Monday, January 13, 2014

Butik Pengantin Murah Di Perak.

Assallammualaikum (n_n)V

Review: Salun Atira Ayu & Spa

Masa majlis Nikah dan majlis sanding aku hari tu. Aku ambil pakej pengantin dengan Butik Atira Ayu dan Spa. Pemilik dia adalah Kak Ayu yang gojes gittew.

Pada aku, ini adalah antara Butik perkahwinan termurah dan terbaik di Bota, Kampung Gajah, Air Tawar dan Perak tengah. Pakej yang aku ambil adalah Pakej RM1000 tapi adalah penambahan sikit - sikit. Tak adalah ambil pakej RM1000 tu gitu je.

Masa majlis tu, Kak Ayu uruskan.

Semua sekali RM1800 sahaja.

a) Pelamin.

Tak sangka sebab pelamin ni cantik sangat. Masa bincang - bincang dengan Kak Ayu dulu, tak sangka langsung pelamin ni akan jadi secantik ni. Alhamdulillah sebab semua orang puas hati dengan pelamin ni :)

b) Make up Nikah & Make up Sanding:

Serius, aku tak sangka Kak Ayu boleh make-up super gini. Akukan ada tanda lahir dekat muka. So, agak terkejut jugaklah sebab tanda lahir tu boleh hilang. Serius tak nampak langsung. Jujur, aku tak berharap pun tanda tu hilang masa majlis kahwin aku. Tapi bila tengok tanda tu dah tak ada masa aku tengok cermin, aku terkejut. Jangan cakap orang lain, aku sendiri pun rasa macam tak percaya. Rasa macam bukan diri sendiri.




c) Baju Sanding (tempah lain dengan Kak Ayu)

Aku punya baju yang warna ungu tu ye. Tempah lain sebab nak matching dengan Encik Bulat. Alhamdulillah, kak Ayu okey, siap boleh consider lagi design.





Sebenarnya, aku suka baju coklat lace hitam tu. Tapi theme kitorang ungu pink. Kebetulan dekat tempat Kak Ayu tak ada warna tu, so kira okeylaa bila kak Ayu bagi peluang tempah. Harga pun berpatutan. Suka sangat :)




d) Photographer ( 3 roll )

Photographer terlupa nak snap card dia. Nanti aku letak entry lain untuk photographer eh.

Lokasi kedai Kak Ayu adalah sebelah dengan pejabat UMNO Kampung Gajah.


Untuk Facebook Kak Ayu, sila ke sini ye. :)



016 - 4103 680 - Kak Ayu

Aku rekeman butik kak Ayu ni dekat semua bakal - bakal pengantin yang sedang tercari - cari butik perkahwinan yang memenuhi budget korang. Servis Kak Ayu memang terbaik. Cantik, kemas, dan berbaloi.

PS: Kak Ayu juga ada cawangan kedua dekat Air Tawar. Apa -apa pun, korang boleh add Kak Ayu dekat facebook dan tanyalah apa yang korang nak tanya. Kak Ayu mesti balas punya.

K, bye!


 Till then~


3 comments:

  1. Thx for info... sy try contact tp no reply

    ReplyDelete
  2. Thx for info.. tp sy dh try contact Kak Ayu tp no reply.. by the way awak nmpk lovely sgt on yr day.. >.<

    ReplyDelete
  3. untuk tempahan kanopi di seri iskandar, bota, parit dan tronoh perak boleh hubungi sy di 0197321289

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998