Wednesday, January 29, 2014

officially :)

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat petang.
:)
Actually, pagi tadi baru je daftar online dalam laman web OUM sebagai student. So, tengok - tengoklah kejap jadual, nota - nota online kejap.

Tengok - tengok library bagai. Lepas tu terpandang yang dekat bawah ni.

 Jangan main - main, kelas tak mula lagi, tapi assignment dah ada, dah ada due date lagik.. kau mampu? Seram sejuk sebenarnya bila fikirkan pasal belajar. Takut pulak. APTB!

Principles of management belajar secara online, suka! suka! makna kata, aku hanya akan ke uni pada hari sabtu sahaja. Kelas aku hari sabtu jek.

Kena seru mode belajar ni.. lepas ni, mental dan fizikal kena kuat... nak kerja, nak belajar, nak jaga Encik Bulat lagi, mak abah, diri sendiri...

Semoga aku diberi kekuatan untuk sudahkan apa yang dah aku mulakan. Insha-Allah :)

k.bye!


Till then~

Tuesday, January 28, 2014

Steamboat Di Rumah :)

Assallammualaikum (n_n)V

Hi!
Ini cerita jumaat last week. bersteamboat dekat rumah je ni haa.. bila dah duduk rumah sendiri ni, rasa dah malas gila nak pergi flaming steamboat tu dah. Lagipun, steamboat kat flaming tu dah mahal... huhuhu. So, gigih tak gigih jugaklah buat sos steamboat ni sendiri.

Aku try ni sebab dorang cakap sos ni resepi dia ala - ala Johnny's steamboat. So try je laa.. rasa oklaa, kalau letak daun ketumbar banyak - banyak lagi sedapppppp ;P



Resepi sos steamboat ala - ala Johnny Steamboat:

Satu paket pes tom yam adabi.
empat biji bawang putih
cili padi (optional)
cuka satu sudu
garam.
gula.
daun ketumbar.
Bijan goreng.
setengah cawan air.

cara:

Blander cili padi dengan bawang putih. Tumbuk guna lesung pun boleh :)
Lepas tu satukan dengan semua benda tu kecuali daun ketumbar dan Bijan goreng.
Masak hingga pekat. bila dah pekat tutup api lepas tu masukkan saja daun ketumbar. Lagi banyak daun ketumbar, lagi sedap.. lepas tu masukkan bijan yang dah di sangai tu.. kacau - kacau.. dah siap!

Sangai = goreng tanpa minyak.

Sos tu khas untuk orang - orang yang kurang rajin macam aku :)


Yang fishball dan kawan - kawan mereka tu aku dengan hubby beli dekat Giant je. Yang pakai timbang tu. Oklaa, banyak kot.. semua dalam RM6.00 jek. Hirisan Ayam tu marinated dengan lada hitam, bawang putih dan bawang merah, garam, kunyit, jintan manis, jintan putih,ketumbar.


Aku guna Steamboat pan yang ni. Takada Tepayaki kot... boleh guna untuk grill dan steamboat. Harga dalam RM200, beli dekat Tesco Kepong. Beli masa mula - mula masuk rumah. Bulan sebelas 2013 :)
Dah try, okey... puas hati.


:)


Kuah tomyam tu, aku guna kiub tom yam maggie tu je. Letak satu ketul je. Letak garam sikit. Nanti bila makan, letak sos ala - ala Johnny Steamboat tu, rasa dia serius terangkat. Nyum nyum.. :)


K.bye!

 Till then~



Monday, January 27, 2014

Dear My King

Assallammualaikum (n_n)V 

Ala, pagi - pagi dah moody. Puncanya sebab tadi masa tengah bw tertengok blog kawan yang update pasal ayah beliau. Sedih sangat bila baca hari - hari terakhir arwah ayah beliau. Berkaca - kaca dah mata ni ha T______________T


Bila dah duduk jauh ni, serius hari - hari risau. Hari - hari call mak. Seingat aku, since aku sambung belajar dekat PJ Julai 2006 dulu, tak pernah sekalipun aku lupa nak call mak. Kalau aku tak call, mak yang akan call.



