Friday, June 21, 2013

Review Steamboat Maeps Serdang

Assallammualaikum (n_n)V

Haiii... Hari ini aku nak update pasal steamboat MAEPS Serdang. Entry ini dah agak pekasam. Singgah masa balik dari Putrajaya last week. (read: pameran pengantin) heheheh :)


Suasana dalam Restoren ni best. Itu tak tipu... masa tu kitorang pilih steamboat dengan grill. Harga dalam RM 28.00 seorang.

First expection, okeylaa RM 28 untuk steamboat dan grill. Sambil tunggu tempat grill tu kena hantar, kitorang buat site visit tengok makanan dulu. Okeylaaa.. okeylaaaa boleh tahan, banyak juga pilihan. Ada sotong, udang dan ketam walaupun kecil. Tapi udang kecik :(


Sambil tunggu, aku ambil rojak, mee dan nasi goreng. Lepas tu grill pan pun tiba. Terkedu kejap.. dia hantar grill pan yang tebal gile tu, guna dengan dapur yang guna gas kecil tu.


Erm..


Imagine, nak tunggu grill pan tu panas dah berapa lama? dengan dapur guna gas kecil tu. Sabar je rasa. Sambil tunggu makanan masak, bertambah-tambah lapar. Dan... serius guna grill pan ni memang tak masak sangat steamboat macam daging, ketam.. yang masak so so je, udang sahajo. Menyampah tunggu, aku pergi pulak ambil laksa. Okeylaa laksa dia..


Lepas pan tu dah betul betul panas, api dia mula slow.. tak lama lepas tu terus padam. Erm... masa tu mood nak makan dah tak ada pun. Alahai.. menyesal sikit (read: banyak) sebab RM28 makan tak kenyang langsung tapi bayar mahal. Baru ingat nak boikot Flaming sebab flaming steamboat dah naik RM28 seorang, he he he :)

Erm, tak tahu nak rekeman ke tak kedai ni, ikut korang punya pandanganlah nak try ke tak.. maybe kalau ambil steamboat biasa without grill okeylaa kot..

:)



 Till then~

3 comments:

  1. Assalamualaikum yangg.. kesiannya. kat tempat sheila, area Kuang. terbaik babe. rm20 satu kepala kalau tak silap. lupa dah. tapi sedap dan puas hati sangat :)

    http://www.sheilashahfiekry.my/2013/01/steamboat-termurah-di-kuang.html

    ReplyDelete
  2. i dari jauh dh nampak ketam tu kecik haha tak best la gitu. i suka flaming. lg satu rebus rebus steamboat. ada grill jugak cuma x byk choice mcm flaming

    ReplyDelete
  3. haha dapur belum panas gas dah habis ye...

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998