Saturday, January 25, 2014

Enroll OUM

Assallammualaikum (n_n)V

Semalam, pergi OUM dengan Encik Bulat untuk enroll. Mula - mula masa nak gerak dari ofis tak ada perasaan risau melainkan teruja je. Tapi entah macammana, nampak je bangunan OUM dekat PJ tu, tiba -tiba hati rasa takut.



Serius, macam tak sangka je nak sambung belajar lagi. Bila dah daftar, tengok banyak student dekat situ. Rasa down pulak. Entah apa - apa entah.. padahal orang yang belajar situ semuanya part - time jugak. Maybe sebab rasa nak jadi junior balik kot!

Ingat balik ayat 'Junior' tu... automatik rasa seriau. 
Hahhaha T__T

Lepas daftar, terus dorang suruh ambil modul. Untuk semester pertama ni, aku ambil tiga subjek saja :) Kelas pertama start pada 8 Februari. Aku ambil degree Networking je.. harapnya oklaa, semoga semangat nak sambung belajar ni terus mekar dalam hati.


Aku pilih OUM sebab time belajarnya flexible. Ikutkan, memang aku nak pilih UTM, tapi UTM perlukan komitmen masa yang tinggi. Kena datang kelas full. Kerja aku makin busy, so takut aku tak boleh nak bahagikan masa dengan baik.

Lepas aku survey dekat internet. 
Maka,
Aku memang memilih OUM.

Eh,
i'm student back!

Nervousnyaaa... 





 Till then~


4 comments:

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998