Orang cakap, aku anak manja. Tapi, orang tak tahu macammana risaunya aku pada mak dan abah. Sejak abah dah ada sakit jantung ni, lagilah aku risau sangat. Aku duduk jauh. Ye, walaupun orang cakap Perak dan KL tu dekat, tapi harus diingat bahawa jarak perjalanan dari Kl ke perak mengambil masa 2 jam setengah dengan kelajuan 120km/j melainkan kau ada jet peribadi bolehlah sampai kurang setengah jam. Untung orang duduk dekat dengan family, call je kurang lima minit dah sampai :(

Last week call mak, mak cakap abah demam. Risau jangan cakaplah. Dah seminggu kot. Mak dah laa tak boleh drive. Abang aku pun duduk jauh... dari Sungai Siput nak ke Bota pun ambil masa satu jam setengah nak sampai.

Haila,

Homesick gila dah ni... ikutkan nak je lari balik kampung hari ni jumpa mak dan abah. Risau kalau apa - apa jadi. Serius. Kadang - kadang fikir balik, kenapalaa rezeki aku jauh je dari mak dan abah. Duduk jauh ni susah. Apa - apa jadi, susah. 

Erm, orang yang tak pernah duduk jauh dari family mana nak faham perasaan orang yang duduk jauh. kaannnnnnn?

Rindu + Risau = Homesick

Dear Abah, please read this:




Sekian Entry emo saya. Huhuhu

k.bye!



 Till then~


Saturday, January 25, 2014

Enroll OUM

Assallammualaikum (n_n)V

Semalam, pergi OUM dengan Encik Bulat untuk enroll. Mula - mula masa nak gerak dari ofis tak ada perasaan risau melainkan teruja je. Tapi entah macammana, nampak je bangunan OUM dekat PJ tu, tiba -tiba hati rasa takut.



Serius, macam tak sangka je nak sambung belajar lagi. Bila dah daftar, tengok banyak student dekat situ. Rasa down pulak. Entah apa - apa entah.. padahal orang yang belajar situ semuanya part - time jugak. Maybe sebab rasa nak jadi junior balik kot!

Ingat balik ayat 'Junior' tu... automatik rasa seriau. 
Hahhaha T__T

Lepas daftar, terus dorang suruh ambil modul. Untuk semester pertama ni, aku ambil tiga subjek saja :) Kelas pertama start pada 8 Februari. Aku ambil degree Networking je.. harapnya oklaa, semoga semangat nak sambung belajar ni terus mekar dalam hati.


Aku pilih OUM sebab time belajarnya flexible. Ikutkan, memang aku nak pilih UTM, tapi UTM perlukan komitmen masa yang tinggi. Kena datang kelas full. Kerja aku makin busy, so takut aku tak boleh nak bahagikan masa dengan baik.

Lepas aku survey dekat internet. 
Maka,
Aku memang memilih OUM.

Eh,
i'm student back!

Nervousnyaaa... 





 Till then~


Thursday, January 23, 2014

Quoted :)

Assallammualaikum (n_n)V 


#reminder

Adehhh.. teringat benda lepas pulak T_T


 Till then~

Tuesday, January 21, 2014

Random.

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat pagi. Entah kenapa entah tiba - tiba hari ni rasa nak sangat update blog. Bila baca balik entry - entry lately ni, rasa macam kurang sangat kisah pasal diri sendiri. Dah macam apa dah blog ni. Oh eh!

:)

Sebelum bercerita, meh tepek sikit gambar tuan blog. Kot - kot ada yang rindu.


Lately ni, rasa macam busy gila. Banyak benda nak fikir. Penat berfikir je laa pun. Duduk tempat baru ni best. Tapi terasa tanggungjawab makin besar pulak. Kerja makin banyak. Nak kena kejar dateline. Minggu - minggu kena hantar report.

Actually, sebelum ni bukan tak pernah hantar report. Siap hari - hari hantar report, yang ni weekly punya report. Tapi mungkin sebab duduk office bawah dulu dan kerja sebelum ni rileks sikit, so jadi blank kejap bila adopt kerja baru. Boleh? haih!

Tadi, Vendor tegur. Tengok aku fokus gila pandang pc. Macam nak masuk je dalam pc tu! dorang suruh rileks - rileks. Memang boleh. Tapi aku macam risau pulak nak nampak rileks sangat. Kejap lagi orang ingat aku tak buat kerja. Well, manusiakan... time kerja macam orang gila, orang buat tak nampak. Time kita baru nak rileks - rileks kejap, time tu laa nanti orang ingat curi tulang.

