Saturday, January 04, 2014

Resepi mudah Kari ayam mamak

Assallammualaikum (n_n)V

Hihi..dah tengah malam baru kepochi nak up resepi eh.

Hari ini aku nak share resepi kari ayam ala mamak..
Bahan:
3 ketul peha ayam.
4 biji bawang putih.
4 biji bawang merah.
1 paket rempah kari daging.
2 sudu serbuk cili.
1 keping asam keping.
1 tangkai daun kari.
Garam & serbuk perasa.
Minyak untuk menumis.
Air

Cara - cara:

1- Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris nipis hingga naik bau.

2- Bancuh serbuk kari dan serbuk cili dengan sedikit air untuk dijadikan paste. Kemudian masukkan ke dalam kuali. Kemudian masukkan daun kari, kacau sehingga naik minyak.

3- Masukkan ayam dan kacau rata. Kemudian masukkan asam keping.

4- Tambah air untuk dijadikan kuah. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih dan ayam masak.

5- Siap untuk dihidang.

Sekian resepi mudah dari saya.

Gittew.




 Till then~

5 comments:

  1. sedapnya.. terliur pula malam ni. hehe

    ReplyDelete
  2. Laparnya..lagi2 bila buka blog time nak dekat tengahari ini..lapor.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum syida. wahh kari mamak! sodapnya..

    ReplyDelete
  4. mak yana mmg selalu buat kari mamak nie. senang .. sbb tak pakai santan. lg pon mmg sedap !!

    ReplyDelete
  5. assalam. awak tak guna santan.. whoaaaa... tak sabar nak try.. :)

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998