Thursday, April 25, 2013

cerita diet lagiii ;p

Assallammualaikum (n_n)V

Hehehe, selamat petang korang! well, ada beberapa komen tak approve lagi, biasalaa.. ai sibuk youolss, Eh, kita update nak cerita pasal diet nie..  :)

Rasanya dah genap sebulan aku tak makan nasi. Sebenarnya, tak terasa nak makan nasi sangat.. cuma lately rasa craving gila dengan nasi lemak daun pisang!

Bila teringat sambal ikan bilis dengan timun, lagi ah rasa.. alahaiiiii :(

Tak pe, sebab diet, gigih juga bertahan. Lagi berapa hari je nak balik kampung untuk mengundi.. so, balik kampung nanti boleh lepaskan rindu pada nasi. Untuk sementara ni, sabar je lah yang mampu.

Pagi tadi, masa ambil air dekat pantry, akak opis tegur kata dah kurus sikit. Omaigeeeeeeeee.. rasa nak lompat bintang tinggi-tinggi. Ohoi!

Akak tu siap tanya lagi, aku memang diet je eh, without guna ubat. Jawapan aku yess! ai is tak mampu nak beli herbalife ke, sd2 ke, dll.. diet atkins je mampu.


Hehehe, okey tu je nak kepochi petang-petang ni... oh no, another kilo to go.. esok dah laa ada sarapan pagi dekat opis, makan nasi lemakkk & curry puff.. omaigeeeee.. nasi lemak mungkin aku boleh jeling-jeling lagi, tapi sampai dekat currypuff tu tak tahulah macammana nak tahan..  haiyakkkk!!

Hehehe,

K, bye!

 Till then~

Tuesday, April 16, 2013

Nikmat Syukur

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat pagi..owh..tiba-tiba rajin update eh.. Hehehe..ada orang windu kte ke? Ececeh... Maaflaa saja je nak poyo....

Lately ni ai busy sangat. Tak pasti sangat apa yang di busykan. Yang penting busy!

Banyak benda nak cerita sebenarnya...tapi dalam mood tak pasti lagi. Entahlaa... Malas gila nak bercerita tentang benda-benda yang tak pasti ni... Takut benda tak jadikan. So..kte hold dulu cerita tu... Dah agak-agak basi.. Baru kita kepochikan dekat blog. Boleh? (n_n)V

Hari ni nak up pasal benda dekat bawah ni,


Eh, update-update terus letak ayat-ayat gini eh? well tak salah untuk saling ingat mengingatikan?kan? Owh, bukan apa, kadang-kadang aku selalu jumpa orang-orang yang tak bersyukur ni. Kadang-kadang pelik tengok sesetengah orang ni, semua benda dah ada, tapi masih tak tahu nak bersyukur, masih lagi mahu mempersoalkan apa yang orang lain ada, apa yang orang lain dapat.


Tak salah sebenarnya nak mempersoalkan, tapi harus tahu letak duduknya sesuatu... Kadang-kadang Allah bagi rezeki dia lebih sebab dia lebih perlukan, next time Allah bagi rezeki lain pulak untuk kita. Allah bagi rezeki yang tak dijangka disaat-saat kita memerlukannya :)

Yang penting sabar.

Allah bagi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahukan. Pelik tengok orang-orang yang tak faham perkataan 'rezeki' dan 'syukur' ni...

Hidup ini adalah pilihan, kita yang memilih... baik yang kita pilih, baiklah yang kita dapat, buruk yang kita pilih, buruklah yang kita dapat.

Kita ada pilihankan? kalau kita pilih untuk bersyukur, untuk redha dengan rezeki kita, hati akan tenang, kalau  kita pilih sebaliknya, sampai bila pun hati tak tenang... hidup tak bahagia.

Sampai bila nak ukur rezeki orang, sampai bila nak didik hati dengan perasaan 'dengki', cuba check balik hati kita, selagi ada perasaan 'dengki' dalam hati tu, kita tak kemana, sibuk mengukur rezeki orang, sibuk mengukur kelebihan dan kekurangan orang, hingga terlupa untuk berusaha untuk diri sendiri.

One more thing, ego dan menganiya orang juga satu punca rezeki kita kurang, ye laaa.. sibuk sangat duk mengumpat sana sini, sibuk sangat memadam fakta sejarah dan tulis sejarah baru, itu juga jadi satu sebab sempitnya pintu rezeki.

Abah aku pernah cakap, "Biar kita nampak susah, asal tidak meminta..."

Abah aku cakap lagi, "Biar kita nampak susah, asal kita tak menganiaya orang,"

Penyakit hati yang berkaitan dengan ego, bangga diri, riak,pendengki dan suka mengadu domba ini juga adalah antara penyebabnya hilang nikmat bersyukur..

Kesimpulannya mudah je..

Bersyukur = Rezeki.

So, berhenti fikirkan rezeki yang orang lain dapat.. Tak susah, senangkan?


Okey tu je nak di kepochikan... mendidih haters aku baca entry kali ni.. hehehehe

#kidding

Aku pun tengah belajar untuk bersyukur ni, kalau ikutkan hati.. aku pun ada banyak sebab untuk tidak bersyukur. Kita ada pilihan, so pilih lah!


Saya pilih untuk bersyukur! :)


Till Then,