukul 5.00 tinggallah aku, Actually, ada je staff lain, tapi dorang exec, asyik pergi meeting je.

Eh, banyak naw complain eh. Yang penting aku happy duk sini. Kak Exec aku siap nak request meja sebelah aku ni lepas vendor pindah nanti. Fewhh... seronok pulak sebab tempat ni more privasi.

Sekian luahan budak yang dipaksa pindah berstatus paksa rela :(

Pesanan penaja:



k.bai

 Till then~


6 comments:

  1. Tukar? Naik pangkat ke hehe. Cantik meja..meriah. ^___^

    ReplyDelete
  2. kenapa kena pindah??? tapi cam best jer dpt bilik sdiri... plus nak buat apa pun boleh...hehehe...

    ReplyDelete
  3. kalau selesa ok la kan..hehe sy pulak satu ofiz pindah sebab ada renovation..hehe tapi tu cite tahun lepas la..hehe

    ReplyDelete
  4. selamat bekerja ye ditempat baru walaupun bos yg same..:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum syida. hope awak dapat adapt suasana baru. Salam Maulidur Rasul :)

    ReplyDelete
  6. wahh .. seronok ler dpt tmpt strategik !! kikiki

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998