Tuesday, December 31, 2013

Entry Terakhir 2013

Assallammualaikum (n_n)V

Hihihi,
Lama sangat tak menaip cerita eh. Di sebabkan ini adalah entry terakhir 2013. Gigih jugaklah aku menaip. Gittew.

Sedar tak sedar, kejap je dah 31 Disember 2013. Rasa macam kejap  je masa berlalu. Rasa macam beberapa bulan lepas aku menaip entry disember 2012.

Macam orang lain, 2013 aku pun still ada target. Tapi, target tu aku tak adalah nak kepochi kat blog, buat rileks je.

Awal tahun 2013, aku set tiga benda yang aku kena archive selama 365 hari dalam 2013. Serius itulah matlamat aku yang paling penting.

1- Beli rumah sendiri.
2- Kahwin.
3-At list satu novel aku akan terbit.

Well,
Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang. Tapi, Allah yang tentukan semuanya.

1- Beli Rumah sendiri.

Alhamdullillah sangat - sangat sebab Allah permudahkan segala urusan aku untuk beli rumah sebelum aku kahwin. Walaupun setakat apartment kos rendah biasa je tapi aku rasa syukur sangat. Tak sangka Allah permudahkan segala urusan aku untuk dapatkan rumah sekarang ni, dengan izin Allah, awal bulan tiga sampailah hujung bulan sembilan, semua benda settle. Perasaan jangan cakaplah, rasa macam tak percaya je dah ada rumah sendiri. :)





2- Kahwin.

Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan untuk membina masjid, untuk menghalalkan segala - galanya. Allah hadiahkan life partner. Teman bergaduh, teman ketawa. Sungguh tak sangka, dari zaman - zaman kau & aku, sekarang dah jadi kita & sayang. Serius, ini pun tak dapat nak dinafikan kuasa Allah. Di saat hati rasa kekurangan, tak cantik, tak sempurna, Allah masih tak lupakan diri ini, Allah hantar Encik Hubby untuk menjadi life partner. Siapa sangka, jodoh panjang... dari kawan biasa menjadi kawan baik, then jadi tunang, kemudian life partner. 

Ye, jodoh bukan terletak pada wajah - Encik Hubby cakap. :)


meet my beloved-best friend-life-partner-housemate- 

3- Novel.

365 hari sepanjang 2013, memang banyak dugaan aku tentang novel dan penulisan. Macam - macam manusia aku jumpa. Macammana rasa terkejar - kejar. Rasa macam nak gila pun ada. Tapi paling geram bila jumpa beberapa publisher yang 'jahat'. Bukan satu tapi lebih dari satu. Perasaan memang sakit hati, tapi dekat situ aku belajar banyak benda. Mengajar aku untuk melihat manusia dari persepsi yang lain. 

Walaupun novel aku tetap tak publish lagi. Tapi teruja jugak sebab ada salah satu cerpen aku di-intai oleh satu penerbitan untuk terbitan televisyen. Walaupun aku masih tak sure lagi statusnya, sedikit demi sedikit ianya memberi sedikit harapan sebenarnya.

Tahun 2013 juga melihat tiga manuskrip aku selamat berteduh di tiga penerbitan. Kalau ada rezeki, terbitlah kot, kalau tak... senyap je laa. Its life, aku tak sedih sangat, aku okey je sebab aku tahu, semua tu aku usaha sendiri. Pahit manis aku tempuh sendiri, tak ada langsung jalan pintas!

Walaupun novel aku tak berjaya diterbitkan 2013, tapi Allah gantikan ianya dengan kegembiraan lain. Benda yang aku tak sangka. Serius speechless.


Alhamdulillah. Sesungguhnya, nikmat Tuhan yang mana harus aku nafikan.

2014, dengan izinnya insyaAllah aku akan bergelar pelajar kembali. 


Sekian,

Hei hei 2014, please be nice to me!

Resolusi 2014,
Senyap - senyap je la.. Insya-Allah kalau umur panjang, hujung tahun 2014 nanti aku story.


Terima kasih sebab setia baca blog kisah hidup Hemangioma-girl nie eh. 

To blogger friends, terima kasih kerana selalu ada. Even tak pernah bersua, kesudian kalian meninggalkan jejak sangat - sangat dihargai. *Hug*

To stranger, terima kasih sebab sentiasa singgah dan ter-inspirasi dengan kisah hidup budak-perempuan-yang-ada-tanda-lahir dekat muka ni.

To HATERS, terima kasih sebab sentiasa singgah dan terus skodeng dan CARING gila kentang kat diri budak perempuan yang ada birthmark ni. Semoga kisah hidup aku yang biasa - biasa ni akan selalu memberi KAU inspirasi dan menghargai diri sendiri eh!

K, bye.


Hemangiomas are a common vascular birthmark. Their cause is unknown. The color results from the development of blood vessels at the site.





 Till then~


6 comments:

  1. /tahniah k.shida, bila walimah akk ni? bestnye akk dh ada umah sendiri. nnt kalau novel akk dh publish bgtau ye. insyaAllah eta akan beli. tahniah akk. salute sgt2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macehhh eta :) majlis kte 07 Dis 2013 hihihi. InsyaAllah, nanti kalau novel kte dah publish, kte inform eta ye.Tahniah juga kat Eta, selamat berhijrah :)

      Delete
  2. bestnye ade umh sndiri!!! huhu.. inshaAllah ade rezeki nt saye nk beli umh jgk.. hihi

    ReplyDelete
  3. selamat pengantin baru, sorry tak dpt dtg ari tue..same ngan besday mak ayu..sorry sgt2..

    #ceemailkatsayamcmmananakdptkanpinjamantmutkbelajarnganbeliumahkenekuarduittak#

    ReplyDelete
  4. Tahniah untuk semuanya..Semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Seronoknya tengok syida bahagia. ^_______________^

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum syida. awak memang menetap terus kat Damai ye? boleh kita jumpa. setiap weekend sheila balik rumah mak dekat Damai. nanti kita p lepak makan dekat Tok Yems nak? hehehe alhamdulllilah murah rezeki dapat beli rumah, kawin. hehee semoga dikurniakan zuriat penyeri rumah tangga ye :)

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998