Wednesday, July 24, 2013

RUMAH NUR KASIH BESTARI

Assallammualaikum (n_n)V 

Bismillah, sempena bulan ramadhan ni, sama-sama kita berkongsi cahaya ramadan. InsyaAllah. Tahu, hari ni hari gaji, so... marilah sama-sama kita kongsikan. Tak banyak, janji ikhlas :D Jangan angkuh cakap takut tak cukup duit nak sedekah. Sesungguhnya Allah akan mencukupkan rezeki hamba-hambanya. Kadang-kadang, Allah kembalikan semula rezeki kita dengan cara yang tidak kita terfikir. In sha Allah, :)


RUMAH NUR KASIH BESTARI

Rumah ni letak satu daerah dekat dengan rumah aku dekat kampung. Dulu, aku tak tahu ni salah satu rumah anak-anak yatim, bila selalu lalu depan rumah ni, baru perasan... 


Lokasinya sangat strategik. Kalau korang nak ke Lumut dari Ipoh melalui Sri Iskandar, sudah tentu akan melalui traffic light di Bota Kanan. Betul-betul lepas lampu isyarat, korang tengok ke kiri, ada sebuah rumah bunglow agak lama. Berpagar tergantung banner dengan tulisan: RUMAH NUR KASIH BESTARI Dengan font merah terang.
Beralamat di: Kg Selat, Bota Kanan 3200, Bota, Perak.
018-2365692. 0184077493
rumahnurkasihbestari@yahoo.com
Rumah nur kasih bestari menaungi anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat. Mudah untuk dikunjungi, untuk memberi nikmat-nikmat Tuhan yang berlebihan yang ada pada sesiapa saja. 

Rumah Nur Kasih Bestari (RNKB), Bota Kanan baru beroperasi pada awal Januari 2010 di bawah nombor pendaftaran IP0319641-T. RNKB merupakan sebuah pusat kebajikan yang pada masa ini menempatkan seramai 16 orang kanak-kanak dan remaja perempuan yang terdiri daripada:

1. anak-anak yatim
2. anak fakir miskin
3. asnaf zakat
4. remaja bermasalah

Program utama ialah program-program ibadah dan pendidikan. Antaranya ialah:
1. sembahyang jemaah
2. wirid dan zikir
3. kelas fardhu ain
4. pengurusan kebersihan
5. rehlah dll

RNKB mengalu-alukan segala bantuan dan sumbangan yang boleh diberikan untuk membiayai keperluan dan perbelanjaan yang diperlukan terutama untuk keperluan persekolahan, makan-minum, penginapan, utiliti, rawatan kesihatan dll.

Sebaran pertanyaan dan urusan bolehlah berhubung denga:
Pn Nurul (Umu Saihah) 019-4168397
Pn Nurul Jannah 013-4854294
Pn Aishah 019-4644618

Sumbangan berupa wang tunai atau cek boleh di bank in ke dalam akaun
CIMB Bank No. Akaun 14270000088100
atau cek di atas nama
NUR KASIH BESTARI (CIMB) 14270000088100

Till then~


Tuesday, July 23, 2013

Peta.

Assallammualaikum (n_n)V

Hai, selamat petang... korang sihat? hari ni lauk berbuka apa? Aku macam biasalah, jenguk bazaar ramadan saja. Niat di hati hari ni tak nak makan nasi. Tapi tak tahulah tercapai ke tak hasrat tu. Hehehe :) Pagi tadi sahur aku makan biskut, minum milo dengan minum soya protein cosway campur dengan sunquick.

Soya Sanquick? hahaha, tak payah imaginelah, memang tak sedap langsung. Soya protein cosway tu memang tak sedap! langsung tak! kalau minum dengan air biasa tawar je, kalau campur dengan air milo ke, nescafe ke, rasa pahit dia lain macam.. last-last aku campur dengan oren sanquick. Serius memang tak sedap.. rasa macam minum sunquick dengan tepung :( tapi hadap je lah, kalau tak minum nanti gastrik lagi... huhuhu. Siapa rasa nak try bolehlah try.. :)

Actually, memang kad jemputan kawen aku dah siap design, Tapi bila tengok peta macam tak berapa nak yakin je. Siap nak letak map mula dari highway exit Tapah... budget semua kawan-kawan jauh nak datang, bila fikir balik macam nak buat dekat-dekat je... entahlah, gigih lunch hour duduk depan pc menghadap google map..


Last-last pening! erm... balik nantilah suruh abah design peta. Abah aku suka complain peta yang dia tak faham.. kejap lagi aku tunjuk peta yang aku lukis, mesti aku sentap bila abah komen... :) sebelum kena komen, so kita biarkan saja Pakcik Yusof design peta ikut kepakaran beliau. Hihihihi

Erm... sekejap je masa berlalu eh, sedar-sedar dah separuh ramadhan.

