Saturday, June 22, 2013

Sempadan

Assallammualaikum (n_n)V 

Hai~
saja je nak up topik sikit pasal sempadan hari ni.

Sempadan. Bila bercakap pasal sempadan, apa yang boleh kita-kita ni fikirkan? secara logiknya, sempadan adalah satu kawasan yang dipunyai seseorang, yang tak boleh dicerobohi oleh orang lain tanpa kebenaran tuan kawasan.


Senangkan nak faham.

Contoh macam kita masuk negara orang, kena ada passport, kena ada kebenaran dari imegresen, tak akanlah nak jadi pendatang asing, main ceroboh je negara orang dengan tak ada perasaan.

Hidup ini pun sama. Mana - mana ada sempadan, kadang-kadang kita dah bina sempadan antara kita dan orang-orang keliling. Kita cuba untuk securekan diri kita dan orang-orang yang kita sayang dengan membina sempadan itu. Harapan kita agar mereka tidak masuk ke dalam kawasan kita, dan kita juga tidak masuk dalam kawasan mereka. [Read: Kawasan = hidup]

Kita ni pulak, beriya-iya menjaga diri kita dan orang dalam kawasan kita untuk tidak melepasi sempadan yang telah kita gariskan. Macam-macam usaha kita buat, macam-macam kita cuba ikhtiarkan supaya kita juga tidak melepasi sempadan tu. Seboleh-boleh kita cuba untuk tidak mendapatkan bantuan luar, tidak melepasi sempadan itu walau hanya untuk meminta bantuan walau hanya untuk sebutir beras.

Tapi,
Apa pula perasaan kita apabila sempadan kita diceroboh. Keamanan kawasan kita diganggu,

Marah tak bila sempadan yang kita bina diceroboh. Sedangkan, kita tidak pernah menganggu sempadan orang lain? Jadi pemerhati itu tak salah. Tapi, pemerhati dan penceroboh itu adalah dua benda yang berbeza.

Pemerhati, kedatangannya di hormati.
Penceroboh, kedatangannya diperangi.

Dua benda yang berbeza. Tapi orang lain selalu ambil mudah.

Pesanan penaja:


k. bye :D

 Till then~


3 comments:

  1. Pasal ada sesuatu yg mcm magnet dlm kawasan kamu...
    Tempting smpai org lain insist nak ceroboh hehe... gitu kot?

    ReplyDelete
  2. Opkos kalo sempadan kite diceroboh kite jd mrh kan

    ReplyDelete
  3. mungkin kena letak signboard gambar org pegang senapang kat pagar sempadan kita tu...haha

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998