Entahlah, pengalaman kerja dekat office Ampang dulu dah banyak mengajar aku pasal pandangan manusia ni. Sampai kadang - kadang aku rasa paranoid. Adeh, pun boleh eh?

Dah, habis pasal kerja. Now pasal life after married pulak.

Life biasa je, dah ada housemate baru. Life partner. Dulu seorang - seorang, sekarang dah berdua. Dah ada kawan gaduh nak tengok tv, kawan makan, tempat merajuk... etc etc etc.


Meet my-beloved-life-partner :) Tengok gambar ni, tiba - tiba teringat peristiwa weekend hari tu. Hihihi. Hari ahad tu, lepas beli McD drive Thru, aku excited suap Encik Bulat kentang goreng. Entah macammana entah, tengah best - best suap, Encik Bulat boleh tergigit jari telunjuk aku.

Perasaan masa tu tak terkata. Sakit sangat... rasa macam jari terkepit dekat pintu kereta. Serius aku memang menangis. Berjurai - jurai air mata keluar. Sambil nangis sambil suap kentang ke mulut sendiri. Bila ingat balik, serius rasa kelakar. :)

Gambar ni di snap masa pergi Genting Highland jumaat hari tu. Pergi kejap je pun sebab dah lama tak jejak sini. Sembang punya sembang, baru terperasaan, sepanjang setahun lebih dalam tempoh bertunang, kitorang tak pernah sampai sini lagi. Kira last kitorang pergi sini masa aku duduk dekat Ampang dululaa. Cehh... dah dekat dua tahun rupanya.

Motif cerita pasal ni? Saja je... tak ada benda nak cerita. Gambar banyak. Tapi malas gila nak resize. Baru je masuk gambar kahwin untuk entry seterusnya ni. Kalau ada masa nanti aku update eh. Okey nak sambung buat kerja daa.


 Till then~


Saturday, January 18, 2014

Pengalaman.

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat malam. Tadi, masa tengah jalan - jalan dekat facebook, nampak seorang daripada kawan share benda ni. Bila baca balik, serius aku setuju.


Kehidupan ini memang sebuah sekolah. Dekat mana kita akan bertemu macam - macam jenis manusia. for sure, yang kita jumpa tu pun bukannya baik sangat. Even sedarah sedaging pun belum tentu kita rasa dia baik.

Lumrahlah tu, mana ada orang yang baik macam malaikat dalam dunia ni. Macam aku, aku pernah jumpa orang macam - macam.

Orang yang di depan baik, belakang cam taik.
Orang yang di depan jahat nauzubillah, belakang, ujung - ujung dia jugak yang datang menolong,
Orang yang nampak suci murni, belakang, dia tikam kita balik.
Orang yang macam ahli syurga, belakang dia lah mulut paling puaka penyebar berita.

Macam - macam. Tapi, itu semua pengalaman. Mengajar kita melihat orang sekeliling. Sepanjang aku dekat bumi KL ni, memang macam - macam perangai aku nampak. Bila dah masuk alam pekerjaan ni, lagi nampak true color manusia. Tapi, mungkin juga sebab aku dah dewasa, so sekarang ni tak adalah nak ter-sentap bila dengar benda bukan - bukan.

Hidup kat kota besar ni, tambahan orang macam aku ni, lagilah banyak dugaannya, lagi banyak pengalamannya. Tapi, semua tu pengalaman. Pengalaman dari pemerhatian, melihat pandangan orang dari sudut yang berbeza. Melihat manusia diuji dengan cara pandangan mereka terhadap aku.

Syukur,


 Till then~


Tuesday, January 14, 2014

Review: Kad Kahwin (DIY)

Assallammualaikum (n_n)V



Untuk majlis kahwin aku. Kad kahwin memang aku DIY je. Entah kenapa, rasa macam nak-nak-sangat buat guna tangan sendiri.



Hasil Photoscape, Microsoft Publisher dan Microsoft Word, maka jadilah jugak kad kahwin impian aku. Hahaha. Actually, timbulnya niat nak DIY je kad kahwin ni adalah disebabkan faktor:
  • Kad Kahwin entah apa - apa tapi mahal
  • Even tempah kad kahwin tetap kena draw peta sendiri.
  • Lambat siap.
  • Nak kad cepat.
  • Nak kepuasan
  • Ala, nanti lepas baca orang buang juga (faktor utama)
Hehehe, jangan main - main, sampul kad kahwin pun aku print tarikh hokeys. :)


Gambar bawah, proses print sebagai bukti. Guna print biasa je, Printer zaman belajar dulu, dah enam tahun printer ni. Tahan lagi kot.