Lagi dua minggu dah nak raya. Rasa pelik pulak bila raya kali ni aku tak beli kuih. Musykil sungguh. Korang dah buat kuih raya daa?

Eh, padahal nak cerita pasal peta je tadi eh? haih...

:)

K.bye... takde gambar nak tepek, handfone problem, tunggu masa nak kena format je nie...Selamat berpuasa korang :D



 Till then~


Wednesday, July 17, 2013

Resepi Masak Ampap Ikan

Assallammualaikum (n_n)V 

Selamat tengahari. Lapar eh, sabar ye... kita serupa :) hari ni pun aku teringatkan kampung... teringat masakan mak. Hari ini teringin nak makan masak ampap ikan, korang tak tahu nak masak apakan? meh cuba nie...

Actually, masak ampap ni adalah masakan tradisi negeri Sabah. Mak kte orang sabah, so mostly mesti ada makanan sabah punye! Dulu, arwah nenekpun suka masak ikan masak ampap ni :)

Senang dan sedap, boleh tahan tiga hari.


Resepi yang aku letak ni, ini resepi dari mak, mak dapat dari arwah nenek =)


1 kilo ikan sadin (ikan lainpun boleh)

3 inci halia *
Serbuk kunyit (seeloknya lebihkan kunyit - rasa dan warnanya akan lebih enak dan cantik)
4 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
10 biji cili api *
beberapa asam keping


caranya:

1- tumbuk bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan dalam periuk, masukkan ikan, masukkan air sama paras dengan ikan, sedikit garam dan asam keping, . Lepas tu masak atas dapur. Biarkan sampai kuah pekat, lepas tu boleh angkat dan di hidangkan.

**Lagi pedas, lagiii sedapppppp ;)

** Kalau mak aku, katakanlah ikan tu tak habis waktu berbuka, nanti mak akan goreng ikan tu untuk sahur. Masa nak goreng, tak payah letak bahan-bahan lain, cuma goreng dalam minyak yang panas biasa tu, sama macam kita goreng ikan. Kalau goreng lagi sedap.

** Mak aku tak suka kering-kering sangat, suka macam ada kuah sikit-sikit. Rasa kuah dia sedap sangat bila gaul dengan nasi panas-panas. *telan liur*

ps: Ikan ni sedap makan dengan ambuyat... rindunya Sabah ;(


 Till then~


Tuesday, July 16, 2013

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ayam

Assallammualaikum (n_n)V 

Erm... selamat tengahari, masa-masa tengahari ni memang best kalau up entry pasal makanankan? Semalam, hari kedua buka puasa seorang-seorang lagi. Alhamdulillah, hingga hari ni masih puasa penuh lagi :D Kesiannya kita. Semalam cuma buka makan kuih cara berlauk dua ketul, popia tiga ketul dan ayam masak merah seketul. Air pulak minum air lai chi kang saja.

Kengkonon nak diet, padahal sebelum tu dekat rumah empat hari buka dan sahur makan nasi kot. Tambah lagi makan laksa, coco crunch, roti john... kesian perut kte kena bertabah kurang makanan semalam. Hihihihi :)

Sahur tadi, makan tauhu bakar dua biji, air milo satu mug dan dua biji epal. Rasa nak nangis makan tauhu bakar tu. Dah lah tauhu kering. liat nak gigit-gigit, kering je lalu kat tekak. Haih!

Dah sampai KL ni, automatik kepala teringat pada masakan kat kampung. Erm, saja je nak up entry resepi Masak Lemak Ayam resepi mak, teringin nak makan masak lemak ayam lagi ni... :(


Bahan-bahan:
Tiga ketul dada Ayam
2 - 3 biji kentang saiz sederhana, kupas, belah 4 setiap 1 dan rendam
2 batang serai, dititik
800 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumbuk:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 genggam cili padi merah kampung

Cara:

Masuk ayam, bahan yang ditumbuk, serai dan santai cair dalam periuk, gaul2 dan didihkan sampai ayam kecut. Masukkan kentang dan tunggu sampai kentang empuk. Bila dah empuk, masukkan pula asam gelugor, santan pekat, kacau perlahan-lahan, jangan sampai pecah minyak. perasakan dengan garam,

Siap!

Hehehehe, itulah masak lemak versi mak sye :)


 Till then~


Monday, July 15, 2013

DOA TERHINDAR DARI NIAT JAHAT ORANG

Assallammualaikum (n_n)V 


Maksudnya:

Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan. 



اَللَّهُـمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ يَوْمِ السُّوْءِ، وَمِنْ لَيْلَةِ السُّوْءِ، وَمِنْ سَاعَةِ السُّوْءِ، وَمِنْ صَاحِبِ السُّوْءِ، وَمِنْ جَارِ السُّوْءِ فِيْ دَارِ الْـمُقَامَةِ


Allaahumma Innii A'uudzubika Min Yaumis Su', Wa Min Lailatis Su', Wa Min Saa-atis Su', Wa Min Shaahibis Su', Wa Min Jaaris Su' Fii Daaril Muqamah

" Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hari yang buruk, malam yang buruk, waktu yang buruk, teman yang jahat, dan tetangga yang jahat di tempat tinggal tetapku."

