Wednesday, January 08, 2014

Pindah.

Assallammualaikum (n_n)V

Sungguh tak sangka rupa - rupanya hari ini adalah hari terakhir aku duduk dekat meja sekarang ni. T_T
Pagi tadi, akk exec aku slow - slow cakap aku kena pindah naik atas. Mesti akk exec aku takut aku kecik hati. Disebabkan ini arahan AGM, aku ikutkan aja.

Tapi, mungkin aku tak akan dapat kubik. Punyalah aku berdoa pindah awal selama ni sebab nak chop cubik, tapi tak dapat, tunggulah bulan empat ni. Redha je laa, asalkan ada meja T_T
Lepas ni aku akan rindukan meja ni.. dari first masuk until now, dah dua tahun duduk meja ni. Dengan fridge magnet bersepah. Tak tahulah macammana nak angkut naik atas PC ni esok. Botol air lagi sampai tiga, adehhh... banyak benda kena angkat.

Dah boleh say bye bye dengan office tingkat 2. Ececeh.. macam nak pindah jauh je, padahal tingkat 7 je kot.


Tangga ni pun aku akan rindu. Selalu aku guna tangga ni je nak turun naik office. Lepas ni dah tak boleh dah. Gila tinggi nak guna tangga dari tingkat 7, iolls boleh kurus.

Tingkat 7 toilet jauh. Pernah masuk toilet tingkat 7 sekali. Seram okey! T_T

Lepas ni dah tak boleh nak main - main daa, nak belajar lagi, nak training lagi, nak handle kerja baru lagi. Lepas ni, muka ni laa kena mengadap muka mat salleh dari australia tu, hari - hari akan jumpa dengan vendor yang bahasa rasminya adalah English,
Kalau cakap English tak berhabuk, tak tahulaa,

Kelas BI free kot.

Memang saja je lah tu !

Now hati tengah sedih, jeling - jeling je tengok kalendar.. macam ada cuti. Rasa hati nak balik kampung sangat - sangat. Untung sangatlah kalau boleh isi kereta guna air je eh.. boleh balik kampung. Padan muka sendiri, lain kali duit save, ini dah tinggal berapa ringgit je baru perasan ada cuti kat kalendar. Bodoh gila perasaan tu. :(

Nak balik kampung :(
Nak spend time dengan mak abah. Untunglah orang tu, hari - hari boleh jumpa family dia. Itupun nak bising - bising lagi. Kalaulah kau kat tempat aku, tak surelah aku apa perasaan kau.

Dont worry,
Aku pahat betul - betul apa yang kau cakap tu dalam kepala otak ni. 

Pastu, masa tengah google, terserampak dengan benda ni. Eh? Biar betul? Kesian Perempuan dekat Malaysia ni eh. Huhuhu



k, bye

Yang baik itu datangnya dari Allah, 


 Till then~


4 comments:

  1. nsb baik ade blog.. dpt gak luah perasaan kannn... hehehe...

    ReplyDelete
  2. Elok2 duk atas. =)

    Yui takleh nak baca ayat belah kiri sebab iklan nuff statik..huhu.. dok bc yg nmpk je =(

    ReplyDelete
  3. alahaiii,sabar ye dear.ada hikmah lah tu..xpelah.sbr,dh nk gaji balik dh ni.nt boleh balik kg k.

    ReplyDelete
  4. Ohh..sabar ye..Nanti pasti ada ganjaran di sebalik kesabaran itu. Semangat!!! ^__^

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998