Aku guna kertas yang dekat bawah ni.

Warna: Ivory.
Tebal: 230 gsm (Dalam dia ada 100 keping)


Gambar bawah, draft view guna Microsoft Publisher.


Gambar peta. Hasil draw guna Microsoft word dan Photoscape.






Kesimpulannya, aku puas hati dengan kad kahwin aku. Yang penting aku buat sendiri.


 Till then~


Review: Tempah Bunting Murah

Assallammualaikum (n_n)V

Actually, buntingpun aku DIY, ambil design untuk bunting dari kad kahwin yang aku DIY sendiri kemudian hantar print. Alhamdulillah, puas hati dengan servis yang diberi. Tambahan, kerjanya pun cepat. Seminggu dah siap. Aku tempah untuk tiga bunting semua RM40 sahaja.

Okeylah tu. RM40 untuk tiga bunting. Berbaloilah kannnnn...

Bunting aku:


Aku tempah bunting dekat bawah ni. Since office aku memang dekat dengan tempat ni. Memang berbaloilah singgah sini je :)

Mula - mula aku datang tanya harga. Lepas fikir - fikir, hantar design dan discussion thru email je. Mudah dan pantas.



k, bye.


 Till then~


Monday, January 13, 2014

Butik Pengantin Murah Di Perak.

Assallammualaikum (n_n)V

Review: Salun Atira Ayu & Spa

Masa majlis Nikah dan majlis sanding aku hari tu. Aku ambil pakej pengantin dengan Butik Atira Ayu dan Spa. Pemilik dia adalah Kak Ayu yang gojes gittew.

Pada aku, ini adalah antara Butik perkahwinan termurah dan terbaik di Bota, Kampung Gajah, Air Tawar dan Perak tengah. Pakej yang aku ambil adalah Pakej RM1000 tapi adalah penambahan sikit - sikit. Tak adalah ambil pakej RM1000 tu gitu je.

Masa majlis tu, Kak Ayu uruskan.

Semua sekali RM1800 sahaja.

a) Pelamin.

Tak sangka sebab pelamin ni cantik sangat. Masa bincang - bincang dengan Kak Ayu dulu, tak sangka langsung pelamin ni akan jadi secantik ni. Alhamdulillah sebab semua orang puas hati dengan pelamin ni :)

b) Make up Nikah & Make up Sanding:

Serius, aku tak sangka Kak Ayu boleh make-up super gini. Akukan ada tanda lahir dekat muka. So, agak terkejut jugaklah sebab tanda lahir tu boleh hilang. Serius tak nampak langsung. Jujur, aku tak berharap pun tanda tu hilang masa majlis kahwin aku. Tapi bila tengok tanda tu dah tak ada masa aku tengok cermin, aku terkejut. Jangan cakap orang lain, aku sendiri pun rasa macam tak percaya. Rasa macam bukan diri sendiri.




c) Baju Sanding (tempah lain dengan Kak Ayu)

Aku punya baju yang warna ungu tu ye. Tempah lain sebab nak matching dengan Encik Bulat. Alhamdulillah, kak Ayu okey, siap boleh consider lagi design.





Sebenarnya, aku suka baju coklat lace hitam tu. Tapi theme kitorang ungu pink. Kebetulan dekat tempat Kak Ayu tak ada warna tu, so kira okeylaa bila kak Ayu bagi peluang tempah. Harga pun berpatutan. Suka sangat :)




d) Photographer ( 3 roll )

Photographer terlupa nak snap card dia. Nanti aku letak entry lain untuk photographer eh.

Lokasi kedai Kak Ayu adalah sebelah dengan pejabat UMNO Kampung Gajah.


Untuk Facebook Kak Ayu, sila ke sini ye. :)



016 - 4103 680 - Kak Ayu

Aku rekeman butik kak Ayu ni dekat semua bakal - bakal pengantin yang sedang tercari - cari butik perkahwinan yang memenuhi budget korang. Servis Kak Ayu memang terbaik. Cantik, kemas, dan berbaloi.