Sumber:


 Till then~


Thursday, July 04, 2013

Aku, kaktus dan mawar.

Assallammualaikum (n_n)V

Pagi tadi aku buka email. Buntang mata aku. Bukan sebab aku tengok email gembira sampai aku rasa nak lompat bintang. Tapi, sebab dalam email aku ada email yang super gila. Maka, pagi-pagi aku ikut jadi gila. Aku tak tahu nak buat apa.

Sumpah, aku stress.



Aku tahu, nak bandingkan stress aku dengan stress orang dekat luar sana, stress aku tak ada makna. Macam titik hitam kecil di atas satu kertas mahjong besar, sampai kalau orang nak tengok masalah tu, kena pakai spek lima inci tebal.

Tak apa, aku tak kisah walau perumpamaan ni lebih macam bangang.

Oh..
Mari aku cerita.

Sekarang ini, dekat tangan aku ada dua buah pasu.

Satu Pasu yang aku tanam dengan bunga kaktus. Satu lagi aku tanam dengan bunga mawar yang cantik, yang kena jaga baik-baik, lembut-lembut sampaikan perasaan aku ikut jadi lembut kepadanya. Tapi. Jujurnya, aku lebih suka pada bunga cactus. Aku suka sarkastik, tapi sebabkan bunga mawar, aku kena buang sarcastik tu.

Stress.
Bila aku terlampau menjaga bunga mawar, aku mula hilang tumpuan pada bunga cactus. Bunga yang aku puja. Yang aku cakap ada hati aku dalam pasu tu. Persoalannya, mampu ke aku nak hidupkan kembali pokok cactus itu sedangkan semua baja, air dan kasih sayang aku curahkan pada pokok bunga mawar.

Aku kena pilih antara dua. Dua buah pasu itu sudah aku tetapkan pembelinya. Si bunga mawar sudah separuh matang, aku kira, dalam hujung purnama boleh aku jual kepada yang sudi membeli. Aku yakin akan ada yang membeli.

Sebab, sebelum ini, aku pernah tanam pokok mawar yang sama, ada pembeli, tapi liat mahu membayar, sudahnya aku ambil dan jual pada orang lain, di telek di tenang, dia senyap, aku ambil balik dan beri pada pembeli lain, sekarang aku sedang menunggu kata putus si pembeli.

Itu kisah bunga mawar.

Tapi, lain pula kisah pokok bunga cactus. Aku jadi separuh gila. Nak buat macammana? Dulu pokok kaktus itu pernah aku jual ketika pucuknya baru aku tanam, si pembeli itu menolak. Katanya cactus aku tak cukup bagus, dia kata aku guna baja tiada gred. Aku kecewa, jadi aku biar sahaja pokoko cactus tu dekat hujung tingkap. Sudah malas mahu melayannya. Tapi, purnama yang lepas satu email menjengah, mahu membeli pokok cactus itu. Aku berjanji, aku akan cuba 'menggemukkan' pokok cactus itu. Pokok cactus aku kecil, kurus, kurang kasih-sayang sebab aku terlalu menjaga bunga mawar. Sempat ke aku nak jual pokok cactus tu sebelum berakhirnya purnama ini?

Aku ada dua tangan, sepuluh jari dan satu otak, mampu ke aku nak beri kasih sayang yang sama untuk dua pokok yang berbeza? Mulai hari ini, aku perlu lebihkan kasih sayang aku pada si cactus.

Kasihan, yang tak terjaga itulah yang mendapat perhatian. Oh pokok cactus, kau sabar ye, aku cuba cari baja paling baik dalam dunia untuk kau. Kau kena kuat, kalau tak cukup jari tangan, aku sanggup guna jari kaki untuk jaga kau.

Stress.
Pokok Bunga Mawar pertama masih di antara tangan-tangan.
Pokok Bunga Mawar kedua masih dalam tangan aku.
Pokok Bunga Cactus tetap juga dalam tangan aku, tapi sudah di Reserve.

Janji, bila janji harus di kota.

Jari, sila berkerja pantas. Otak, sila fikir yang bukan-bukan tapi bernas. Emosi, sila berada di tempat paling tinggi. Cik cyda, sila Kuat!!!

** Sorry, kalau ada yang tak faham tentang pokok - pokok ni. Later on, bila pokok ni dah berbunga dan di beli orang, aku pasti up cerita.

** Tiada kaitan dengan manusia mahupun perasaan orang lain. Harap maklum.

Konklusinya,
Aku stress hadapi stress untuk sepurnama.
:D

Gila!




 Till then~