Monday, May 27, 2013

Resepi Mangga Goreng

Assallammualaikum (n_n)V

Semalam, masa dekat kampung, bukak-bukak fb tengok ada orang post pasal pai apple. Slurppp.. sedapnye.. terasa nak buat. Tapi dekat rumah tak ada epal! yang ada hanyalaa buah mangga masak..

Jadilah. Layannnn jek!


Tadaaaaaa! ini lah hasilnya. Mangga goreng! rasa dia? sedap ye.. hehehe :)

Bahan:
Roti Gardenia.
Mangga masak yang manis.


Resepi dia lebih kurang macam ais-krim goreng dekat SINI 

Cuma inti dia je aku buat lain.

Resepi inti mangga.

Bahan:
1 Biji mangga masak yang manis (di potong dadu)
dua sudu gula.

Cara:
Panaskan gula sampai cair dalam kuali, dah cair.. terus masukkan mangga yang di hiris dadu,
gaul-gaul dan biarkan sejuk.

Lepas tu, ikut je macam resepi Ais-krim Goreng dekat SINI 


Lepas tu, letak dalam peti ais dalam tempat beku tu dalam beberapa jam. Lepas tu, masak dalam minyak yang super panas.. dah siap, bolehlaa makan.

Sedap... terasa kesejukan mangga tu.. pergh... hehehe :P

Kredit to http://cikepal06.blogspot.com/ atas resepi aiskrim beliau :D


 Till then~

Wednesday, May 08, 2013

Mee Udang Kuala Sepetang.

Assallammualaikum (n_n)V

Hai, hai.. hai.. Selamat petang, meh cuci-cuci mata ye :)


Kejadian berlaku pada 04/05/2013 yang lepas, abah ai tiba-tiba bersemangat nak membawa cucunya tengok bendera, tuan blog pun apa lagi, menempek sekalilah!

Jalan punya jalan,
Sesat terus sampai ke Kuala Sepetang, Kemain semangat kami.. tengok bendera dari pekan bota sampai ke taiping, terus lagi ke kuala kangsar, balik ikut parit. 

Semata-mata nak tengok bendera,
comel betul abah ai :)

Hari tu ada janji dengan abah nak belanja abah makan mee udang, alang-alang dah sampai, akupun ajak abah singgah ke Kuala Sepetang,

Harga dia boleh tahanlah,

Semangkuk mee udang special RM 11.00 x 3 orang
+
Udang goreng tepung spesial RM 11.00 x1

Komen aku..

Bolehlaaa.. yang specialnya sebab udang tu besar-besar. sedaplah jugak, cumanya touching, udang besar-besar, bagi anak buah makan, boleh pulak jatuh kat lantai. Alahaiii.. rasa macam nak kutip lepas tu basuh balik. huhuhu

Mahal hokeys!


Ps: Lately ni sangat busy dan malas! email bersepah-sepah, adalah dalam ratus ratus tak sempat lagi nak clearkan, nasiblah kalau terdelete email penting, T_T

Komen pun baru je lepas approve dan jejak balik kawan-kawan.




 Till then~