PS: Kak Ayu juga ada cawangan kedua dekat Air Tawar. Apa -apa pun, korang boleh add Kak Ayu dekat facebook dan tanyalah apa yang korang nak tanya. Kak Ayu mesti balas punya.

K, bye!


 Till then~


Thursday, January 09, 2014

Selamat Pindah.

Assallammualaikum (n_n)V

Pagi tadi, masa nak kemas barang aku rasa macam sedih je kot. Alahai.. disebabkan aku tengok AGM aku dah pandang - pandang, gigihlah aku show off dekat dia aku tengah kemas barang. Dah siap kemas, Kak Exec teman aku naik atas. Sampai kat atas, nampak satu meja kosong dekat dalam bilik. Seperti yang dijangka, situ meja aku.

Lepas tu turun balik bawah, tunggu kawan sebelah, budak lelaki tolong angkat PC. Lepas tu semua orang tanya aku nak pindah mana. Eh? ai is sedih tau bila orang tanya - tanya.

Terharu gila perasaan bila akak - akak office tolong carikan drower kat aku. Ye laa, duduk atas, aku je yang staff, yang lain vendor, mana boleh simply letak barang sepah - sepah. Gigih pusing satu office nak cari drower yang tak pakai lagi.

Dah kenapa perasaan ni pun, sedih pulak, padahal duduk office bawahpun bukan aku bercakap sangat dengan orang pun. Cehh!
Lepas tu, Nisa dengan Kak Exec aku hantar aku naik atas. Nisa tolong setup PC, aku tengok je laa.. tak pe, kte bagi Cik Puan Nisa kita tolong. Hihihi.. Sampai atas, the vendor boss gelak sebab tengok aku angkut semua benda, siap kerusi pun aku ambik. Kerusi kesayangan kot. :)

Dulu, masa duduk office Ampang, aku pindah bawah pun aku angkut kerusi. Tak sangka sini pun sama. :) Adehhh, muka aku ni dah macam muka pindah randah daa, tapi aku suka, ada environment baru. Tempat baru, kerja baru, kawan kerja baru. Boss tetap boss lama, itu yang penting. Lepas ni jarang dah laa menghadap muka boss. Agak - agak dorang akan rindu aku tak? ke buat tak tahu je? hahahah.


Itu kisah masa nak berpisah tadi. Now dah okey. Gila tak suka tempat sekarang? saja je tadi aku cakap kat Nisa lepas ni dah boleh nak tengok movie kat Pc, siap boleh pasang besar -besar sebab belakang aku cuma cermin kaca je, tak ada orang nak usha daa. Nak update blog pun senang, tak payah lagi nak kecik - kecik kan window, bosan - bosan boleh pandang belakang tengok view KL, bolehlaa duk tengok monorail bergerak.

Gittew.

Tapi, office ni sunyi kot. vendor habis kerja pukul 5.00 lepas pukul 5.00 tinggallah aku, Actually, ada je staff lain, tapi dorang exec, asyik pergi meeting je.

Eh, banyak naw complain eh. Yang penting aku happy duk sini. Kak Exec aku siap nak request meja sebelah aku ni lepas vendor pindah nanti. Fewhh... seronok pulak sebab tempat ni more privasi.

Sekian luahan budak yang dipaksa pindah berstatus paksa rela :(

Pesanan penaja:



k.bai

 Till then~


Wednesday, January 08, 2014

Pindah.

Assallammualaikum (n_n)V

Sungguh tak sangka rupa - rupanya hari ini adalah hari terakhir aku duduk dekat meja sekarang ni. T_T
Pagi tadi, akk exec aku slow - slow cakap aku kena pindah naik atas. Mesti akk exec aku takut aku kecik hati. Disebabkan ini arahan AGM, aku ikutkan aja.

Tapi, mungkin aku tak akan dapat kubik. Punyalah aku berdoa pindah awal selama ni sebab nak chop cubik, tapi tak dapat, tunggulah bulan empat ni. Redha je laa, asalkan ada meja T_T
Lepas ni aku akan rindukan meja ni.. dari first masuk until now, dah dua tahun duduk meja ni. Dengan fridge magnet bersepah. Tak tahulah macammana nak angkut naik atas PC ni esok. Botol air lagi sampai tiga, adehhh... banyak benda kena angkat.

Dah boleh say bye bye dengan office tingkat 2. Ececeh.. macam nak pindah jauh je, padahal tingkat 7 je kot.


