Saturday, January 18, 2014

Pengalaman.

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat malam. Tadi, masa tengah jalan - jalan dekat facebook, nampak seorang daripada kawan share benda ni. Bila baca balik, serius aku setuju.


Kehidupan ini memang sebuah sekolah. Dekat mana kita akan bertemu macam - macam jenis manusia. for sure, yang kita jumpa tu pun bukannya baik sangat. Even sedarah sedaging pun belum tentu kita rasa dia baik.

Lumrahlah tu, mana ada orang yang baik macam malaikat dalam dunia ni. Macam aku, aku pernah jumpa orang macam - macam.

Orang yang di depan baik, belakang cam taik.
Orang yang di depan jahat nauzubillah, belakang, ujung - ujung dia jugak yang datang menolong,
Orang yang nampak suci murni, belakang, dia tikam kita balik.
Orang yang macam ahli syurga, belakang dia lah mulut paling puaka penyebar berita.

Macam - macam. Tapi, itu semua pengalaman. Mengajar kita melihat orang sekeliling. Sepanjang aku dekat bumi KL ni, memang macam - macam perangai aku nampak. Bila dah masuk alam pekerjaan ni, lagi nampak true color manusia. Tapi, mungkin juga sebab aku dah dewasa, so sekarang ni tak adalah nak ter-sentap bila dengar benda bukan - bukan.

Hidup kat kota besar ni, tambahan orang macam aku ni, lagilah banyak dugaannya, lagi banyak pengalamannya. Tapi, semua tu pengalaman. Pengalaman dari pemerhatian, melihat pandangan orang dari sudut yang berbeza. Melihat manusia diuji dengan cara pandangan mereka terhadap aku.

Syukur,


 Till then~


1 comment:

  1. Assalamualaikum syida. bersabar la awak. kat dunia ni macam2 jenis orang ada..

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998