Monday, January 27, 2014

Dear My King

Assallammualaikum (n_n)V 

Ala, pagi - pagi dah moody. Puncanya sebab tadi masa tengah bw tertengok blog kawan yang update pasal ayah beliau. Sedih sangat bila baca hari - hari terakhir arwah ayah beliau. Berkaca - kaca dah mata ni ha T______________T


Bila dah duduk jauh ni, serius hari - hari risau. Hari - hari call mak. Seingat aku, since aku sambung belajar dekat PJ Julai 2006 dulu, tak pernah sekalipun aku lupa nak call mak. Kalau aku tak call, mak yang akan call.



Orang cakap, aku anak manja. Tapi, orang tak tahu macammana risaunya aku pada mak dan abah. Sejak abah dah ada sakit jantung ni, lagilah aku risau sangat. Aku duduk jauh. Ye, walaupun orang cakap Perak dan KL tu dekat, tapi harus diingat bahawa jarak perjalanan dari Kl ke perak mengambil masa 2 jam setengah dengan kelajuan 120km/j melainkan kau ada jet peribadi bolehlah sampai kurang setengah jam. Untung orang duduk dekat dengan family, call je kurang lima minit dah sampai :(

Last week call mak, mak cakap abah demam. Risau jangan cakaplah. Dah seminggu kot. Mak dah laa tak boleh drive. Abang aku pun duduk jauh... dari Sungai Siput nak ke Bota pun ambil masa satu jam setengah nak sampai.

Haila,

Homesick gila dah ni... ikutkan nak je lari balik kampung hari ni jumpa mak dan abah. Risau kalau apa - apa jadi. Serius. Kadang - kadang fikir balik, kenapalaa rezeki aku jauh je dari mak dan abah. Duduk jauh ni susah. Apa - apa jadi, susah. 

Erm, orang yang tak pernah duduk jauh dari family mana nak faham perasaan orang yang duduk jauh. kaannnnnnn?

Rindu + Risau = Homesick

Dear Abah, please read this:




Sekian Entry emo saya. Huhuhu

k.bye!



 Till then~


2 comments:

  1. Assalamualaikum awak.. pagi tadi sheila dapat sms daripada papa sheila. tanya pasal kandungan dan kesihatan kita.. sangat terharu kot. teringat sangat kat papa dan arwah ayah mertua. Rindu betul Y____Y

    ReplyDelete
  2. Bila duduk jauh nih memang akan rasa risau kat mak ayah..nak2 diorang sakit...lg risau

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998