Tangga ni pun aku akan rindu. Selalu aku guna tangga ni je nak turun naik office. Lepas ni dah tak boleh dah. Gila tinggi nak guna tangga dari tingkat 7, iolls boleh kurus.

Tingkat 7 toilet jauh. Pernah masuk toilet tingkat 7 sekali. Seram okey! T_T

Lepas ni dah tak boleh nak main - main daa, nak belajar lagi, nak training lagi, nak handle kerja baru lagi. Lepas ni, muka ni laa kena mengadap muka mat salleh dari australia tu, hari - hari akan jumpa dengan vendor yang bahasa rasminya adalah English,
Kalau cakap English tak berhabuk, tak tahulaa,

Kelas BI free kot.

Memang saja je lah tu !

Now hati tengah sedih, jeling - jeling je tengok kalendar.. macam ada cuti. Rasa hati nak balik kampung sangat - sangat. Untung sangatlah kalau boleh isi kereta guna air je eh.. boleh balik kampung. Padan muka sendiri, lain kali duit save, ini dah tinggal berapa ringgit je baru perasan ada cuti kat kalendar. Bodoh gila perasaan tu. :(

Nak balik kampung :(
Nak spend time dengan mak abah. Untunglah orang tu, hari - hari boleh jumpa family dia. Itupun nak bising - bising lagi. Kalaulah kau kat tempat aku, tak surelah aku apa perasaan kau.

Dont worry,
Aku pahat betul - betul apa yang kau cakap tu dalam kepala otak ni. 

Pastu, masa tengah google, terserampak dengan benda ni. Eh? Biar betul? Kesian Perempuan dekat Malaysia ni eh. Huhuhu



k, bye

Yang baik itu datangnya dari Allah, 


 Till then~


Monday, January 06, 2014

Hadiah Kahwin lagi :)

Assallammualaikum (n_n)V

Alhamdulillah, last week masuk office, tengok atas meja ada hadiah kahwin lagi. hihihi.. tak lama lepas tu Encik Bulat call pulak cakap boss dia bagi hadiah kahwin.

Office Encik Bulat serius best, tak putus - putus hadiah dia! hari tu dapat duit, banyak pulak tu. Lepas tu siap boleh request nak hadiah apa lagi.

Jumaat hari tu, Encik Bulat bawak balik Oven, Office dia bagi. Gittew.. Alhamdulillah,  rezeki untuk membaking :)


Tadi pulak, Kak opis hulur hadiah yang kawan aku hantar minggu lepas. Kawan aku bagi novel terbaru dia sebagai hadiah kahwin. Serius terharu. 

Meet novel kawan aku.



Ini novel ketiga beliau. Novel pertama Perlu Kamu dan novel kedua Superbike itu cinta dah ada, yang ketiga ni pula dihadiahkan sendiri oleh pemiliknya. suka suka suka. Tak sabar nak baca. :)

Harus aku besarkan gambar ni, motipnya sebab ucapan tu. Serius, dekat dia jugaklah aku luahkan tentang nasib penulisan aku. :)

"Teruskan menulis,"

Cehhh... macam beliau tahu - tahu je yang aku down dan tak de hati nak menulis lagi ni.



 Till then~


Saturday, January 04, 2014

Resepi mudah Kari ayam mamak

Assallammualaikum (n_n)V

Hihi..dah tengah malam baru kepochi nak up resepi eh.

Hari ini aku nak share resepi kari ayam ala mamak..
Bahan:
3 ketul peha ayam.
4 biji bawang putih.
4 biji bawang merah.
1 paket rempah kari daging.
2 sudu serbuk cili.
1 keping asam keping.
1 tangkai daun kari.
Garam & serbuk perasa.
Minyak untuk menumis.
Air

Cara - cara:

1- Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris nipis hingga naik bau.

2- Bancuh serbuk kari dan serbuk cili dengan sedikit air untuk dijadikan paste. Kemudian masukkan ke dalam kuali. Kemudian masukkan daun kari, kacau sehingga naik minyak.

3- Masukkan ayam dan kacau rata. Kemudian masukkan asam keping.

4- Tambah air untuk dijadikan kuah. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih dan ayam masak.

5- Siap untuk dihidang.

Sekian resepi mudah dari saya.

Gittew.




 Till then~