Tuesday, January 21, 2014

Random.

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat pagi. Entah kenapa entah tiba - tiba hari ni rasa nak sangat update blog. Bila baca balik entry - entry lately ni, rasa macam kurang sangat kisah pasal diri sendiri. Dah macam apa dah blog ni. Oh eh!

:)

Sebelum bercerita, meh tepek sikit gambar tuan blog. Kot - kot ada yang rindu.


Lately ni, rasa macam busy gila. Banyak benda nak fikir. Penat berfikir je laa pun. Duduk tempat baru ni best. Tapi terasa tanggungjawab makin besar pulak. Kerja makin banyak. Nak kena kejar dateline. Minggu - minggu kena hantar report.

Actually, sebelum ni bukan tak pernah hantar report. Siap hari - hari hantar report, yang ni weekly punya report. Tapi mungkin sebab duduk office bawah dulu dan kerja sebelum ni rileks sikit, so jadi blank kejap bila adopt kerja baru. Boleh? haih!

Tadi, Vendor tegur. Tengok aku fokus gila pandang pc. Macam nak masuk je dalam pc tu! dorang suruh rileks - rileks. Memang boleh. Tapi aku macam risau pulak nak nampak rileks sangat. Kejap lagi orang ingat aku tak buat kerja. Well, manusiakan... time kerja macam orang gila, orang buat tak nampak. Time kita baru nak rileks - rileks kejap, time tu laa nanti orang ingat curi tulang.

Entahlah, pengalaman kerja dekat office Ampang dulu dah banyak mengajar aku pasal pandangan manusia ni. Sampai kadang - kadang aku rasa paranoid. Adeh, pun boleh eh?

Dah, habis pasal kerja. Now pasal life after married pulak.

Life biasa je, dah ada housemate baru. Life partner. Dulu seorang - seorang, sekarang dah berdua. Dah ada kawan gaduh nak tengok tv, kawan makan, tempat merajuk... etc etc etc.


Meet my-beloved-life-partner :) Tengok gambar ni, tiba - tiba teringat peristiwa weekend hari tu. Hihihi. Hari ahad tu, lepas beli McD drive Thru, aku excited suap Encik Bulat kentang goreng. Entah macammana entah, tengah best - best suap, Encik Bulat boleh tergigit jari telunjuk aku.

Perasaan masa tu tak terkata. Sakit sangat... rasa macam jari terkepit dekat pintu kereta. Serius aku memang menangis. Berjurai - jurai air mata keluar. Sambil nangis sambil suap kentang ke mulut sendiri. Bila ingat balik, serius rasa kelakar. :)

Gambar ni di snap masa pergi Genting Highland jumaat hari tu. Pergi kejap je pun sebab dah lama tak jejak sini. Sembang punya sembang, baru terperasaan, sepanjang setahun lebih dalam tempoh bertunang, kitorang tak pernah sampai sini lagi. Kira last kitorang pergi sini masa aku duduk dekat Ampang dululaa. Cehh... dah dekat dua tahun rupanya.

Motif cerita pasal ni? Saja je... tak ada benda nak cerita. Gambar banyak. Tapi malas gila nak resize. Baru je masuk gambar kahwin untuk entry seterusnya ni. Kalau ada masa nanti aku update eh. Okey nak sambung buat kerja daa.


 Till then~


1 comment:

  1. assalam cyda...lamanya akak x singgah sini...dah x terkejar dah sekarang...mana sibuk ngan kerja..mana sibuk ngan hal2 semasa...semoga tuan rumah sihat hendaknya ya...

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998